Assalamualaikum semua...
Hari terlebih rajin nak megupdatekan dua cerita..satu pasal si comelku chak...dan satu lagi pasal pati delima...
Wokey...delima kan memang bagus untuk kesihatan lagi-lagi kalau wanita yang mengandung banyak khasiatnya..
Dulu-dulu masa pregnant delima nh boleh dikatakan makanan harian..(walaupun ada tuang2)..
Tapi best!!...Serius bagus khasiat delima..
Agak-agak sape yang pregnant mailah amalkan...
INFO :- [ tq ]
Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). Antara khasiatnya adalah :-
- MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan.
Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping
menurunkan kolestrol yang buruk.
- DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi
berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda
memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia
adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk
antioksidan.
- MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini
adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan
jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima
membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki
sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoids' dan 'polyphenols' yang tinggi,
iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
- MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan
pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah
ketidaksuburan dan kemadulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra'
dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.
- MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit.
Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi
dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua
penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan
jantung atau penyakit hati.
- MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis
dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing
manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau
pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. "Dalam jus delima, gula
bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini
sebagai pelindung melawan atherosclerosis".
- MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MOCROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke
atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang
diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan sernagan virus utama A sehingga G
dan juga kumpulan 0.
- MENGELAKKAN KANSER KALENJAR PROSTAT
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat
mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas
hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat
menyembuhkan kanser itu.
- DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima
dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia
ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan
minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di
Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel
kanser kulit.
- MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh
manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia
tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel
darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan
serangan jantung dan strok.
- MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada
gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor
yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan
gigi.
- MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyayuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt
mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih
setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit
Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap
minggu.
- MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah
ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan
pada pengidap asthma dan lelah.
- MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi 'potassium' yang tinggi, selain dari
mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan
vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula
yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3
kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya
bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
- DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan:
- Ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
- Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
- Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
- Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
- Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung.
- MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa
mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juda dapat
membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor
mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub
saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada
lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika
mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang
mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik
seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai
tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat
mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada
waktu malam.
LAGI KHASIAT DELIMA :-
- Melawan penyakit gaut
- Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
- Merawat 'sinus'
- Meningkatkan tenaga
- Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
- Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
- Menormalkan fungsi hati
- Menstabilkan peredarah darah
- Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
- Mencuci darah kotor
Bila baca terasa tak yang delima nh terlalu banyak khasiatnya...lagi-lagi kepada wanita-wanit dan ibu-ibu yang mengandung..seriusly daku masa pregnant mmg delima so sedappp...
Tapi al maklumlah buah delima nh susah nak cari, so sebagai alternatif lain, daku mengambil Pati Delima Gulshan.
Sodap pun sodap..hari-hari mesti minum...so simple dan sangat ringkas...Awal-awal dulu daku campurkan dengan air..tapi lah nh, minum gitu je..sebab rasanya sedapppp...hihihi (^__^)
Inilah dia Pati Delima Gulsan |
0 comments:
Catat Ulasan