Memaparkan catatan dengan label Dhia Nur Irdina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dhia Nur Irdina. Papar semua catatan

Khamis, 11 Disember 2014

IMUN BOOSTER UNTUK SI KECIL

Assalamualaikum semua..
Selamat pagi..
Lama sangat tidak menaip, sibuk memanjang.. Walhal cuti sekolah...alangkah bagusnya kalau ada laptop atau perisian yang boleh terus menaip tanpa perlu membuka komputer, membuka hp..
(tahap malas gaban nh da)..hihihi...

Sesaja nak berkongsi cerita tentang produk yang boleh menaikkan imun badan anak. Ini berdasarkan kepada pengalaman sendiri.
Sebelum ini pun aku ada cerita tentang produk ni..Tapi memang terbukti sangat bagus. 

Aku gabungkan penggunaannya.. Tranfer Factor, Mealshakes dan Minda Segar ( Homeopati )

Semalam anak aku tetiba demam. Yelah salah aku juga sesaje gatal tangan nak bertukar-tukar susu. Hamik ko....padan muka...huhuhu...Permulaan dengan selsema pastu batuk. Aku kalau si kecik tue da start batuk memang risau yang teramat, bukan apa..die akan berterusan dengan demam. Aku memang seriau bila sebut tang demam yelah sebab da ada historykan dengan demam..memang aku jaga bebetul sesudahnya..rumah macam tongkang pecah...wala..wala..

Aku mengelak untuk menggunakan ubat-ubatan..tapi tidak menafikan penggunaannya...even aku cuba guna supplemen atau produk kesihatan tak bermaksud aku terus abaikan doktor..doctor is doctor..sebab mereka lebih jelas tentang perubatan...betul tak? Ubat tetap ambil untuk standby dalam peti ice..incase ada urgent keperluan tak perlulah aku bawak kete macam orang gila...huhuhu...pengalaman..pengalaman..

Batuk, Selsema dan Demam.

TRANSFER FACTOR


Aku bagi untuk ganti antibiotik dan ubatan demam..cuma lepas bagi kena pastikan anak minum air dengan banyak mungkin dalam lebih kurang 1.5 liter (susu ibu ke, air susu ke, atau air masak) better susu ibu ngan air masak..hihiihi...tapi korang kena g klinik juga tau...bukan bila da ganti tue korang da suka suki hati tak nak jumpa doktor...seperti yang aku mention awal-awal..doctor is doctor..Tapi trick di sini.anak demam sebab kurang air dalam badan so kena bagi minum air masak bebanyak supaya cepat panasnya keluar melalui air kencing...hihii

Kenapa susu formula aku holdkan dulu bagi sebabnya ada satu doktor pakar kata elakkan bagi anak susu formula semasa sedang batuk. In logical mungkin ada kandungan dalam susu yang boleh produce more kahak.. Tapi dah lama aku praktikkan..Alhamdulilah syukur sesangat memang cepat sembuhnya..
REMIND: KITA USAHA ALLAH SWT  YANG MENYEMBUHKAN.


Review: TRANSFER FACTOR ADVANCED


MEALSHAKES




Hah yang ini memang aku suka...memang bebudak makan dengan jayanya. Bab menaikkan selera makan memang aku setuju sesangat. Yelah bila anak tak sihat confirm-confirm selera makan down..menurun dengan jayanya..so bolehlah bagi melashakes..inshAllah maintain saja...hihihi..


Review: MEALSHAKES SHAKLEE-GUNA DAN YAKIN

Review: MEALSHAKES..



FERRUM PHOSPORICUM 6 (Minda Segar) 




Yang ni salah satu produk homeopati keluaran Farmina Bio Plus. Selain untuk booster kan imun badan dia juga boleh menjadi salah satu produk untuk minda...so ada kepelbagaian fungsi dalam satu produk.
Ferrum akan merangsang penyampaian oksigen ke otak, ke jantung dan semua saraf-saraf halus..

Sesuai untuk peringkat umur.




PERINGATAN DAN REMINDER (ea sama jelah): SEMUA YANG KITA AMBIL JANGAN BERLEBIHAN SEBAB KITA TIDAK TAHU APA YANG BAKAL KITA ALAMI SEKIRANYA BERLEBIHAN




"Hendak Tahu Rahsia Sihat,Cantik dan Langsing sambil menyusukan anak" "Rahsia anak ceria, anak aktif, anak sihat??" email:nurulsyazwanisaliman@gmail.com atau sms / wassup 0182272235 InshaAllah akan cuba membantu :)

Sabtu, 18 Oktober 2014

Saya Tidak Pandai..

Assalamualaikum semua!!!
Didoakan semoga sihat dan sejahtera hendaknya..amin..

Cerita hari ini..saja-saja nak isi masa lapang..
Dhia tidur, aku??
Kerja melambak-lambak..
Otak serabut je tengok kerja yang melambak-lambak tue..
Tapi kaalu tidak dibuat lagilah bertambah-tambah melambaknya...weeehaaa.
So bila ada masa lapang saja-saja menaip artikel. 

