Sabtu, 14 Disember 2013

Bila da dapat kaki..

Assalamualaikum semua...
Memalam macam nh baru sempat nak menulis, menaip dan pelbagai lagilah...hehehe
Masa cuti sekolah nh memang banyak kerja-kerja yang tertunggak nak dilangsaikan..
Yelah kalau masa persekolahan, masa sangat-sangat cemburu, asyik tak sempat je..
Hehehe...

Hah cerita pasal si comel tu..tak lama lagi dah nak setahun...
Sudah besar rupanya jantung hatiku ini.. hehehe
Bermacam-macam perkara dah pandai buat...Sukaaaa...
Yang terbaru nh baru je pandai berjalan...
Waaa sukanya si comel ni bila dapat kaki...
satu rumah diteroka...
Sambil berjalan mulut macam nenek..pot pet..pot pet..
Ada je yang ditanya, ditegur dan dipersoalkan..
Tapi seronok...seronok sangat...
Bila tengok si comel nh bertatih a.k.a berjalan rasa sangat-sangat teruja..
Mana tidak teruja, anak pertama katakannn..hehee..
Tapi serius, bila nampak Dhia mula menapak setapak demi setapak rasa syukur sangat-sangat, siap belanja si comel ni pergi main kereta main..ala yang guna remote tue...hehehe

Si kecil ni mula belajar berjalan masa dekat pusat sains negara (PSN)..3 hari duk bertapa di sana, balik rumah terus bertatih-tatih...
Mula-mula bertatih, jatuh bangun jatuh bangun, nangis...pastu sengih...hehehe..al maklum lah kanak-kanak, masa nangis kena agah sengih..eeee comeeellll..geram2
Seminggu eh silap2 dua minggu jatuh bangun, jalan beruang, alhamdulilah hari semalam 13 hb 12 tahun 2013 sudah mula berjalan..


Masa mula-mula nak berjalan



Aktiviti seterusnya adalah memanjat :)






0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design