Selasa, 26 Mac 2013

CERITA SIKIT..sambung nanti :)

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Alhamdulilah...syukur dapat juga menaip hari ini..walhal kerja rumah kerja sekolah melambak-lambak..
Tapi tak pe..mahu juga berblog mengisi sedikit masa lapang...
Rasa-rasanya sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini..Al maklumlah tersangatla sibuk menguruskan hal2 yang datang secara mendadak..

1 Mac 2013, saya dapat tawaran menjadi guru interim di SMK Rahmat, Kuala Sungai Baru.  Perkara pertama terlintas dalam kepala adalah.. kat mana sekolah ini???
Lepas tue, macamana keadaan sekolah ni?..
1 Mac tue jugalah saya pergi mendaftarkan diri..Okey..jauh jugalah dari rumah yang disewa masa tu..
Tapi memang dugaan..baru habis pantang, dapat interim, Dhia belum pandai menyusu botol..huhuhu..
Dalam masa seminggu berebut-rebut cari rumah sebab da tak larat nak berulang daripada Tangkak ke Kuala Sungai Baru..dapat rumah terus bayar duit pendahuluan dan terus angkat barang..gile...esoknye bertugas kat sekolah sebab ada perkhemahan badan beruniform..sebab tetiba jatuh demam (penat sangat) terlewat datang..nasib baik tak kena marah...hehehe

Kemudian bermulalah episod baru dalam hidup..mencari pengasuh, mencari keserasian, mengajar Dhia menyusu botol dan pelbagai..3 minggu berada di sekolah, pelbagai perkara dapat dipelajari..owh..sungguh ohsem rupanya menjadi seorang guru..
Mendapat anak murid yang sangat baik, berbudi bahasa..saya sangat suka.

Hmmm..apa lagi ea..hahaha..da tak tahu nak cerita apa..nanti bila datang idea, kamek cite semula..

JUMPA LAGI.....vrooooommmm (ape kes???)

Selasa, 19 Mac 2013

SENARAI PANGGILAN SUDAH KELUAR....

Alhamdulilah....syukur  sesangat...
Semua telah terjawab...sujud syukur..

Hamek ko..lama betul tak up to date ini blog..tersangatlah sibuk..mana tidaknya..baru mula mengajar, pindah rumah, kemas rumah dan sebagainya..
Jadi hari ini jadual waktu ada sedikit free sebelum kembali sibuk pada keesokkan harinya...
Hokey kekawan semua mari kita menyemak nama..kot-kot ada yang sekumpulan dengan saya dalam kumpulan penilaian khas ini...hehehe...boleh berkawan-kawan dulu..amacam.. ^_^..
  


PROGRAM PENILAIAN KHAS BAGI PELANTIKAN TETAP GRADUAN CEMERLANG IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TAHUN 2012 AKAN DIJALANKAN SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT DI SELURUH NEGARA MULAI 19 MAC 2013.



Sesi penilaian khas bagi pelantikan tetap graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahun 2012 akan dijalankan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara mulai 19 Mac 2013. Program Penilaian Khas pertama akan dijalankan pada tarikh tersebut bertempat di Kuching, Sarawak diikuti dengan program kedua pada 21 Mac 2013 di Putrajaya. Graduan juga diingatkan untuk membawa dokumen-dokumen berkaitan seperti dalam senarai semak. Maklumat mengenai tarikh, masa dan lokasi Program Penilaian Khas bagi zon Sarawak dan Putrajaya adalah seperti berikut:-


Program Penilaian Khas
Sesi
Tarikh & Masa
Lokasi
Zon Sarawak
1
19.3.2013
(7.30 a.m)
Hotel Hilton Kuching Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak
2
19.3.2013
(1.30 p.m)
Zon Tengah (Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, N.Sembilan & Melaka)
1
21.3.2013
(7.30 a.m)
Dewan Sri Siantan, Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya
2
21.3.2013
(1.30 p.m)
Zon Johor
1
28.3.2013
(7.30 a.m)
Hotel Blue Wave, Jalan Bukit Meldrum, 80300 Johor Bahru, Johor
Senarai graduan yang perlu menghadiri program di Sarawak dan Putrajaya boleh disemak di sini :



Tapi ada satu masalah...sebenarnya bukan masalah pun...cuma bila disemak pada senarai nama terdapat kesilapan pada no kad pengenalan..apa lagi..terus on da spot call SPP..banyak kali juga cuuba...last-last baru terjawab...hehehe...pihak SPP beritahu, sila buat pembetulan pada senarai nama yang ada pada hari kejadian..Sekian Terima Kasih... ^___^


Sabtu, 2 Mac 2013

SMK RAHMAT


Alhamdulilah saya diinterimkan di sekolah ini


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAHMAT, 
KUALA SUNGAI BARU, MELAKA..


Surat interim sudah diterima pada hari Jumaat bersamaan dengan 1 Mac 2013.
Sekolah ni tidak jauh sebenarnya daripada rumah yang disewa di Melaka, adalah dalam kira-kira 40 minit.. Sejalan dengan tempat kerja En Suami...ngeh..ngeh..ngeh..balik boleh dating tiap2 hari...muahahahaha...Tapi disebabkan masih tak jumpa pusat jagaan atau pengasuh untuk sicomelku Dhia, saya akan berulang dari Tangkak Ke Melaka sejauh 120km (pergi balik)..fuhhhh...tapi saya tak kisah asalkan yang jaga anak saya adalah orang yang paling saya kenal dan juga rapat..iaitu emak saya...hehehe..Tapi buat sementara waktu sahaja..Nanti bila da jumpa pusat jagaan, Dhia akan diletakkan di sana..Tak nak susahkan mak... :)

Nak cari rumah yang berdekatan tak boleh pula.. sbb bulan April ni ada penilaian khas untuk PELANTIKAN TETAP KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41  ..jadi mahu atau tidak dalam masa sebulan ini, kenalah berkorban dan bersabar..Semoga Allah permudahkan semuanya..amin..dalam hati bersemangat hendak mengajar dan mendidik anak bangsa tapi takut kerana da lama tidak berhadapan dengan pelajar-pelajar dan mengajar.. :)..Lagi-lagi bila tengok statement gambar kat bawah... Harap-harap saya dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan dengan semangat yang kental dan kerana Allah SWT..aminn..doakannye... ^__^











Berpusing-pusing...hahaha


Benda baru saya belajar...wala..wala..wala... macam syiokkkk je...hehehe



ALHAMDULILAH...ALHAMDULILAH...ALHAMDULILAH...

Alhamdulilah...alhamdulilah..Alhamdulilah...

Terima kasih ya Allah...semuanya Engkau permudahkan...tak terucap rasanya perasaan bersyukur bila mendapat tahu pengumaman yang SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia) pagi ini.. 
Rasanya kalau boleh saya nak syujud..syujud...syujud dan syujud...setiap masa...hati kecil saya menjerit-jerit kegirangan..mengucapkan syukur pada kebesaranNya.. 

Ya Allah, telahku bernazar dan akan aku tunaikan nazar tersebut...aminnn..


Penantian itu satu penyeksaan...tidak dapat aku gambarkan macam mana keadaan aku masa hendak menunggu keputusan dan pengumuman daripada laman sesawang SPP..tapi hari ini, aku tersangat bersyukur..padaMu ya ALLAH..ya RABB...

Alhamdulilah...rezeki Dhia ^_^

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design