Memaparkan catatan dengan label Cara mendidik Anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cara mendidik Anak. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Oktober 2014

Saya Tidak Pandai..

Assalamualaikum semua!!!
Didoakan semoga sihat dan sejahtera hendaknya..amin..

Cerita hari ini..saja-saja nak isi masa lapang..
Dhia tidur, aku??
Kerja melambak-lambak..
Otak serabut je tengok kerja yang melambak-lambak tue..
Tapi kaalu tidak dibuat lagilah bertambah-tambah melambaknya...weeehaaa.
So bila ada masa lapang saja-saja menaip artikel. 

Hari ini aku nak share kesilapan-kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Yes!! aku memang tak pandai dalam bab-bab anak tapi for surelah selalu gugel, selalu perhati, selalu membaca dan selalu...selalu...selalulah..Dan yang menjadi mangsa ujikaji adalah Dhia.

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesalahan orang tua dalam mendidik anak-anak. yaitu;

1)   Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai dzuriat ( Keturunan ).
2)   Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai dzuriat.
3)   Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4)   Memaki dalam menegur kekhilafan anak-anak.
5)   Tidak berusaha mevariasikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6)   Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7)   Melahirkan suasana yang kurang akrab ketika makan.
8 )  Membeda-bedakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9)   Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak mengantar-menyambut anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah (piknik & olahraga) anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan &minuman yang tidak halal.
18) Tidak memberi contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan waktu untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang baik.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengekang kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktivitas anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayani pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Sering mengungkit sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman kepada anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
40) Tidak menganjurkan anak-anak hidup bekerjasama.



Sabtu, 10 Mei 2014

TIPS ANAK CEMERLANG: Membentuk Ikatan Erat Dengan Anak



Cuba lihat gambar diatas....kasihankan..

Kadang kala semakin anak membesar, kita sebagai ibu dan ayah terlupa memberikannya belaian dan peluk cium yang sama seperti ketika mereka masih bayi. Hakikatnya anak-anak sentiasa memerlukan rangsangan tersebut untuk membesar sebagai anak yang positif.
Ciptalah sebuah ikatan kekeluargaan yang utuh dengan melakukan aktiviti yang ringkas dan menyeronokkan bersama anak-anak. Ikatan kuat yang terbina antara ibu dan anak sejak kecil akan terus berkekalan sampai bila-bila. Jom kita cuba!!!

  1. Bergolek seketika atas katil
Aktiviti mudah yang boleh dilakukan bersama si kecil sebaik dia bangun dari tidur. Peruntukan beberapa minit untuk bergurau senda bersama. Walaupun nampak mudah tetapi ia meninggalkan kesan positif. Si kecil akan memulakan harinya dengan perasaan gembira selepas menghabiskan masa bersama ibu dan ayah.




  1. Bantu mama
Walaupun anak anda masih kecil tetapi boleh libatkan diri mereka dalam aktiviti harian di rumah. Contohnya sekiranya sedang memasak di dapur, anda boleh minta bantuan mereka membuat kerja-kerja yang ringan. Sekiranya anak masih usia bayi, bawa sekali ke dapur dan bagi mereka main mangkuk dan sudu plastik supaya gembira dapat sentiasa disamping ibu.



  1. Tonton bersama
Walaupun anda tidak minat rancangan kartun kegemaran anak tetapi cuba tonton bersama mereka. Di samping itu tanyalah soalan tentang rancangan kegemarannya. Pasti dia rasa dihargai apabila boleh berkongsi cerita dengan ibu dan ayah.



  1. Beriadah sekeluarga
Lakukan aktiviti petang bersama, pasti lebih menyeronokkan di samping mendidik anak rajin bersenam untuk kesihatan tubuh badan.

  1. Masa untuk tidur
Sebelum tidur, luangkan masa  sekurang-kurangnya 10 minit bersama si kecil. Boleh berbual tentang apa yang paling seronok dilakukan pada hari itu, sesi bercerita sebelum tidur dan jangan lupa membaca doa sebelum tidur sebelum diakhiri dengan pelukan dan ciuman selamat malam.




Senangkan..bukannya susah nak bina bonding yang utuh dengan anak...mudah dan ringkas..Hari-hari boleh kita lakukan..Ingat anak adalah anugerah yang terindah...bukannya beban yang tak sudah..





