Selasa, 19 Mac 2013

SENARAI PANGGILAN SUDAH KELUAR....

Alhamdulilah....syukur  sesangat...
Semua telah terjawab...sujud syukur..

Hamek ko..lama betul tak up to date ini blog..tersangatlah sibuk..mana tidaknya..baru mula mengajar, pindah rumah, kemas rumah dan sebagainya..
Jadi hari ini jadual waktu ada sedikit free sebelum kembali sibuk pada keesokkan harinya...
Hokey kekawan semua mari kita menyemak nama..kot-kot ada yang sekumpulan dengan saya dalam kumpulan penilaian khas ini...hehehe...boleh berkawan-kawan dulu..amacam.. ^_^..
  


PROGRAM PENILAIAN KHAS BAGI PELANTIKAN TETAP GRADUAN CEMERLANG IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TAHUN 2012 AKAN DIJALANKAN SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT DI SELURUH NEGARA MULAI 19 MAC 2013.



Sesi penilaian khas bagi pelantikan tetap graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahun 2012 akan dijalankan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara mulai 19 Mac 2013. Program Penilaian Khas pertama akan dijalankan pada tarikh tersebut bertempat di Kuching, Sarawak diikuti dengan program kedua pada 21 Mac 2013 di Putrajaya. Graduan juga diingatkan untuk membawa dokumen-dokumen berkaitan seperti dalam senarai semak. Maklumat mengenai tarikh, masa dan lokasi Program Penilaian Khas bagi zon Sarawak dan Putrajaya adalah seperti berikut:-


Program Penilaian Khas
Sesi
Tarikh & Masa
Lokasi
Zon Sarawak
1
19.3.2013
(7.30 a.m)
Hotel Hilton Kuching Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak
2
19.3.2013
(1.30 p.m)
Zon Tengah (Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, N.Sembilan & Melaka)
1
21.3.2013
(7.30 a.m)
Dewan Sri Siantan, Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya
2
21.3.2013
(1.30 p.m)
Zon Johor
1
28.3.2013
(7.30 a.m)
Hotel Blue Wave, Jalan Bukit Meldrum, 80300 Johor Bahru, Johor
Senarai graduan yang perlu menghadiri program di Sarawak dan Putrajaya boleh disemak di sini :



Tapi ada satu masalah...sebenarnya bukan masalah pun...cuma bila disemak pada senarai nama terdapat kesilapan pada no kad pengenalan..apa lagi..terus on da spot call SPP..banyak kali juga cuuba...last-last baru terjawab...hehehe...pihak SPP beritahu, sila buat pembetulan pada senarai nama yang ada pada hari kejadian..Sekian Terima Kasih... ^___^


2 comments:

akubersamaCahya berkata...

nnt share ye, kna buat apa hari tu nnt :)

tahniah!

wawasyazwani berkata...

baik iqa... :)

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design