Hari ini aku nak share kesilapan-kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Yes!! aku memang tak pandai dalam bab-bab anak tapi for surelah selalu gugel, selalu perhati, selalu membaca dan selalu...selalu...selalulah..Dan yang menjadi mangsa ujikaji adalah Dhia.

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesalahan orang tua dalam mendidik anak-anak. yaitu;

1)   Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai dzuriat ( Keturunan ).
2)   Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai dzuriat.
3)   Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4)   Memaki dalam menegur kekhilafan anak-anak.
5)   Tidak berusaha mevariasikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6)   Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7)   Melahirkan suasana yang kurang akrab ketika makan.
8 )  Membeda-bedakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9)   Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak mengantar-menyambut anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah (piknik & olahraga) anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan &minuman yang tidak halal.
18) Tidak memberi contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan waktu untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang baik.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengekang kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktivitas anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayani pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Sering mengungkit sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman kepada anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
40) Tidak menganjurkan anak-anak hidup bekerjasama.



Selasa, 14 Oktober 2014

SHAWL BUTTERFLY HASIL TANGANKU

Assalamualaikum semua.....
Apa khabar??
Hopefully sihat dan Alhamdulilah semuanya..
Lama sudah tidak ku berkunjung ke blog..tak sempat sebenarnya..Entri yang sebelum ni pun main tangkap muat je..Masa yang dibekalkan 24 jam tidak cukup. Macam-macam kerja yang kena selesaikan. Dari sekolah ke bisnes. Ye saya memang minat bisnes..KENAPA??? Sebab mak dah latih anak-anaknya untuk berdikari dengan bisnes. Mak memang bijak dalam pencaturan untuk berbisnes tapi anak-anaknya masih bertatih lagi.

Sekarang baru mencuba untuk menjual Shawl...
Macam-macam paten shawl yang ada dicuba buat, Shawl Butterfly, Shawl Oblong, Shawl Halfmoon dan Shawl Empat segi tepat. Harga memang boleh tahan..kalau boleh memang tak nak lebih dari RM30 sehelai..bergantung pada kualiti kain dan kelebaran serta meter kain.

First time buat Shawl Butterfly mak terus kata," Mak cuba satu. Nak pakai g taklimat GST kat KKTM "...boleh aja...

Jom layan gambar kat bawah: 

Model ku yang cun melecun...hihihi..LOVE U MAK....

Warna-warna yang ada. Senang pakai senang basuh. (^_^)

Khamis, 10 Julai 2014

TRANSFER FACTOR ADVANCED

Tetiba...eh? bukan shaklee ke?
Hihihi...As long my baby boo sihat...

Hari tu tetiba suhu naik sampai 39.1. assebab si kecilku ada history sawan, so dengan sepantas kilat ku ke klinik di Masjid Tanah..Klinik ASUZA. 
Sebelum ini pun memang ada jumpa pakar peadtrian kanak-kanak kat PUTRA Specialist. 
Hasil perbincangan doktor suggestkan Transfer Factor as a booster immune for my doter..hah ko Bi da kuar...hihihi..i told him that i already took mealshakes as her supplement.. so he said okey..teruskan..ya aku teruskan..but in the same time masih terus berusaha yang terbaik untuk anak..
So on that day (8/7) bila si kecilku tetiba suhunya mencecah 39.1, sepantas kilat terus ke klinik ASUZA.. and what i get it, This TRANSFER FACTOR..for the booster immune. Memang Thumbs Up..Senang je si kecilku nak makan bendalah ni, siap minta lebih lagi, wawawaawa...mahai2..hihihi..So sekarang ni anak kecilku sedang menggunakan kedua-dua produk nh.. Mealshakes as a MULTIVITAMIN dan selera makan nye booster, dan TF sebagai Immune booster.. mudah-mudahan imun dhia semkin kuat..tak mo sakit2 lagi, nantiku susah hati..

TRANSFER FACTOR ADVANCED (TFA)

foto 4LIFE TRANSFER FACTOR ADVANCED 
Transfer Factor ialah sebuah Molekul Pendidik Sistem Imun (Immune IQ) yang boleh merangsang sistem imun untuk menyerang semua jenis sel-sel rosak atau sel berpenyakit di dalam badan.
  • 1 biji Transfer Factor berpotensi mengenali lebih dari 100,000 jenis kuman, virus, kulat, parasit, bakteria, sel kanser dan sebagainya.
  • Transfer Factor diekstrak daripada kolostrum (susu awal lembu) dan kuning telur tetapi ia tidak mengandungi antibodi khusus (cassein dan immunoglobulin) seperti yang terdapat di dalam kolostrum (haiwan). Oleh itu, Transfer Factor DIJAMIN 100% tidak memberi kesan allergi kepada pengguna.
  • Selain itu, kuantiti Transfer Factor di dalam 45,000mg kolostrum adalah hanya 600mg. Ini bermaksud kekuatan 1 biji pil Transfer Factor adalah sama dengan 75 – 100 biji pil kolostrum.
  • Transfer Factor tiada kadar toksik, tiada kesan sampingan dan selamat untuk semua peringkat usia termasuk warga tua dan bayi.

Transfer Factor Advance (TFA) digunakan untuk mengimbangkan sistem imun dibadan kita. Ia bukan sahaja dapat mencegah dan merawat penyakit, malah ia dapat membersihkan semua kuman dan penyakit senyap yang anda tidak pernah ketahui berada dibadan anda selama ini.

Transfer Factor Advance dapat meningkatkan daya imun setinggi 283%. Ia amat sesuai untuk semua orang terutama kepada mereka yang perlu tenangkan daya imun seperti pesakit :

1) Kencing Manis (Insulin Dependent)
- Diabetes Foot Care
2) Stroke Berdarah
3) Buah Pinggang (Post-Dialisis)
4) Leukemia
5) Thalasaemia
6) Multiple Myeloma
7) Psoriases
8) Penyakit Auto-Immune
9) SLE / Lupus
10) Scleroderma
11) Gout
12) Rheumatoid Arthritis
13) Hyper / Hprothyroid
14) Alergik /Alahan
15) Ashtma
16) Allergic Rhinitis
17) Alahan Mata
18) Alahan Makanan
19) Kulit / Dermatitis
20) Resdung / Sinusitis
21) Parkinson’s Disease
22) Prolapsed Disc
23) Sakit Sendi
24) Selsema
25) Batuk
26) Demam
27) Bisul
28) Tonsilitis
29) Beguk
30) Chiken Pox / Cenkering
31) Measles / Campak
32) Hepatitis A
33) Hepatitis C
34) Tuberculosis (TB)
35) Kecantikan Dalaman (Anti –Aging)
36) Autism
37) Kanak-Kanak Lemah IQ
38) Down Syndrome / Sindrom Down
39) Sawan / Epilepsi
40) Jaundice (Kekuningan)
41) Depression (Kemurungan)
42) Stress / Tekanan
43) Menoupause (Kesihatan Wanita)
44) Andropause (Kesihatan Lelaki)
45) Penjagaan Kesihatan Ibu Mengandung
46) Infertility (Sukar Mengandung)
47) Gastrik
48) Sakit Perut

TF ADVANCED juga amat sesuai kepada bayi dan kanak-kanak untuk MENCEGAH mereka dari segala penyakit dan infeksi seperti selsema, batuk, beguk atau demam.

Kekuatan 1 biji Transfer Factor Advanced adalah sama dengan 75 biji pil kolostrum dalam fungsi pembinaan daya imun dan ia juga mampu mengenali lebih dari 100,000 jenis kuman (virus, bakteria, parasit, kulat, dsb.).

  TF ADVANCED bertindak adalah dengan memberi informasi kepada sistem imun untuk menyerang segala musuh-musuh jahat seperti kuman, virus, bakteria, dan sebagainya, dan apabila musuh-musuh telah berjaya diatasi, Transfer Factor akan menenangkan sistem imun dan menjadikan ia (TF Advanced) sebagai PENCEGAH TERBAIK untuk tubuh kita.

Sesuai digunakan oleh semua lapisan umur, termasuk orang tua, bayi dan ibu mengandung.

TERBUKTI meningkatkan sistem imun badan (aktiviti sel NK) sehingga 283%
Mendidik dan menyeimbangkan sistem imun dengan Tri-Factor Formula
Ia bukan sahaja dapat mencegah dan merawat penyakit, malah ia dapat membersihkan semua kuman dan penyakit senyap yang anda tidak pernah ketahui, ada dibadan anda.
Mengandungi jumlah tertinggi Transfer Factordan NanoFactor per kapsul – 300 miligram
- Mengimbangkan Sistem Imun ‘Over-Reactive’ -

Sesuai untuk semua orang




"Hendak Tahu Rahsia Sihat,Cantik dan Langsing sambil menyusukan anak" "Hendak Tahu Rahsia anak ceria, anak aktif, anak sihat??" email:nurulsyazwanisaliman@gmail.com atau sms / wassup 0182272235 InshaAllah akan cuba membantu :)

Selasa, 6 Mei 2014

Enfagrow A+ dan si comelku

Assalamualaikum semua!!!


