Selasa, 5 Februari 2013

PETUA BAYI SEMBELIT


Assalamualaikum semua...
Ya hari ini saya secara skemanya mahu berkongsi satu petua yang saya amik dari satu website iaitu website PETUA NENEK [ LINK ]

Petua ini sangat berhasil dan berkesan kepada bayi-bayi yang berusia 2-3 bulan.. tapi anak saya baru berusia 1 bulan lebih..tapi lenjan jelah...hikhikhik..
Alhamdulilah..berhasil..

Contoh Muka Dhia kalau nak yayak..
Yelah..Dhia dah 3 hari masuk hari ini tak melawas (membuang air besar) asik kentut je..sikit-sikit kentut..yang paling best tak nak tido.. dah hisap botol lepas tu bagi DF, tengok-tengok da terlelap..masukkan dalam buaian terus celik mata..bagi DF lagi terlelap letak atas katil, celik mata..kalau celik mata tak menangis tak mengapa..tapi nh setiap kali celik mata mesti menangis semahu-mahunya..sampai mak ngan abah pun kelam kabut jadinya..Bila da jadi macam tue malam semalamnya, 
hari ini ajak abah ngan mak ke klinik Nordin [ Klinik Keluarga ], risaunya pasal..kuikuikui
Bila tiba klinik, Dr Nordin pun periksa.."owh ini kembung, saya bagi ubat kembungnya..".."Baik Dr"..
"Tapi anak saya tak berak masuk hari ini, hari ketiga".."Owh ini perkara biasa..cucu saya 25 hari tak berak sebab dia serap semua nutrien dalam susu tu"..."owh, ye.."
Pas siap periksa, amik ubat, gerakla balik ke rumah..
Sampai ke rumah, mak terus amik daun kunyit, basuh bersih-bersih, layurkan atas api dan tuam kat perut Dhia..adalah dalam 2-3 minit tuam, lepas tue...prutttt!!!..semacam je bau (Dhia menyusu masa tue)..
" Mak cuba tengok, kot-kot Dhia berak ke?" "Semacam je da nh baunye"..
(dalam hati berharap agar Dhia berak)..hasilnya..ALHAMDULILAH...syukur sangat-sangat...Dhia berak dengan jayanya...hehehe..


Inilah daun pokok kunyit yang digunakan..



Inilah permata hati Ibu dan baba..










Tiada ulasan: