Rabu, 27 Februari 2013

TANGISAN, CARA BAYI BERKOMUNIKASI


Pada peringkat awal tumbesarannya, bayi akan menangis untuk memberitahu yang dia sedang bermasalah. Antara masalah yang biasa dialami bayi ialah:

1) Lapar
- Tidak dinafikan bahawa sering kali tangisan bayi dikaitkan dengan rasa lapar. Jadi, sebagai bapa, anda mestilah peka tentang hal ini. Pastikan anak mendapat makanan yang secukupnya. Bagi bayi yang belum berusia 6 bulan, makanan yang dimaksudkan tentulah susunya. Para bapa kenalah ambil tahu jadual minum susu anak agar anda tahu bilakah waktunya dia kena menyusu.

2) Basah
- Rasa tidak selesa akibat basah pun boleh menyebabkan bayi menangis. Oleh yang demikian, rajin-rajinlah periksa lampin bayi anda dan tukar lampin tersebut dengan kerap bagi mengelakkan punggungnya basah. Menjaga kebersihan bahagian lampin bayi sangat penting agar dapat mengelakkan masalah ruam yang akan membuatkan bayi rasa gatal dan tidak selesa.

3) Tidak Selesa Dengan Persekitaran
- Keadaan persekitaran juga sering mengganggu bayi. Suasana sekeliling yang terlalu bising dan sempit boleh menyebabkan bayi menangis. Bukan itu sahaja, suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk pun boleh mengganggu keselesaan bayi.

4) Jatuh
- Ada ibu bapa yang gemar menidurkan bayi mereka di dalam buaian. Amalan seperti ini terutamanya pada waktu malam tidak praktikal kerana macam-macam boleh berlaku di dalam buaian ketika anda sedang tidur. Salah satu perkara yang boleh berlaku ialah terjatuh. Bayi yang tidur lasak mudah terjatuh dari buaian lebih-lebih lagi jika dia dibiarkan tidur sendirian.

5) Kembung
- Bayi juga terdedah kepada masalah kembung perut. Masalah yang turut dikenali sebagai kolik ini akan menyebabkan bayi menangis dalam satu jangka masa yang panjang. terutamanya pada waktu petang. Biasanya untuk meredakan sakit perut yang dialami bayi, urut bahagian perutnya dengan lembut menggunakan minyak yang sesuai. Urut juga bahagian belakang tubuhnya. Selain daripada meredakan kesakitan yang dialami, urutan boleh menenangkan bayi.

Kepada bapa-bapa sekalian, tangisan bayi adalah lumrah dalam kehidupan berkeluarga. Bayi memang selalu menangis. Oleh itu, anda perlulah bersedia untuk menghadapinya.



Ala-ala..ciannye..nanti mama pujuknye...kihkihkih

huhuhu...


[LINK]

0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design