Rabu, 30 Januari 2013

PAKEJ NIAGA MAC dan MISS ROSE [ FREE POSTAGE ]

PAKEJ YANG MENJIMATKAN!!!!..


DAPATKAN SEGERA PRODUK DARIPADA MISS ROSE DAN MAC


HANYA BAYAR RM 130 FREE POSTAGE ANDA DAPAT MENJIMATKAN DUIT..



TAK MAMPU UNTUK MEMBAYAR RM130??



TAK SUSAH..ADA PENYELESAIANNYA
......................................................

KONGSI DENGAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN..



JADI ANDA HANYA PERLU BAYAR RM 26 SEORANG DAPAT 5 ITEM,



JIMAT BUKAN???



JADI APA TUNGGU LAGI >>>>>>>> JOM BELI!!!!!...



KUALITI PRODUK AAA



BERMINAT??????



BOLEH PM DNIss Blogshop [ KLIK SINI ] @ sms 013-7926544




PAKEJ NIAGA RM130

FREE POSTAGE


12-color eyeshadow M.A.C x 3
9-color eyeshadow x 3pc
3 color compacy powder x 3pc
Blusher M.A.C x 3pc
Eyeliner twist/pensel x 12pc










Khamis, 24 Januari 2013

FELINNA INCH LOSS LOTION terbaekkkk!!!


Kelebihan Produk Inchloss

Berkesan untuk menghilangkan lemak-lemak berlebihan di badan tanpa berlapar
• Tanpa bahan kimia 100% bahan semulajadi.. (berasaskan herba)
• Mudah digunakan
• Tidak terlalu panas
• Berbau wangi dan tahan lama
• Sesuai untuk ibu mengandung dan ibu menyusu
• Mendapat kelulusan KKM (No pendaftaran :NOT121006160K)
• Sesuai untuk lelaki dan wanita


Produk hebat ini semakin hangat dipasaran!

Sudah ramai yang mencuba produk ini dan mendapat hasil yang sangat memuaskan..

Sesiapa yang sedang berdiet jugak di galakkan menggunakan produk ini kerana boleh mempercepatkan proses penurunan berat badan..



Pepagi saya buat carian semata-mata takut produk yang dijual bukan original. Pastu print screen tepek kat sini..hehehe

Cara Guna :
Sapu pada bahagian lemak-lemak yang di kehendaki 2kali sehari (lebih pun xpe..disyorkan sapu selepas mandi..nak sapu di bahagian dagu pun boleh..)

Cara Penggunaan Felinna Inchloss Lotion


Sebagai bukti ukur dahulu bahagian yang hendak di kecilkan sebelum menyapu Inchloss. Kemudian selepas beberapa hari sila ukur lagi bahagian tersebut.Anda pasti akan dapat melihat perbezaannya!






Hah..yang kat bawah ini adalah testimoni saya sendiri..kalau sebelum ini, mungkin saya agak was-was nak jawab berkesan atau tidak..sekarang ini saya dengan konfiden jawab.. YA! SANGAT BERKESAN...hahaha...walaupun makan masa yang lama..



Cepat atau lambat terpulang pada individu tersebut..Setiap badan kita tak sama. Ada yang baru pakai 1 hari sudah boleh nampak kesan. Ada yang kena pakai 3-4 hari baru nampak kesan..ada pula yang sebulan baru nampak kesan..Tapi apa yang penting kena rajin dan berusaha.. tak gitu kekawan semua... ^______^




Betul-betul.. ^___^







p/s: Lepas ini boleh buat entry pasal Felinna Vitamin C + Pure Collagen..(baru nak cuba)..nantikannya...hehehe

SALAM MAULIDUR RASUL SAHABAT BLOGGER SEKALIAN



صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى 
اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Mari berselawat ke atas junjungan Nabi 

Muhammad SAW



‎:: SEJARAH MAULIDUR RASUL ::

Menurut sejarah, Maulidur Rasul dicatatkan pertama kali disambut secara kecil-kecilan oleh sekelompok ahlul bait di Mekah Al Mukarammah semasa zaman pemerintahan khalifah Abassiyah; Muhammad Ibnu Mansur Al Mahdi pada abad ke 8M.

Kemudian pada abad ke 12M, ia telah diperkenalkan dan disambut secara besar-besaran oleh Gabenor Irbil di Iraq; Al Mudzaffar Abu Sa’id al-Qakburi semasa pemerintahan Sultan Salahuddin Al Ayubi (1138-1193M).

