Sabtu, 2 Mac 2013

SMK RAHMAT


Alhamdulilah saya diinterimkan di sekolah ini


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAHMAT, 
KUALA SUNGAI BARU, MELAKA..


Surat interim sudah diterima pada hari Jumaat bersamaan dengan 1 Mac 2013.
Sekolah ni tidak jauh sebenarnya daripada rumah yang disewa di Melaka, adalah dalam kira-kira 40 minit.. Sejalan dengan tempat kerja En Suami...ngeh..ngeh..ngeh..balik boleh dating tiap2 hari...muahahahaha...Tapi disebabkan masih tak jumpa pusat jagaan atau pengasuh untuk sicomelku Dhia, saya akan berulang dari Tangkak Ke Melaka sejauh 120km (pergi balik)..fuhhhh...tapi saya tak kisah asalkan yang jaga anak saya adalah orang yang paling saya kenal dan juga rapat..iaitu emak saya...hehehe..Tapi buat sementara waktu sahaja..Nanti bila da jumpa pusat jagaan, Dhia akan diletakkan di sana..Tak nak susahkan mak... :)

Nak cari rumah yang berdekatan tak boleh pula.. sbb bulan April ni ada penilaian khas untuk PELANTIKAN TETAP KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41  ..jadi mahu atau tidak dalam masa sebulan ini, kenalah berkorban dan bersabar..Semoga Allah permudahkan semuanya..amin..dalam hati bersemangat hendak mengajar dan mendidik anak bangsa tapi takut kerana da lama tidak berhadapan dengan pelajar-pelajar dan mengajar.. :)..Lagi-lagi bila tengok statement gambar kat bawah... Harap-harap saya dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan dengan semangat yang kental dan kerana Allah SWT..aminn..doakannye... ^__^











0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design