"Hendak Tahu Rahsia Sihat,Cantik dan Langsing sambil menyusukan anak" "Hendak Tahu Rahsia anak ceria, anak aktif, anak sihat??" email:nurulsyazwanisaliman@gmail.com atau sms / wassup 0182272235 InshaAllah akan cuba membantu :)

Isnin, 22 Julai 2013

Tandem Nursing

Assalamualaikum semua...
Salam Ramadhan Al Mubarak..

Sebagai ibu kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita..betul tak semua...samalah macam kita.

Lagi pula ibu baru, banyak cabaran dan dugaan..
Dulu masa mengandung memang da berniat dalam hati tak mo beli botol atau pam sebab nak fully BF pada baby, tapi rupanya yang DI ATAS lebih mengetahui.

Genap baby Dhia usinya 2 bulan (betul-betul habis pantang kita ditawarkan dengan lantikan Guru Interim. So far masa awal-awal berulang-ulang jugalah dari rumah ke Melaka.. nak kata dekat tue tidaklah jauh mana hanya hampir 2 jam perjalanan sampai..hehehe..macam nak ke kl bunyinya...betul tak???

So stok susu memang tak da..
Masa dalam pantang memang try pam tapi, terus bengkak dan demam..stop pumping..

Tapi bila ke sekolah cik B kita akan berat dan bengkak, air menjejes-jejes kelar..macam membazir je kan..so request dengan en suami untuk beli pump letrik sebab tak larat nak pump tangan + masa sangat terkejar-kejar (sbb ada latihan bola jaring time tue)

So bila dapat pump hanya untuk bekalan sehari tak boleh buat stok..
Berfikir-fikir macam mana.. kita try amik supplement shaklee, ALhamdulilah susu memang meriah, tapi stok masih tak dapat buat sebab baby Dhia so demand dengan susu..
Search, tanya dan google apa cara boleh tambahkan lagi susu dalam masa yang sama Dhia boleh menyusu juga..
Adalah seorang kakak nh (dulu beli Shaklee daripada dia) cadangkan buat tandem nursing..Ah'ah..memang seronok sebab susu boleh simpan dan dhia boleh minum.

Tapi kita berani buat stok untuk 2 hari jelah..lepas 2 hari walaupun ada susu lebih kita akan buang ikut date yang terdahulu.. assebab rahsia..hihihi..

Jadi hari ini kita nak kongsikan dengan pembaca sekalian apa itu
TANDEM NURSING..

Sebelum baca penerangan kat bawah, moh le kita tengok gambo-gambo dulu nye

Inilah dia TANDEM NURSING, kalau single baby boleh ganti dengan PAM nye :)
Da tengok gambar, jom baca keterangan dibawah (^__^)

Tandem Nursing adalah istilah yang digunakan apabila kita menyusu lebih daripada seorang bayi. Tak kisahlah samaada bayi kembar mahupun anak-anak yang mempunyai perbezaan umur bertahun lamanya. Kisah mengenai menyusu anak kembar mungkin biasa kita dengar kerana bayi-bayi tersebut selayaknya menerima susu badan kerana baru sahaja lahir. Tapi bagaimana pula jika bayi yang baru lahir terpaksa berkongsi susu badan bersama kakak/abang yang sudah pun menginjak umur dua tahun atau lebih.

Sebenarnya tiada salah langsung menyusu anak-anak secara tandem. Malahan lebih banyak manfaat serta kebaikan yang diperolehi. Antaranya:

  • Berkongsi kebaikan/nutrisi susu badan 
  • Melatih anak yang lebih tua untuk bersabar dan beralah kerana ibu perlu utamakan si adik
  • Anak yang lebih tua tidak merasa tersisih dengan kehadiran ahli keluarga baru
  • Hubungan antara adik-ibu-abang/kakak lebih rapat
  • Kedua-dua anak yang tandem mempunyai antibodi yang tinggi dan sukar dijangkiti penyakit
  • Lebih banyak susu yang akan terhasil
  • dapat mengelakkan masalah bengkak susu
  • Mengelakkan bayi tersedak akibat fast flow kerana laluan di payudara sudah pun ada ketika menyusukan anak pertama
  • perebutan antara anak-anak yang nak menyusu ketika masing-masing lapar----> yang ni memang kena latih sedari awal untuk berkongsi. Sorang kanan dan  sorang kiri. Jangan favorkan anak-anak dengan sebelah payudara sahaja. Nanti anda juga yang penat
  • Lebihkan adik kerana anak yang tua sudah pun boleh memakan makanan lain
  • Badan agak letih kerana menyusu secara serentak--->minta sokongan suami untuk membantu, ambil SUPPLEMENT agar badan lebih cergas, ambil waktu untuk berehat terutama ketika anak-anak tidur