Sambutan tersebut bertujuan mengumpulkan dan menyatukan kaum muslimin bagi menaikkan semangat jihad mereka menghadapi angkatan perang salib dan merampas kembali Jurusalem dari tangan mereka.

Meskipun terdapat ulama dari aliran Wahabbi dan Salaffi menganggap sambutan Maulidur Rasul sebagai bida’ah, namun kebanyakkan ulama pula menganggapnya sebagai satu bentuk sambutan yang bertujuan melahirkan rasa kecintaan kepada Rasul dan yang paling utama pengisian Maulidur Rasul harus selari dengan tuntutan syariah.







p/s:masa sekolah mesti akan ikut perarakan maulud..seronok bila kita beramai-ramai berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W..Syukur dilahirkan sebagai hamba Allah S.W.T dan sebagi Ummat Nabi Muhammad S.A.W.






Rabu, 23 Januari 2013

CARA SENDAWAKAN BAYI


- Cuba tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan.

- Cuba dakap bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepalanya ke bahu dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.

- Cuba telentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut.

- Cuba dudukkan bayi di atas pangkuan, angkat kepala bayi, rehatkan dagunya di atas lengan dan tepuk atau gosok belakangnya perlahan-lahan.

- Cuba pegang bayi dalam keadaan tertiarap di atas lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan.

- Cuba letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.

- Cuba duduk tegak sambil memeluk bayi (over your shoulder). Pada posisi ini, dagu si kecil sebaiknya berada di bahu Anda. Pegang kepalanya dengan satu tangan, sementara tangan lainnya menggosok bahagian belakangnya.

- Cuba pegang bayi dalam posisi duduk di pangkuan Anda, di tengah-tengah paha (sitting on your lap). Letak sebelah tangan di belakangnyanya, dan satu lagi di antara perut dan dadanya. Pastikan bayi berada dalam posisi yang selesa. Setelah itu, usap dengan perlahan belakangnya sampai ia bersendawa.




Cara sendawakan bayi ( dicedok dari FB ini LINK )













Isnin, 21 Januari 2013

NUTOX OXYFUSION


Siapa kenal kakak dekat bawah ini??
Inilah fazura atau duta untuk Nutox Oxyfusion.



Saya da pernah guna beberapa jenis produk kecantikan muka, dari OLAY (Semua jenis keluaran Olay kecuali yang terbaru), Safi Balqis Perfect 10 dan yang warna hijau, Simply Siti, dan lain-lain lagi..
Tapi kesemua produk ini tidak berkesan dengan kulit muka saya.
Bukan maksud saya produk ini tidak baik...

NO...NO...NO...NO...NO..

Produk-produk yang disebutkan namanya di atas tersangatlah bagus, cuma kurang sesuai dengan kulit muka saya. Setiap insan mempunyai jenis kulit dan kesesuaian yang berbeza..Sama macam saya..
Adik saya guna Safi Balqis Perfect 10, muka dia nampak perubahan..
Kalau sebelum ini berjerawat dan agak kusam, tapi sekarang ni bersih dan glowing gitu..
Tapi tidak pada saya...wuaaaaaa...



********


NUTOX...owh....NUTOX....

Masa mula-mula nak guna produk ini, saya agak takut sedikit...yelah, muka saya kalau tersalah guna produk tersangatlah cepat efek kekusamannya..takut wooo..lagi-lagi time tu dah nak dekat dengan majlis perkahwinan..huhuhu..( ye ke? ) Lupa sebenarnya tarikh asal guna Nutox ni...ehehehe.. ^___^
Asalnya saya berjalan-jalan dengan rakan sekelas di JUSCO Taman Universiti. Bila ada promoter (chinese kalau tak silap) tegur saya pasal kulit saya...sebab masa tu saya tengah belek-belek produk kecantikan.
Dalam sibuk promoter tersebut menerangkan tentang produk yang dipromote, sempat lagi dia menyapukan pelembab ke tangan saya..
Kemudian dia suruh saya berjalan-jalan di dalam JUSCO selama setengah atau 1 jam (ini pun da lupa..ape daaaa)..
Dengan jujurnya, saya pun berjalan-jalan..Tapikan..kann..kann..nape JUSCO ea? tak pasar ke?Kedai-kedai runcit ke? Hehehe..
Ada sebabnya..biasanya bila kita berada di dalam keadaan sejuk a.k.a berpenghawa dingin, kulit kita akan mengering umpama kekurangan air..Nah! kat situla Nutox ini jadi penyelamat...hehehe 
Pengalaman sayalah..memang kulit saya cepat sangat kering masa berada dalam penghawa dingin..
Tapi bila guna pelembab Nutox..kulit saya tidak terasa kering..Wah!magis-magis...kihkihkih..
Ini jawapannya telah terpengaruh..hahaha

