Khamis, 6 Oktober 2016

ALOEVERA GEL ( AVG )


Assalamualaikum sahabat-sahabat neny. meh sini..neny nak cite sikit.
Neny mula kenal dengan botol kuning ni hujung tahun 2015..Disember..kerana anak Neny kerap demam..ya kerap masuk hospital..ubat demam bersusun dalam peti ais..sampai satu tahap Neny nak buat akupuntur pada dia. Tapi doktor yang nak buat akupuntur bagi nasihat..terangkan kepada kami sebab2 demam. Salah satu sebab perut..usus..anak Neny masa itu memang sembelit..2 hari sekali membuang..huhuhu..Neny igt normal..rupanya tidak..sebab itu asyik demam..sebab toksin dalam badan tak dapat keluar dengan baik.. Da lama da tengok iklan pasal Botol kuning ni..mahal..fikir 20x nak beli..tapi tawakal beli..cuba dan alhamdulilah..nampak perubahan.. Terus jadi ahli..jimat2 guna..sekarang..satu keluarga guna..sebab..yakin dengan kebaikan..dan alhamdulilah..anak-anak Neny serasi.

Ringkas saja pengenalan Neny bila Neny berjumpa dan berkenalan dengan si botol kuning. 

Now...meh tengok kelebihan dan kebaikan si botol kuning yang Neny sangat sayang...walaaa..

Kenali Aloevera anda. 
πŸ“ Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930 an.Bahagian yang digunakan adalah daunnya. Ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic. �

πŸ’ŠIa juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.

Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.

AVG aloe vera gel dari FLP sangat dijaga kualitinya..
.
Jika kawan2 perhatikan di botol kita ada 4 logo yang sangat penting kita faham & kenal
.
1. IASC
Sijil pengiktirafan dari IASC ni menunjukkan lidah buaya FLP selamat & tiada emodin (emodin = toksin boleh keracunan, gugur, cirit)
.
FLP private company pertama yg dpt IASC
.
2. KOSHER RATING
Sangat jarang company tuk dapat sijil ni.. KOSHER RATING menunjukkan tidak ada setitik pun bahan kimia berbahaya dalam produk dia
.
3. HALAL IFANCA
Organisasi dunia yg mengawal produk halal.. bila p london esok boleh jadikan panduan logo ni tuk pilih produk
.
4. KKM tuk malaysia
Untuk USA FDA kira macam badan KKM �

Daun Aloe yang ajaib didapati mengandungi lebih daripada 200 sebatian.

KHASIAT:
* Pilihan yang amat baik untuk mengekalkan kesihatan, membantu menguatkan sistem imun dan melancarkan sistem gastrousus.
* Membantu meningkatkan keefisienan penyerapan nutrien oleh sel-sel. Ini bermakna tubuh anda akan menerima lebih banyak khasiat daripada makanan dan penokok diet yang anda ambil dan meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan anda.
* Membantu menyahtoksik tubuh dan mengurangkan beban terhadap sistem pencernaan. Ia membersihkan usus kecil, melancarkan pembuangan najis dan mengurangkan mikroorganisma yang tidak baik seperti kulat. Kulit anda akan menjadi lebih baik dan berseri apabila proses penyahtoksikan berjalan dengan lancar.
* Sistem pencernaan yang sihat mengurangkan beban hati dan dengan demikian membolehkannya memetabolismekan lemak dengan lebih efisien untuk membebaskan lebih banyak tenaga. Dengan itu, dapat mengurangkan simpanan lemak dan membantu mengawalkan berat badan.
* Memberikan tindakan 2-dalam-1 iaitu menyahtoksik dan mencergaskan dengan serentak.
* Membantu meningkatkan kebolehan penyembuhan sistematik badan dan dengan demikian mengurangkan penyakit yang terjadi akibat keupayaan penyahtoksikan dan penyerapan nutrien yang kurang baik.

Cara Pengambilan:
Dos yang dicadangkan: 30 - 60ml setiap kali, 2 kali sehari

Hanya RM95.40 sebotol termasuk GST...nak lagi murah ??? Nak diskaun 15%-35%??

Jom PM/ Whatsapp 

Contoh testimoni









LOOK BETTER, FEEL BETTER.                                                                  
Email:nurulsyazwanisaliman@gmail.com atau call/ sms / whatsapp 013-6078235 Wani InshaAllah akan cuba membantu :)

Sabtu, 6 Jun 2015

Alternatif Rawatan Selsema dan Batuk.

Assalamualaikum semua!!!...

Lama gila rasanya da tak berblog..Last menulis Disember 2014...bersawang-sawang da blog ni rupanya...
Hari ini sesaja menulis..kerja memang berlambak dan dah tak tahu nak mulakan yang mana dulu...so biarlah dulu..

Kisah hari ini pasal rawatan alternatif untuk batuk dan selsema..Memang suka kongsi cerita kalau pekara tu baik dan memberi manfaat. hehehe...