Enfagrow A+..susu yang terbaru dan ada kelebihan minda 360°..kenapa saya tetiba cerita pasal susu ni..of darling2 sekalian..ada sebabnya..mana idaknya anak daku yang bernama Dhia sangatlah cerewet dengan susu..al kisah sebabnya Dhia bergantung sepenuhny dengan susu ibu..bila da masuk setahun ni mulalah ibunya risau anaknya tidak cukup keperluan dalam badannya..of cos keperluan vitamin..
Alahai ibu mama emak dan ummi diluar sana..sekiranya anak kalian seperti anak daku yang tersangatlah sensitif dengan susu..daku cadangkan cuba dan trylah susu enfagrow A+..
Al kisahnya sebelum ni saya mencuba pelbagai jenama susu..cuba gtau susu yang mana belum dicuba..kecuali yang tak mampu ditanggung oleh poket sendirilah..hihihi..
Ammum,Dutch lady,Fernleaf, S26,Snow, Karihome dan macam-macam lagillah..semuanya direject ko..direject saya ulangi..dan ibu serta babanya yang baik hati ni pun mendermakan kesemua susu itu kepada insan-insan yang mahu mencuba beri kepada anak-anaknya..Alhamdulilah..tapi..hmmm ada juga yang terpaksa didermakan kepada makhluk-makhluk Allah yang lain..isk.isk..isk..nak buat gane..terpaksalah..
Dan..jeng..jeng..tetiba masa nak pergi berbelanja barangan dapur di Family Store..adalah booth yang tengah buat promosi tentang Enfagrow A+..sesaja amik tester sebab di kecilku dah bersuara kata.."nak air"..so bermula episodnya..habis secawan..minta lagi secawan..habis 2 cawan minta lagi..amboi anakku..nh da lain macam je..owh...tidak..sah2lah daku akan terjebak..sah!confirm!termaktub..hahaha..
Okey2..cawan yang ketiga Dhia cuma minum separuh..separuh lagi ibunya lah yang kena minum...abess...hihihi..Dan dengan alasan yang kukuh iaitu "anak puan suka dengan susu ni..3 cawan puan dia minum..susu nh banyak khasiatnya..walaupun anak puan minum sedikit..tahan selama 24jam..boleh disimpan dalam peti ais..dan..bla..bla..bla.." sampailah kesudah ku mendengar ceritanya..dan akhirnya ku beli jua sekotak...walhal Ammum perisa madu baru saja dibeli..hahaha..pembaziran..pembaziran..syaitonnnirajimmm..

 

360° Mental Development

As a parent, we know that you want to make every effort to ensure your child has the best possible start in life. The truth is, you are the most important person in your child’s world right now. His little brain is growing even as you hold him close. He has already begun moving toward important developmental milestones.

 
The Brain is the command centre of your child’s Intellectual, Motor, Emotional and  Communication skills. Think of the first time when your child moved in your womb, or when he sorted out objects by shapes and colours. These are the milestones that a child would achieve as his brain develops.
 
360° Mental Development is the foundation for your child’s exceptional learning. Pediatricians utilize these 4 key developmental areas to assess the overall development of a child: 
Intellectual • Motor Skills • Emotional • Communication







Mealshake...Anak ceria..ibu senang hati..hanya sedikit tetapi banyak khasiatnya..tahan lama dan inshaAllah membantu..selera bertambah..sihat selalu dengan IZIN ALLH SWT..inshaAllah..

Isnin, 5 Mei 2014

Setahun lima bulan

Assalamualaikum semua...apa khabar? 
harap sihat walafiat dan bahagia hendaknya..
Hari ni saya mahu bercerita tentang my lovely doter  Dhia...
Sekarang usianya sudah menginjak 1 tahun 5 bulan..
Da besar da anak ibu nya..mudahan menjadi anak yang solehah..amiinn...
Cerita tentang si cenonet ni..semakin hari semakin bijak..semakin pintar.. Ayat semakin banyak yang dituturkan..cuma ayat ibu yang susah sikit nak dituturkan..agaknye terbelit kot lidahnya kalau nak sebut ayat tue..kalau ibu tak dipanggil ibu tp dipanggil mamalah..emaklah..sesuka hati nak oiii...
Walau apa pun daku tetap bahagia melihat si kecilku membesar..
Kalau ke pasaraya untuk berbelanja barang dapur..si kecilku ni juga sibuk mahu menolong..abes satu rak ditunjukkan dengan katanya "nak" dan lagi best ditolong ambilnya..hihihi..walhal bukan yang tue kita nak pun...hihihi...anak owh anak...
Kekadang si kecilku nh suka menolak troli..agaknye dia kecian tengok ibu @babanya tolak troli sorang2..hohoho...
Ada satu perangai dhia yang rasanya menuran dari diriku ini..suka dengan buku...memang rasanya dhia kalau nampak buku macam nampak syurga dunianya...lawak sangat..semua buku dikutipnya..kalau boleh satu rak nak dibelinya..kalau beli..dibaca tak ngape juga..ini beli bacanya kejap pastu simpan atau disepahkan..hohoho..pening2...tapi tak pe..yang penting kamu suka membaca dan nak membaca... :)))
















suka tengok anak sihat,suka makan dan riang gembira? boleh cuba mealshake?Tak perlu banyak..cuma sedikit tapi kesannya superb......dengan IZIN ALLAH SWT..inshaAllah



Sabtu, 14 Disember 2013

Bila da dapat kaki..

