Selasa, 14 Oktober 2014

SHAWL BUTTERFLY HASIL TANGANKU

Assalamualaikum semua.....
Apa khabar??
Hopefully sihat dan Alhamdulilah semuanya..
Lama sudah tidak ku berkunjung ke blog..tak sempat sebenarnya..Entri yang sebelum ni pun main tangkap muat je..Masa yang dibekalkan 24 jam tidak cukup. Macam-macam kerja yang kena selesaikan. Dari sekolah ke bisnes. Ye saya memang minat bisnes..KENAPA??? Sebab mak dah latih anak-anaknya untuk berdikari dengan bisnes. Mak memang bijak dalam pencaturan untuk berbisnes tapi anak-anaknya masih bertatih lagi.

Sekarang baru mencuba untuk menjual Shawl...
Macam-macam paten shawl yang ada dicuba buat, Shawl Butterfly, Shawl Oblong, Shawl Halfmoon dan Shawl Empat segi tepat. Harga memang boleh tahan..kalau boleh memang tak nak lebih dari RM30 sehelai..bergantung pada kualiti kain dan kelebaran serta meter kain.

First time buat Shawl Butterfly mak terus kata," Mak cuba satu. Nak pakai g taklimat GST kat KKTM "...boleh aja...

Jom layan gambar kat bawah: 

Model ku yang cun melecun...hihihi..LOVE U MAK....

Warna-warna yang ada. Senang pakai senang basuh. (^_^)

0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design