Rawatan Sonotron...apa yang korang tahu tentang rawatan sonotron..Biasa dengar tapi mungkin tak biasa pergi...meh aku tepek sekeping gambar tentang rawatan sonotron ni.


Agak2 kalau tak jelas korang googlenya...hihihi...
Secara ringkasnya rawatan sonotron ni rawatan yang menggunakan teknologi luar negara. Caranya macam pistol panjang pastu tembak kat bahagian yang sakit.

Kenapa aku pilih Rawatan Sonotron??
Yelah..Rawatan Sonotron ni bukannya murah..sekali rawatan je da berpuluh2..baik g klinik @ hospital makan ubat..baru berapa RM kan...huhuhu...
Al sebabnya anak aku yang sungguh bertuah kalau nak makan ubat payahnya siap berbedung...tapi ubatnya bukannya masuk banyak....dari boleh baik dalam masa 2@3 hari berlanjutan sampai 2-3 minggu...sanggup nak bagi anak makan ubat lelama macam tu??tidaklah ku katakan...yang ni tang ubat...

Pastu try buat precaution...alaaa yang guna stim panas tu..banyak jugalah lendir yang kuar..tapi kesannya muka keluar bintik-bintik merah...hmmmm...satu kes pula da takut jadi alergik..

Step seterusnya guna nasal spray...bolehlah tapi bila tidur malam hidung tersumbat...satu kerja lagi nak kena sapu vicks..bersihkan hidung...jawapannya makin tak sihatlah sebabnya tak cukup tidur..BAik anak atau maknya...waaaa..

Lastly..setelah bincag ngan suami amik keputusan untuk cuba rawatan sonotron..yang ni alternatiflah...memang da tawakal..Call tanya pasal rawatan, bayaran, apa yang perlu dilkukan...so da rasa puas hati.decidelah pergi kat klinik An-Nur kat Batu Berendam tue... nak buat sekali je..hahaha...tapi al maklumlah...bila da kena  jumpa doktor, kena consult..okey Doc saya ibu yang menurut perintah...as long anak saya sihat..

Secara ringkasnya rawatan kena buat dalam 6x. So far baru 2x buat da nampak perubahan..selsema masih ada tapi da sangat berkurangan..kalau tidak asal bangun pagi je ..mesti hidung cemomot dan tersumbat (pakej ku katakan)..Alhamdulilah...syukur...

Pesanan ringkas...Duit boleh dicari tapi kesihatan anak sukar diganti... :)

Gambar Klinik An-Nur





"Hendak Tahu Rahsia Sihat,Cantik dan Langsing sambil menyusukan anak" "Rahsia anak ceria, anak aktif, anak sihat??" email:nurulsyazwanisaliman@gmail.com atau sms / wassup 0182272235 InshaAllah akan cuba membantu :)

Khamis, 11 Disember 2014

IMUN BOOSTER UNTUK SI KECIL

Assalamualaikum semua..
Selamat pagi..
Lama sangat tidak menaip, sibuk memanjang.. Walhal cuti sekolah...alangkah bagusnya kalau ada laptop atau perisian yang boleh terus menaip tanpa perlu membuka komputer, membuka hp..
(tahap malas gaban nh da)..hihihi...

Sesaja nak berkongsi cerita tentang produk yang boleh menaikkan imun badan anak. Ini berdasarkan kepada pengalaman sendiri.
Sebelum ini pun aku ada cerita tentang produk ni..Tapi memang terbukti sangat bagus. 

Aku gabungkan penggunaannya.. Tranfer Factor, Mealshakes dan Minda Segar ( Homeopati )

Semalam anak aku tetiba demam. Yelah salah aku juga sesaje gatal tangan nak bertukar-tukar susu. Hamik ko....padan muka...huhuhu...Permulaan dengan selsema pastu batuk. Aku kalau si kecik tue da start batuk memang risau yang teramat, bukan apa..die akan berterusan dengan demam. Aku memang seriau bila sebut tang demam yelah sebab da ada historykan dengan demam..memang aku jaga bebetul sesudahnya..rumah macam tongkang pecah...wala..wala..

Aku mengelak untuk menggunakan ubat-ubatan..tapi tidak menafikan penggunaannya...even aku cuba guna supplemen atau produk kesihatan tak bermaksud aku terus abaikan doktor..doctor is doctor..sebab mereka lebih jelas tentang perubatan...betul tak? Ubat tetap ambil untuk standby dalam peti ice..incase ada urgent keperluan tak perlulah aku bawak kete macam orang gila...huhuhu...pengalaman..pengalaman..

Batuk, Selsema dan Demam.