Assalamualaikum semua...
Memalam macam nh baru sempat nak menulis, menaip dan pelbagai lagilah...hehehe
Masa cuti sekolah nh memang banyak kerja-kerja yang tertunggak nak dilangsaikan..
Yelah kalau masa persekolahan, masa sangat-sangat cemburu, asyik tak sempat je..
Hehehe...

Hah cerita pasal si comel tu..tak lama lagi dah nak setahun...
Sudah besar rupanya jantung hatiku ini.. hehehe
Bermacam-macam perkara dah pandai buat...Sukaaaa...
Yang terbaru nh baru je pandai berjalan...
Waaa sukanya si comel ni bila dapat kaki...
satu rumah diteroka...
Sambil berjalan mulut macam nenek..pot pet..pot pet..
Ada je yang ditanya, ditegur dan dipersoalkan..
Tapi seronok...seronok sangat...
Bila tengok si comel nh bertatih a.k.a berjalan rasa sangat-sangat teruja..
Mana tidak teruja, anak pertama katakannn..hehee..
Tapi serius, bila nampak Dhia mula menapak setapak demi setapak rasa syukur sangat-sangat, siap belanja si comel ni pergi main kereta main..ala yang guna remote tue...hehehe

Si kecil ni mula belajar berjalan masa dekat pusat sains negara (PSN)..3 hari duk bertapa di sana, balik rumah terus bertatih-tatih...
Mula-mula bertatih, jatuh bangun jatuh bangun, nangis...pastu sengih...hehehe..al maklum lah kanak-kanak, masa nangis kena agah sengih..eeee comeeellll..geram2
Seminggu eh silap2 dua minggu jatuh bangun, jalan beruang, alhamdulilah hari semalam 13 hb 12 tahun 2013 sudah mula berjalan..


Masa mula-mula nak berjalan



Aktiviti seterusnya adalah memanjat :)






Jumaat, 9 Ogos 2013

DHIA beraya...hoyeeehhh

Assalamualaikum kawan-kawan
Apa kabar semua....hehehe
Hari ni Dhia nak cite pasal raya.

Ini first day Dhia beraya dengan ibu...tapi baba keje..tak beshhhhhhh....wuaaaaa
Sangat-sangat tidak besh sebab tak de sapa nak layan Dhia, 
Nak bawa Dhia jejalan...isk..isk..isk..

Tapi kan..kan..kan...nasib baik pak ngah Dhia ada, 
Sebab pak ngah Dhia ada bonggol di perut jadi Dhia suka...hikhikhik...
Dhia boleh duduk kat bonggol special pak ngah sambil goyang-goyang...hahaha..

Okey, sebelum Dhia cite macam mane raya Dhia,
Meh Dhia cite pasal baju raya.. Beshhhhh..
Tok mak wat 2 pasang baju raya untuk Dhia, wane merah dengan pink...tomel gitu bila Dhia pakai..
Lagi 2 pasang Tok Mak kata, tak sompat nak buat..postpone nye cucu tok mak...(mak owh mak) hihihi..

Pastu Ibu ngan baba pula belikan Dhia 14 pasang baju jejalan..opss..ibulah 
penat Dhia bermain-main ngan baba, ibu tak abes lagi pilih baju Dhia..cerewet betullah ibu nh..
Tapi ibu nh kan Dhia pelik tengok..tahulah nh raya pertama Dhia, ada ke patut pantang tengok sale baju baby mesti ajak baba singgah..penat tau..sampai demam-demam Dhia layan karenah ibu..
Nasib baiklah Dhia sayang ngan ibu..
Sebab ibu ada nasi kunyit Dhia...cayaaaangggg ibu...muaaahh..
Baju Dhia ada wane oren, pink, purple, hijau...hmmmmm...banyak lagilah..tak ingat wane...tapi semua seluar sebab Dhia tak suka pakai kain, rimas..hehehe..
Nanti next entry Dhia amik gambar dengan baju raya Dhia ea...
Semalam tak sempat nak amik gambor sebab Dhia sibuk layan pak cik-pak cik yang baru sampai dari Klang..hehehe...

Cite pasal raya Dhia, raya ni Dhia cuma sempat gi umah tok ngah, nenek ngan tok din je,
Sebab tok abah nak cepat balik..
Tok abah balik bawak kambing..
Dhia denagr kambing tu bunyi embekkk...bekkkk...bekkk..
Tapi sebab Dhia tengah mamam nasi kunyit ibu, jadi Dhia wat tak tahu jelah..hihihi...
Kenyang makan nasi kunyit, Dhia terlelap...tau tau da sampai Tangkak..hehehe..
Siap anta bek bek untuk disembelih Dhia balik umah tok abah, pastu terus makan bubur..Dhia mandi dan tido...besh!!
Malam tok mak ajak Dhia g umah Tok Long..
Balik umah tok long, Dhia ajak ibu main sampai Dhia penat dan tertido...

Okeylah Dhia da penat nak menaip..nak ajak ibu mamam sambil main ngan pak ngah...yessss!!!!!
Esok Dhia sambung pasal raya lagi nye...