Ini antara kebaikan tandem nursing. Kebiasaannya ibu menyusu yang sedang menyusu bayi akan tewas di pertengahan jalan akibat hamil dan mendapat nasihat daripada doktor untuk hentikan penyusuan kerana bimbang akan mengalami keguguran. Sebenarnya penyusuan masih boleh diteruskan ketika hamil dengan syarat anda bukan wanita hamil yang berisiko dengan pelbagai penyakit dan kemingkinan keguguran. Cuma, mungkin anda akan berasa sedikit perit apabila anak anda menyusu kerana perubahan hormon mengakibatkan susu agak berkurang.

Selain itu, ada ibu menyusu yang tewas dengan menjangkakan susu adalah hak adik sepenuhnya dan dibimbangi susu akan berkurang apabila anak-anak berkongsi. pendapat ini salah sama sekali. Kita harus letakkan konsep demand and supply setiap kali kita menyusu. Apabila banyak demand, maka banyaklah supply. Dalam kes tandem, demand susu adalah untuk dua orang, maka isyarat yang dihantar ke otak memberitahu agar dibekalkan supply susu untuk dua orang. Maka, bertambah meriah dan memancut-mancutlah susu anda..In shaa Allah...

Namun, setiap perkara yang kita lakukan tentu sekali ada cabarannya. Yelah, nak dapat pahala mestilah ada liku-likunya juga..ye tak? Ganjarannya syurga tau...

Hah tengok, senang dan mudahkan..pahala pun banyak malahan boleh terus jadikan satu didikan samada pada diri kita atau anak-anak kita.. :)..okeylah setakat ini sahaja entri kita..next time kita kongsikan hal lain plak nye :) akhir kata, nak try supplement shaklee tapi tak de budget, dont risau2, meh pm kita cepat :)..harga baik punya kita bagi nye.. :)

Ahad, 14 Julai 2013

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya







Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.


Carta Perencanaan Anak Soleh


Assalamualaikum semua...
Salam Ramadhan Al-Mubarak..Selamat Bersahur..
Hari ni mai kita kongsikan cara-cara untuk merencanakan anak kita supaya menjadi seorang yang solehah atau soleh.

Bermula dari saat kita tahu yang kita sedang hamil, maka bermulalah juga langkah awal membentuk anak-anak yang soleh..
Bukan dari awal sahaja kita boleh bentuk anak yang sihat dan pintar tau ibu-ibu... :)



Beberapa surah yang boleh dijadikan amalam ketika mengandung..Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak. 
1. Surah Yusuf: 

Utk mendapatkan anak yang comel/cantik 
2. Surah Luqman: 
Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai 
3. Surah Maryam: 
Utk mendapatkan anak yang soleh 
4. Surah An-Nahl ayat 78: 
Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT) 
5. Surah Al-Fatihah 
6. Surah Yaasin 
7. Surah Ayatul Kursi 
8. Surah Al-Araaf ayat 189 
9. Surah Al-Imran ayat 38: 
Doa memohon anak yang baik 
10. Surah Al-Imran ayat 8-9: 
Doa memohon rahmat 
11. Surah Ibrahim ayat 40: 
Doa agar anak tetap mengerjakan solat 
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: 
Doa agar anak patuh kepada Allah SWT 
13. Surah Yassin ayat 22 - 23: 
Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak 
14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: 
Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik 
15. Surah Al-Furqan ayat 74: 
Doa agar dikurniakan anak yangmenyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga. 


Kalau di atas, adalah perencanaan sebelum dilahirkan a.k.a masih di dalam kandungan..

Dibawah pula adalah perkongsian untuk merencanakan anak-anak kita selepas dilahirkan..




 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design