TRANSFER FACTOR


Aku bagi untuk ganti antibiotik dan ubatan demam..cuma lepas bagi kena pastikan anak minum air dengan banyak mungkin dalam lebih kurang 1.5 liter (susu ibu ke, air susu ke, atau air masak) better susu ibu ngan air masak..hihiihi...tapi korang kena g klinik juga tau...bukan bila da ganti tue korang da suka suki hati tak nak jumpa doktor...seperti yang aku mention awal-awal..doctor is doctor..Tapi trick di sini.anak demam sebab kurang air dalam badan so kena bagi minum air masak bebanyak supaya cepat panasnya keluar melalui air kencing...hihii

Kenapa susu formula aku holdkan dulu bagi sebabnya ada satu doktor pakar kata elakkan bagi anak susu formula semasa sedang batuk. In logical mungkin ada kandungan dalam susu yang boleh produce more kahak.. Tapi dah lama aku praktikkan..Alhamdulilah syukur sesangat memang cepat sembuhnya..
REMIND: KITA USAHA ALLAH SWT  YANG MENYEMBUHKAN.


Review: TRANSFER FACTOR ADVANCED


MEALSHAKES




Hah yang ini memang aku suka...memang bebudak makan dengan jayanya. Bab menaikkan selera makan memang aku setuju sesangat. Yelah bila anak tak sihat confirm-confirm selera makan down..menurun dengan jayanya..so bolehlah bagi melashakes..inshAllah maintain saja...hihihi..


Review: MEALSHAKES SHAKLEE-GUNA DAN YAKIN

Review: MEALSHAKES..



FERRUM PHOSPORICUM 6 (Minda Segar) 




Yang ni salah satu produk homeopati keluaran Farmina Bio Plus. Selain untuk booster kan imun badan dia juga boleh menjadi salah satu produk untuk minda...so ada kepelbagaian fungsi dalam satu produk.
Ferrum akan merangsang penyampaian oksigen ke otak, ke jantung dan semua saraf-saraf halus..

Sesuai untuk peringkat umur.




PERINGATAN DAN REMINDER (ea sama jelah): SEMUA YANG KITA AMBIL JANGAN BERLEBIHAN SEBAB KITA TIDAK TAHU APA YANG BAKAL KITA ALAMI SEKIRANYA BERLEBIHAN




"Hendak Tahu Rahsia Sihat,Cantik dan Langsing sambil menyusukan anak" "Rahsia anak ceria, anak aktif, anak sihat??" email:nurulsyazwanisaliman@gmail.com atau sms / wassup 0182272235 InshaAllah akan cuba membantu :)

Khamis, 23 Oktober 2014

Jeruk Mangga Asam Boi


Sedapnya.....sedapnya...terliur-liur rasanya..Mangga sudahlah susah nak dicari, dan..dan.. time ni pula keluar pasal ni...



Pinjam gambar en google..hihihi...

Setiap hari duk kata ngan suami soh cari mangga muda bang sebijik atau sepuluh biji...tapi mana hado...yang hado kat pokok tengah melayut-layut...huhuhu...Nak beli mahal gilerrrrr...sebekas RM 10..fuhhh..berpeluh dengar harga...menangis mak nak...

Pastu g lah google kat pak cik google cari resepi...


4 biji mangga muda (besar)
Sepaket asam boi
10 sudu besar gula
10 biji cili padi (cincang)
Garam (sikit je)

Senang je rupanya...bahan semua da ada kat rumah...yang tak de cuma mangga muda je...hihihi...
Nanti kalau da buat aku update ea..hihihi..until then...jumpa lagi...hihihii..



"Hendak Tahu Rahsia Sihat,Cantik dan Langsing sambil menyusukan anak" "Rahsia anak ceria, anak aktif, anak sihat??" email:nurulsyazwanisaliman@gmail.com atau sms / wassup 0182272235 InshaAllah akan cuba membantu :)

Sabtu, 18 Oktober 2014

Saya Tidak Pandai..

Assalamualaikum semua!!!
Didoakan semoga sihat dan sejahtera hendaknya..amin..

Cerita hari ini..saja-saja nak isi masa lapang..
Dhia tidur, aku??
Kerja melambak-lambak..
Otak serabut je tengok kerja yang melambak-lambak tue..
Tapi kaalu tidak dibuat lagilah bertambah-tambah melambaknya...weeehaaa.
So bila ada masa lapang saja-saja menaip artikel. 

Hari ini aku nak share kesilapan-kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Yes!! aku memang tak pandai dalam bab-bab anak tapi for surelah selalu gugel, selalu perhati, selalu membaca dan selalu...selalu...selalulah..Dan yang menjadi mangsa ujikaji adalah Dhia.

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesalahan orang tua dalam mendidik anak-anak. yaitu;

1)   Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai dzuriat ( Keturunan ).
2)   Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai dzuriat.
3)   Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4)   Memaki dalam menegur kekhilafan anak-anak.
5)   Tidak berusaha mevariasikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6)   Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7)   Melahirkan suasana yang kurang akrab ketika makan.
8 )  Membeda-bedakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9)   Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak mengantar-menyambut anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah (piknik & olahraga) anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan &minuman yang tidak halal.
18) Tidak memberi contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan waktu untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang baik.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengekang kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktivitas anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayani pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Sering mengungkit sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman kepada anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
40) Tidak menganjurkan anak-anak hidup bekerjasama.