Sayangggg semua...Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin..

Bye...







Selasa, 23 Julai 2013

Dhia Sudah Memapah...

Assalamualaikum wbt
Salam Ramadhan...

Apa khabar semua..khabar baik cikguuuuu...hehehe..
Hari ini kita nak bercerita tentang Dhia si cilik kita yang da hampir masuk 7 bulan...next week je...sukaaaaanyeeeee

11/7 hari tu kena inject untuk 6 bulan, so timbanglah berat,
Sedihnya tak naik pun timbang , makin turun adalah (tapi memang da agak sebab dukung ringan je)...huhuhu..risau sesangat..
Tapi nurse tanya anak aktif tak? ada demam?
Ibu dhia dengan confident jawab tak demam dan sangat aktif..sekarang da kurang tido...boleh kata kalau waktu tido adalah waktu malam dan dalam pukul 10@11 pagi...petang dalam pukul 4 lebih da merengek2 nak tido..
Tido pun tak lama adalah dalam 1jam @1/2 jam..untuk hilangkan penat badan atau rasa mengantuk...
Tapi kalau malam, tido memang tak sedar diri..(panjang lebar daku bercerita dengan nurse yang memeriksa)...so suwettt...ahaks!

Setiap bulan akan ada perkara baru si cilik belajar..ehhh???
tak...tak..tak..bukan setiap bulan, hampir setiap hari dan setiap minggu...
baru 2 minggu yang lepas si cilik belajar memapah.
Pantang jumpa kerusi, dinding, walker atau kalau da tak da sangat, badan ibu dan baba dia pun boleh dijadikan sebagai tempat untuk memanjat..
anak...owh...anak...

Dalam tempoh 2 minggu ni boleh dikatakan banyak kali jugala jatuh..tapi jenis budaknya aktif tak reti duduk diam..
Jatuh aje, bangun balik..jatuh aje bangun balik...
Cek mek owh cek mek...
Bila tengok semangatnya yang membara untuk mencuba tanpa kenal erti putus asa, ibu dan baba dia sanggup mengorbankan kecantikkan rumah dengan melemparkan tilam dimana-mana sahaja, bantal di mana-mana sahaja yang Dhia kehendaki...(so baikkkk)..kan..kan..kan..

Bak kata orang, dorongan itu penting..
Betul tak anak-anak??
Betul ibu...alhamdulilah...hehehe

Now, Dhia tengah berusaha untuk diri tanpa ada yang memegang..
Aipss!!!awak tu kecik lagi adik...sabo jelah...
kekadang lepas-lepaskan juga tapi tengok masih tak stabil..
So jawapannya memang kena pogang sentiasalah...hahaha..

Bila balik kerja tengok anak bersifat macam ni, sangat rasa teruja tau..hilang penat dan stress kat sekolah..
Setiap hari kalau g sekolah mesti fikir, balik ni apa yang si cilik nh belajar lagi..
Best tau hari-hari tengok perkembangan si cilik..
Itu belum dengar si cilik nh membebel..
kalah mak enon wa cakap sama lu....hahaha..
Kekadang sampai haus benor sebab banyak sangat bercakap...muahaha 
(ntah terkenan sapelah banyak sangat si cilik nh berbicara)...

Jom baca artikel dibawah ini.

"CARA-CARA MERANGSANG BAYI

Seseorang bayi Islam yang baru dilahirkan dianggap seperti kain putih. Perkembangan personalitinya bermula daripada peringkat itu walhal ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa ini bermula dari peringkat janin lagi. Bayi yang baru lahir sudah dilengkapkan dengan kesemua pancainderanya dan sudah boleh berinteraksi dengan persekitarannya serta dengan orang-orang disekelilingnya, terutama ibu dan bapanya.

Pada masa dahulu kebanyakkan orang menganggap seseorang bayi yang baru lahir itu sebagai seorang individu yang pasif dan tidak berupaya mengenali ibu bapanya, persekitarannya, atau memberi apa-apa gerak-balas kepada orang disekelilingnya. Tetapi pada masa kini jelas kepada pakar-pakar perkembangan kanak-kanak bahawa bayi yang baru lahir sudah berupaya memberi gerak-balas kepada perhatian yang ditunjukkan oleh orang lain kepadanya.

Bayi sudah boleh mendengar, sudah boleh melihat dan sudah boleh merasai keadaan-keadaan yang selesa atau keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Bayi menangis apabila lapar, tenteram apabila disusukan. Semakin dia besar, jelas kadangkala yang dia menangis apabila dia keseorangan dan akan tenteram semula apabila dibedung, diangkat ataupun didodoikan.

Pada masa kini ramai ibu bapa yang bertanyakan cara -cara untuk merangsangkan bayi . Sekarang sudah jelas bahawa prestasi intelek seseorang kanak -kanak itu boleh dipertingkat dengan memberi persekitaran yang penuh dengan rangsangan kepada kanak -kanak itu . Sitimulasi atau rangsangan ini perlulah dipertunjukkan kepada anak -anak dari peringkat bayi lagi .

