Memaparkan catatan dengan label Cerita Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Shaklee. Papar semua catatan

Khamis, 11 Disember 2014

IMUN BOOSTER UNTUK SI KECIL

Assalamualaikum semua..
Selamat pagi..
Lama sangat tidak menaip, sibuk memanjang.. Walhal cuti sekolah...alangkah bagusnya kalau ada laptop atau perisian yang boleh terus menaip tanpa perlu membuka komputer, membuka hp..
(tahap malas gaban nh da)..hihihi...

Sesaja nak berkongsi cerita tentang produk yang boleh menaikkan imun badan anak. Ini berdasarkan kepada pengalaman sendiri.
Sebelum ini pun aku ada cerita tentang produk ni..Tapi memang terbukti sangat bagus. 

Aku gabungkan penggunaannya.. Tranfer Factor, Mealshakes dan Minda Segar ( Homeopati )

Semalam anak aku tetiba demam. Yelah salah aku juga sesaje gatal tangan nak bertukar-tukar susu. Hamik ko....padan muka...huhuhu...Permulaan dengan selsema pastu batuk. Aku kalau si kecik tue da start batuk memang risau yang teramat, bukan apa..die akan berterusan dengan demam. Aku memang seriau bila sebut tang demam yelah sebab da ada historykan dengan demam..memang aku jaga bebetul sesudahnya..rumah macam tongkang pecah...wala..wala..

Aku mengelak untuk menggunakan ubat-ubatan..tapi tidak menafikan penggunaannya...even aku cuba guna supplemen atau produk kesihatan tak bermaksud aku terus abaikan doktor..doctor is doctor..sebab mereka lebih jelas tentang perubatan...betul tak? Ubat tetap ambil untuk standby dalam peti ice..incase ada urgent keperluan tak perlulah aku bawak kete macam orang gila...huhuhu...pengalaman..pengalaman..

Batuk, Selsema dan Demam.

TRANSFER FACTOR


Aku bagi untuk ganti antibiotik dan ubatan demam..cuma lepas bagi kena pastikan anak minum air dengan banyak mungkin dalam lebih kurang 1.5 liter (susu ibu ke, air susu ke, atau air masak) better susu ibu ngan air masak..hihiihi...tapi korang kena g klinik juga tau...bukan bila da ganti tue korang da suka suki hati tak nak jumpa doktor...seperti yang aku mention awal-awal..doctor is doctor..Tapi trick di sini.anak demam sebab kurang air dalam badan so kena bagi minum air masak bebanyak supaya cepat panasnya keluar melalui air kencing...hihii

Kenapa susu formula aku holdkan dulu bagi sebabnya ada satu doktor pakar kata elakkan bagi anak susu formula semasa sedang batuk. In logical mungkin ada kandungan dalam susu yang boleh produce more kahak.. Tapi dah lama aku praktikkan..Alhamdulilah syukur sesangat memang cepat sembuhnya..
REMIND: KITA USAHA ALLAH SWT  YANG MENYEMBUHKAN.


Review: TRANSFER FACTOR ADVANCED


MEALSHAKES




Hah yang ini memang aku suka...memang bebudak makan dengan jayanya. Bab menaikkan selera makan memang aku setuju sesangat. Yelah bila anak tak sihat confirm-confirm selera makan down..menurun dengan jayanya..so bolehlah bagi melashakes..inshAllah maintain saja...hihihi..


Review: MEALSHAKES SHAKLEE-GUNA DAN YAKIN

Review: MEALSHAKES..



FERRUM PHOSPORICUM 6 (Minda Segar) 




Yang ni salah satu produk homeopati keluaran Farmina Bio Plus. Selain untuk booster kan imun badan dia juga boleh menjadi salah satu produk untuk minda...so ada kepelbagaian fungsi dalam satu produk.
Ferrum akan merangsang penyampaian oksigen ke otak, ke jantung dan semua saraf-saraf halus..

Sesuai untuk peringkat umur.