Dari situlah saya mula beli Pek percubaan. Dalam pek percubaan ini ada 3 produk utama iaitu :

@ Pelembab a.k.a Moisture Emulsion SPF 25PA++
@ Pencuci Muka a.k.a Wrinkle Away Cleanser
@ Serum a.k.a Advanced Serum Concentrate Plus

Bila mula guna, kulit saya terasa lembab dan bersih. Dalam masa seminggu saya rasa perubahan. Jadi saya mula beli ketiga-ketiga jenis Nutox yang ada dalam pek percubaan dalam saiz yang besar.


Inilah pek percubaan pertama saya.

Saya tak berani nak cuba semua produk Nutox. Takut membazir kalau tak sesuai dengan kulit..
Start dari produk dalam pek percubaan, saya mula beli toner dan supernatural night repair. 
Bila rasa okey dan tak de efek pada kulit muka...
Satu persatu produk Nutox saya beli, kumpul dan guna.. 
Hasilnya sangat memuaskan hati saya.. Lagi pun produk ini menggunakan sarang burung dan ada kaitan dengan oksigen untuk kulit..TERBAIKKKKK!!!!



Antara Produk Nutox yang saya ada ^___^

 TAPI!!!!!!!
Hah...dalam banyak-banyak produk Nutox..Ada satu produk yang paling...paling...paling..paling (amek ko banyak kali paling disebut)...paling saya suka adalah......


































Tadaaaaaaa......




Superstar Night Mask..
Produk ini memang terbaikkkkkk!!! Wa cakap sama lu...Memang gerenti 120% terbaik..

KENAPA...MENGAPA 

Sebabnya..kalau kulit muka kita rasa kering (time pregnant kulit muka saya memang kering )..gunalah produk di atas ini selama 2-3 kali dalam masa seminggu..kesannya sangat...sangat...sangat menakjubkan...fuyoooooo...kulit kering akan beransur-ansur menjadi lembab..yang mengelupas-mengelupas akan segera diperbaiki..Harga memang berpatutan dengan hasil yang diberikan..
Lagi satu kalau pakai produk di atas ni, kita boleh pakai selama 2-3 jam atau pun semalaman..
Kalau saya, saya lebih suka pakai semalaman..sebab kesannya lebih baik...hehehe (ini cara saya)



Tak dapat cantik macam Fazura tak pe asalkan bersih macam kulitnya...wah gitu...hehehe


Sedikit lagi pasal produk yang saya cedok daripada FB Nutox





P/S: Produk ini menjimatkan masa, tenaga dan juga kewangan sebab, saya menggunakan produk ini hampir setahun baru habis...hampir setahun...penjimatan yang teramat-amat bagus bagi insan yang sangat kedekut duit dengan benda-benda macam ini...kihkihkih...






Sabtu, 19 Januari 2013

7 INFO SIHAT BAYI

1. Jemur bayi waktu pagi
Sesetengah orang percaya amalan menjemur bayi waktu pagi adalah baik untuk kesihatan bayi. Sebenarnya, boleh untuk anda ikuti amalan ini namum tidak perlu setiap hari. Anggapan yang mengatakan bayi perlu dijemur setiap pagi tidak betul. Jika anda melakukannya pun, tidak perlu lama. Cukup sekadar antara 10 hingga ke 15 minit pada jam 8:00 pagi. Sedikit sebanyak ia membantu bayi yang baru lahir terutama yang menghidap penyakit kuning (jaundis). Ini kerana sinar matahari pagi membantu menguraikan bilirubin yang akan larut dan dikeluarkan sebagai urin.