Kalau diperhatikan kelakuan seseorang bayi dalam beberapa hari dia dilahirkan jelas ternampak bahawa dia akan berada dalam empat keadaan - tidur nyenyak , mengantuk , keadaan menangis . Didalam keadaan dia berjaga -jaga dan asyik memerhatikan kelilingnya dan asyik memerhatikan persekitarannya itu deria -derianya akan menangkap semua stimuli di persekitarannya . Kadangkala dia akan memberi gerak-balas kepada stimuli-stimuli ini. Umpamanya dia mungkin akan ketawa jika ibunya ketawa dihadapannya. Dia akan memerhatikan sesuatu benda yang diimbaskan dihadapan mukanya.

Cara-cara merangsang bayi

Keadaan yang sesuai bagi merangsang bayi ialah pada masa dia celik dan sedar. Ibu bapa perlu faham masa yang elok untuk merangsang bayi kerana jika rangsangan diteruskan tanpa mengambilkira kemampuan bayi untuk berinteraksi, ini mungkin akan membawa kesan yang negatif kepadanya. Bila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu itu patutlah bercakap-cakap dengannya, menyanyi mesra, menunjukkan wajah senyum gembira atau ketawa sambil menggosok-gosok atau mencium bahagian tubuh bayinya itu. Waktu menyusu bayi boleh digunakan untuk merangsang bayi. Perkataan-perkataan seperti " anak mak cantik sangat, anak mak manis sangat, anak mak sayang, anak mak suka minum susu", dan sebagainya disarankan untuk digunakan pada waktu ini.

Ibu-ibu juga digalakkan bercakap-cakap dan bermesra dengan bayinya diwaktu dia dimandikan atau lampinnya ditukarkan. Jarak mata bayi dengan wajah ibunya semasa menyalinkan lampin sungguh sesuai untuk berinteraksi diantara ibu dan bayi. Sambil menyalin lampin perkataan-perkataan seperti" cantiknya kaki anak mak, wanginya badan anak mak," dan sebagainya boleh digunakan.

Sebelum seseorang bayi boleh menggunakan bahasa dia akan menempuh proses perkembangan yang sistematik. Bayi yang baru lahir hanya menangis sahaja. Kebolehan bayi untuk mengeluarkan konsonan seperti mm,mm, atau ng pada usia tiga hingga empat bulan akan terus berkembang sehingga pada usia enam bulan dia sudah boleh mengeluarkan bunyi "ma ma ma, na na na" ,seolah-olah dia hendak memanggil ibunya. Kebanyakkan bayi sudah berupaya mengeluarkan satu perkataan yang bermakna seperti "mama", "baba' pada usia sepuluh bulan. Dari bahasa yang digunakan oleh ibu kepadanya setiap hari dan pada setiap masa bayi akan dapat mempelajari dan membentuk bahasanya sendiri. Dari itu ibu bapa perlulah faham bahawa mereka seharusnya memberi perhatian kepada perkembangan bahasa bayi-bayi mereka dan membantunya dengan selalu bercakap-cakap dengan bayi mereka. Bahasa sangat penting untuk seseorang manusia mempelajari keadaan disekelilingnya kerana melalui bahasa seseorang kanak-kanak kecil boleh melafazkan kehendaknya, boleh bertanya-tanya, boleh meminta-minta, dan boleh mengeluarkan pandangan-pandangannya tentang sesuatu perkara.

Seseorang bayi yang selalu menangis tentu akan kurang berkebolehan menerima segala stimuli dari persekitarannya serta dari orang-orang disekelilingnya. Ada ibu-ibu yang mengatakan " Biarlah budak itu menangis, lama-lama bila dia letih, dia akan diam". Anggapan ini adalah tidak benar dan ibu bapa dinasihatkan supaya mencuba seberapa daya untuk mententeramkan dengan mendukung dan mendodoinya atau mengenjut-enjutkannya. Selalu didapati bahawa seseorang ibu yang sudah pandai mendapatkan perhatian bayi dan merangsang bayi akan mendapati bayinya kurang meragam . Bayi menangis kerana inginkan sesuatu. Cubalah cari sebabnya dan pujuklah dia.

Bermain-main dengan bayi adalah sangat-sangat digalakkan. Jari-jari bayi boleh dicium atau kedua-dua tangannya ditepuk-tepukkan sambil ibu menyanyi perkataan-perkataan seperti " tepuk-tepuk tangan". Pendeknya, perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh seseorang ibu itu seelok-eloknya mestilah ada berkaitan dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan.

Kesimpulan

Persekitaran seseorang bayi itu boleh diperkayakan dengan mengadakan berbagai-bagai bunyi yang menarik seperti lagu-lagu dari peti muzik (musical box) atau dengan gambar-gambar yang berwarna-warni.