PERINGATAN DAN REMINDER (ea sama jelah): SEMUA YANG KITA AMBIL JANGAN BERLEBIHAN SEBAB KITA TIDAK TAHU APA YANG BAKAL KITA ALAMI SEKIRANYA BERLEBIHAN




"Hendak Tahu Rahsia Sihat,Cantik dan Langsing sambil menyusukan anak" "Rahsia anak ceria, anak aktif, anak sihat??" email:nurulsyazwanisaliman@gmail.com atau sms / wassup 0182272235 InshaAllah akan cuba membantu :)

Rabu, 9 Julai 2014

Komposisi Utama Susu Ibu - Protein dan Kalsium



Susu Ibu???
Alhamdulilah syukur yang teramat sangat, anakku masih lagi menyusu badan walaupun sudah 1 tahun 7 bulan. Susu badan masih lagi meriah dan mencukupi untuk anakku Dhia. Daku sangat gembira dapat memberikan susu badan kepada si comelku. Kenapa???Sebabnya Khasiat susu ibu dan pentingnya susu ibu untuk bayiku memang tidak ternilai. Susu ibu sememangnya kaya dengan antibodi dan elemen-elemen lain yang tidak terdapat dalam susu formula. Itulah kebesaran Ilahi. Namun kepada ibu-ibu di luar sana yang tidak berjaya untuk menyusubadankan anak jangan bersedih, kerana sebagai seorang ibu anda telah memberikan yang terbaik untuk anak anda. Jikalau berpeluang anak seterusnya, cubalah breastfeeding...=)


Jom kita lihat komposisi yang terkandung dalam susu ibu pula.
Source: precisionnutrition.com
Protein dan kalsium adalah elemen penting dalam susu ibu. Jadi sangatlah penting bagi ibu mengambil sumber protein dan kalsium yang mencukupi untuk menghasilkan susu ibu yang berkhasiat di samping dapat maintain  produktiviti susu ibu yang mencukupi untuk baby anda.

Kenapa protein penting?

Protein sangat penting kerana banyak fungsinya:

  • Protein sangat penting untuk pertumbuhan dan memberi tenaga
  • Ia membentuk otot, tulang, kulit, rambut dalam badan
  • Banyak sel-sel di dalam badan bergantung pada protein untuk menjalankan fungsinya
  • Hemoglobin yang mengangkut oksigen ke sel sebahagiannya adalah protein
  • Antibodi, enzim dan hormon dlm badan juga terbentuk dari protein
  • Kesimpulannya, we are made of and by protein
  • Bagi ibu menyusu, 3 cadangan hidangan diperlukan setiap hari


Kenapa pengambilan kalsium adalah sangat penting untuk ibu menyusu?

  • Semasa laktasi, kalsium akan diserap keluar dari tulang.
  • Bagi ibu menyusu dan mengandung, perlu mengambil 1,600mg kalsium dalam diet seharian.
  • Mengurangkan risiko osteoporisis di masa hadapan
  • Untuk pertumbuhan tulang dan gigi bayi

So ibu-ibu yang diluar sana, jangan ambil mudahnya.

Jom cuba ESP SHAKLEE dan OSTEMATRIK SHAKLEE
Hilang penat, Kurang letih malahan tenaga berkekalan..sedap pun sedap tau!!!!
Belum cuba belum tahu...
Da cuba pasti jatuh cinta..gitewwwww!!!!




"Hendak Tahu Rahsia Sihat,Cantik dan Langsing sambil menyusukan anak" "Rahsia anak ceria, anak aktif, anak sihat??" email:nurulsyazwanisaliman@gmail.com atau sms / wassup 0182272235 InshaAllah akan cuba membantu :)

Jumaat, 26 Julai 2013

Penting ke Makanan Tambahan tu?

Assalamualaikum
Salam sejahtera semua

Hari ni kita nak berkongsi cerita tentang Makanan tambahan??
Ramai yang tertanya-tanya penting sangat ke makanan tambahan sampaikan harga ada yang mencecah ratusan ringgit pun ada yang sanggup beli.