Untuk merangsang bayi ibu digalakkan bercakap-cakap, bermain-main, menyanyi atau membaca sesuatu kepada bayi mereka kerana ini bukan sahaja akan membantu proses perkembangan bahasa bayi bahkan mungkin boleh meninggikan pretasi intelek mereka. Sebelum kanak-kanak itu boleh menggunakan bahasa dia perlu memahami bahasa. Dari itu ibu bapa digalakkan selalu mengeluarkan perkataan-perkataan yang sesuai pada masa dia berinteraksi dengan bayinya. Insyaallah bila perkembangan bahasa kanak-kanak itu dapat dipercepatkan, prestasi inteleknya juga akan meningkat

Okey..itu saje perkongsian cerita hari ni..salam sayang buat semua :)

Sila abaikan backgroud yang berserabut tue nye :)


Rabu, 10 Julai 2013

6 Bulan Sudah..Alhamdulilah..

Assalamualaikum kesayangan semua...

27 hb 6 hari tu genaplah anak si comel manja ibu Dhia Nur Irdina berusia 6 bulan. Dan juga genaplah si comel menyusu dengan ibu selama 6 bulan..Alhamdulilah..
Meh kita cite sikit pasal si comel manja Dhia..

Mula-mula sekali nak cerita pasal dhia start makan. Sebenarnya risau juga nak cite tapi tak pe sebagai perkongsian pengalaman. Dhia start mamam usianya 5 bulan 1 minggu. Was-was nak bagi tapi tak sampai hati bila tengok si kecik nh terkecap-kecap tengok orang makan. Air liur tok sah katalah..bak kata orang tua-tua..mengeces2..huhuhu

Start bagi makan nestum beras perang..bagi dalam 1 sudu besar.Tak habis. Okey tak pe..Sebab Dhia still menyusu badan, so macam tak kisah sangat makanan tue tak habis.
Esok ingat tak nak bagi, tapi bila nampak bekas makanan Dhia yang terover excited..hahaha..walhal bekas makanan ibunya.
SO pas makan laju-laju, bancuh nestum bagi si kecik makan..Mak aii abes semangkuk..Okey, da abes semangkuk, so saat kritikal sekarang nh adalah kita tunggu dhia poo poo..risau sembelit atau yang tidak sepatutnya berlaku..BF still on so far walaupun dah makan still high demand si comel nh..huahuahua..mesti buruk lantak macam ibu nye...kuikuikui..oppsss...

Everyday, kita cuma bagi Dhia 1@2 kali je makan, BF anytime she demand for it.(hamek ko BI terabur).
Masuk week ke 2 kita try bagi 2 meal/day..tapi da bertukar sebab si comel pun dah pandai demand..tak mo nestum nak bubur..lagi sodap agaknya..

Week ke-3, 3 meal/day + buah-buahan blend, so far yang biasa kita bagi adalah kurma blend@anggur@kismis@prune..Wajib.
Kalau bubur mesti bubur+carrot+kentang atau salah satu.
(resepi kita akan kongsikan kemudiannya)

Masuk week ke-4 kita start mula (macam pelik je)..bagi dhia makan ikan bilis blend.
So far yang penting air tak boleh kurang dan jangan sampai tak poo poo..BF still high demand..kekadang sambil duduk pun boleh BF..anak owh anak..

Fuhh... :)Stop dulu..kalau sambung banyak lagi nak cite..hehehe..

Okey Cerita hari ini 9 Julai 2013..latestnye cerita

Ari ni Dhia baru belajar merangkak. Sebelum nh cuma angkat-angkat bontot tinggi-tinggi..tapi la nh da merangkak..setapak dua..tapi terus gedebummm..owh sayang ibu..apa lagi bila tengok Dhia sudah gedebumm...terus peluk cium ketat-ketat..kita memang suka cium ketat-ketat dhia sebab kita sayang sesangat dengan si kecik tu..lagi pun, bila kita cium atau peluk anak kita selepas dia berjaya lakukan sesuatu, maksudnya kita memberi dia ganjaran dan sokongan..tentunya dia akan lebih berusaha..caiyok-caiyok anak ibuu..

Dhia dari kecik sampailah usia dia 6 bulan, salah satu sifat yang memang ketara dapat dilihat adalah usaha gigih...Dhia akan berusaha dengan gigih untuk buat sesuatu..Selagi tak dapat buat selagi tue dhia akan berusaha sampailah berjaya..Bila da berjaya dhia akan tunjukkan pada ibu dan babanya..

Kenapa kita kata Dhia sangat berusaha gigih..
mak idaknye..
kalau tersedar dari tidur terus angkat badan dan punggung(sopan sikit ayatnya)..

selama seminggu training..
akhirnya berjaya..

Bila da berjaya, ibu dan babanya membawa si comel berjalan-jalan di bandar Melaka atau beri ciuman ketat-ketat. Itu sajalah hadiah yang termampu kami beri..





Abes sudah..Ringkas dan padat..hehehe..
cerita-cerita lain akan disambung pada entri akan datang..okey lalink sekalian..bubye.. :)





 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design