Pandangan peribadi saya, supplement atau makanan tambahan sangatlah penting. 
Sebabnya setiap hari badan kita akan kehilangan sedikit demi sedikit nutrien yang diperlukan badan.
Kita akan mudah rasa letih, penat, emosi terganggu, mudah demam..
Itu adalah tanda-tanda badan kita ada kekurangan vitamin tertentu. 
Tapi kita tak boleh agak vitamin apa yang kita kurang, 
berapa keperluan yang kita perlukan..Betul tak???
Confirm betul..
Lagi-lagi ibu hamil..mudah sangat penat dan letih..
Okey saya bukan nak bercerita tentang ibu hamil..tapi pasal pentingnya supplemen..terutamanya kepada perempuan.

Ada yang kata, orang dulu-dulu tak da amik supplemen sihat je.
Okey itu orang dulu-dulu..makanan yang diorang makan fresh tak de pencemaran. Tengoklah zaman dulu kala, hutan sekeliling rumah sekarang apa yang mengelilingi kita??
Bangunan atau senang kata hutan batu.
Makanan yang kita makan telah diproses dan adakalanya tercemar dengan pencemaran udara.
Of cos bila terjadinya hal seperti ini, maka nutrien-nutrien yang ada dalam makanan tersebut semakin berkurangan.. ohohoho...


So dekat sinilah gunanya supplement. apa yang dimaksudkan dengan supplement kalian-kalian boleh baca info dekat bawah:..


Enjoy reading (^___^)

Apa itu Makanan Tambahan @ Supplement

Sekadar Hiasan




Maksud Supplement
============================
Produk yang dimakan dan mengandungi makanan tambahan seperti vitamin, garam galian, asid amino, dan herba serta tumbuhan. Produk-produk makanan tambahan ini biasanya dihasilkan dengan ekstrak atau pekatan daripada perahan.Supplement boleh didapati dalam bentuk tablet, pil, cecair atau serbuk. Pengambilan makanan tambahan perlu apabila seseorang itu sakit atau telah didiagnosis menghidap penyakit tertentu oleh doctor. 


Kepentingan Supplement
=============================

1. Memulih dan memelihara kesihatan
Gaya hidup rakyat yang kurang bergerak dan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan mereka mengalami penyakit yang menjejaskan kehidupan. Makanan tambahan juga dikenali sebagai “makanan berfungsi” yang mengandungi makanan lengkap pada asasnya seperti protein, enzim, organic, glukos, dan hormone. Unsur-unsur ini dapat memulihkan kesihatan dan mengembalikan kecergasan.

2. Menyingkirkan toksik dalam badan
Kerosakan tisu-tisu badan dapat dikurangkan dengan pengambilan suplemen yang mampu menyahtoksik. Toksik dalam badan amat berbahaya kerana mampu menjejaskan daya penyerapan dalam sel badan.

3. Menguruskan badan dan memperoleh tubuh yg cantik
Pengambilan chitosan dapat membantu mereka yang mengalami masalah berat badan dan mengurangkan lemak dalam badan

4. Meningkatkan tenaga
Pengambilan cendawan(gano) mampu meningkatkan tenaga.

5. Meningkatkan kemampuan kadar pemyembuhan penyakit
Ganoderma dikenali sebagai raja herba ajaib yang berupaya untik mencuci darah, melindungi hati, menguatkan jantung, dan meningkatkan keupayaan buah pinggang.

Namun begitu, walau bagaimana sekalipun, setiap satunya tetap ada kelemahannya 

Masalah Pengambilan Supplement
========================

1. Harga yg mahal - tidak ninafikan makanan tambahan agak mahal. Pengguna perlu menetapkan beberapa budget untuk mendapatkan supplemen yang sesuai.

2. Tidak dapat menggantikan zat-zat yg terdapat dalam hidangan
Makanan tambahan hanya mengandungi vitamin dan mineral tertentu berbanding dengan makanan asli yang mengandungi fiber, zat-zat mineral, dan komponen-komponen lain yang tidak diketahui fungsinya

3. Tidak dapat mengelak daripada penyakit tertentu
Walaupun pengambilan suplemen itu baik, namun individu tersebut tidak dapat mengelak daripada menghidapi penyakit diabetes, jantung, dan sebagai.

4. Wajar diambil oleh org tertentu sahaja
Pengambilan suplemen wajar diambil oleh org tua yang tidak ada selera makan, wanita hamil yang kerap muntah, dan kanak-kanak yang tidak sihat. Tempoh masa pengambilan suplemen juga untuk jangka masa pendek sahaja

5. Keracunan
Pengambilan terlalu banyak vitamin A akan menyebabkan maut untuk jangka masa panjang. Vitamin C merupakan antioksida yg kuat mampu membawa kepada kekurangan vitamin E yang diperlukan badan. Hati juga akan terjejas fungsinya kerana Vitamin E turut terkumpul di dalam hati

6. Pembaziran
Vitamin D dan C yang berlebihan akan dibuang melalui proses pembuangan air. kerana ianya bersifat "sustained release" tidak kekal didalam badan.

7. Kesan sampingan
Vitamin A yang terlalu banyak @ kalsium yang berlebihan akan menyebabkan pembentukan batu karang rena. Suplemen harbal utk melangsingkan badan yang mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan tanpa dos yang sesuai akan merosakkan hati dan organ dalaman lain

8. Ketagihan
Sesetengah supplemen dicampurkan dengan bahan-bahan terlarang seperti stimulen dan bahan penahan sakit yang dapat menyebabkan ketagihan atau pergantungan psikologi

9. Membawa maut
Terdapat juga suplemen yang mempunyai kandungan hasil daripada kejuruteraan genetic. Mengambil suplemen yang telah diubah paten genetik boleh membawa maut. Di AS, kematian dan kecacatan banyak berlaku akibat mengambil suplemen tersebut.


Siapa Yang Memerlukan Supplement
===========================
Supplemen ialah makanan yang diberikan kepada seseorang dalam keadaan tertentu yang diperlukan utk menampung keperluan badan, meningkatkan kekuatan, dan daya tahan seperti:-

1. Wanita hamil
Bayi dalam kandungan amat memerlukan nutrient seperti kalsium, zat besi, dan protein tambahan untuk perkembangan yang sihat. Wanita hamil digalakkan untuk mengambil asid folik sebanyak 400 mcg sehari untuk menjamin tumbesaran fetus yang seimbang. Ibu mengandung memerlukan ferum untuk membantu pembentukan system saraf pusat fetus. Alahan yang sering dialami oleh ibu-ibu mengandung menyebabkan muntah-muntah dan selera makan yang berkurangan. Pengambilan supplement dapat meminimukan risiko kekurangan nutrient.

2. Ahli sukan/ atlet
Atlet sering kehilang glukosa. Oleh itu, supplement diperlukan untuk menampung glukosa yang telah hilang. Supplement juga memulihkan tenaga dengan cepat kerana atlet perlu cepat pulih daripada keletihan semasa menyertai sesuatu pertandingan. Supplement juga mampu untuk mengekalkan kekuatan atlet pada tahap maksimum

3. Pesakit
Kanak-kanak memerlukan supplement untuk membantu tumbesaran yang sihat dan dapat merangsang perkembangan otak yang cerdas. Pengambilan minyak ikan, garam mineral, vitamin C, dan kalsium adalah penting. Terdapat pesakit yang terpaksa bergantung kepada supplement tertentu untuk terus sihat dan bertahan daripada komplikasi penyakit tertentu

4. Warga tua
Warga tua sering mengalami masalah osteoporosis, iaitu penyakit tulang rapuh. Supplement seperti kalsium diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Wanita yg mengalami menopause perlu mengambil hormone progesterone untuk mengimbangi ketidakstabilan hormone dalam badan. Warga tua yang mengalami kekurangan zat, garam mineral, kalsium, dan sebagainya juga digalakkan untuk mengambil supplement.



***Pesanan daripada saya, kita adalah diri kita, makanan sunnah jangan ditinggalkan dan makanan tambahan hanya sebagai makanan tambahan. Usaha tidak salah, InshaAllah pasti ada kebaikkannya****
 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design