2. Membiarkan bayi tidur dengan susu botol.
Ramai orang tua beranggapan membiarkan bayi menghisap susu botol hingga dia tidur akan lebih memudahkan tugas anda terutamanya dimalam hari. Bayi yang terjaga apabila diberi susu botol akan mudah menyambung tidurnya semula. Namun mungkin anda tidak ketahui bahawa cara ini boleh mengganggu perkembangan bayi. Dengan membiiarkan bayi tidur bersama susu botolnya, susu akan terkumpul di gusi bayi. Selain itu, bayi mudah terkena jangkitan telinga kerana susu tersebut boleh memasuki saluran 'eustachius'. Kerana itu, pastikan anda segera mengalihkan susu botol sebaik saja bayi selesai menyusu atau selepas saja dia tidur. aku nak tambah sket.. mungkin dengan cara ini boleh mengundang bahaya gak. macam sekarang ni ramai bayi yang mati akibat tersedak susu. so, tak payah la biarkan baby isap botol susu tanpa dipantau..

3. Mandi air sejuk menjadikan bayi kuat.
Ada kepercayaan kononnya memandikan bayi dengan air sejuk boleh membuat daya tahan tubuhnya meningkat. Sudah tentu pendapat ini tidak benar. Malah, air sejuk boleh membuat metabolisme dan pembakaran dalam tubuhnya meningkat menyebabkan makanan yang diserap tubuh bayi cepat habis kerana digunakan untuk menyeimbangkan semula tubuh bayi. Ini menyebabkan bayi mudah hilang tenaga, cepat lemah dan berisiko jatuh sakit. Sebaiknya mandikan bayi dengan air suam yang tidak terlalu panas. Namun, jangan terlalu lama agar tubuh bayi tetap seimbang kehangatannya.

4. Air liur meleleh
Sebenarnya perkara biasa apabila air liur bayi sering meleleh kerana pada usia ini (sehingga 4 tahun), proses penghasilan air liurnya memang aktif. Namun, jika air liurnya keluar berlebihan, ia berisiko menjadi radang atau jangkitan pada sekitar mulutnya. Penghasilan air liur berlebihan juga mungkin salah satu tanda bayi hendak tumbuh gigi. Air liur yang meleleh ini tiada kaitan dengan mitos yang mengatakan ia ada kaintan dengan si ibu yang gagal memenuhi keinginan (mengidam) sewaktu mengandungkan bayinya dulu.

5. Muntah setelah makan
Setelah makan atau minum susu, mungkin bayi akan muntah sedikit. Ini berlaku mungkin kerana bayi terlalu kenyang atau banyak udara yang masuk ke perutnya sebelum atau sewaktu sedang minum susu. Keadaan ini juga boleh berlaku apabila bengkung bayi dipakaikan terlalu kuat. Selain itu, mungkin anda memberi bayi makan dalam posisi yang salah, contohnya dalam posisi tidur terlentang. Kerana itu sebaiknya buatlah bayi sendawa setelah makan untuk mengatasi masalah muntah ini.

6. Mendukung bayi
Bayi akan berasa tenang apabila didukung namun cuba elakkan untuk menjadikan ia sebagai satu amalan untuk memanjakan bayi anda. Ini kerana bayi yang terlalu biasa didukung dalam semua keadaan tidak akan melatih emosinya untuk berdikari malah, akan menjadi manja dan setiap waktu hendak didukung. Ini membuatkan bayi menjadi malas dan anda sendiri juga yang akan mengalami kesukaran kelak.

7. Berpeluh
Anda mungkin beranggapan bayi yang kuat berpeluh menandakan dia sihat. Tidak semestinya begitu. Adakalanya peluh yang keluar berlebihan mungkin petanda bayi mengalami gangguan tertentu seperti tekanan, fungsi kelenjar yang berlebihan, kadar gula yang rendah atau berat tubuh yang berlebihan.


[LINK]



comelkan bayi bila sihat??

ala...ala...


Semua sumber dari en googles imej...







JADUAL DAN SUSU IBU "PANDUAN"


Assalamualaikum semua..dan selamat pagi... ^_^

Entri di awal pagi sabtu..
Pagi-pagi ni boleh buat entri awal-awal sebab Dhia da tidur dan Baba Dhia ada tolong jagakan Dhia...hehehe...
Jadi ibu Dhia boleh berbisnes dan berblog sekejap..
Sementara menghabiskan susu yang dibancuh...kihkihkih

Sebenarnya saya sesaja buat entri ni, sebab nak share atau kongsi dengan kalian semua tentang jadual penyimpanan susu ibu yang diperah dan juga jadual memulakan latihan perahan susu ibu..

Mungkin ramai yang da tahu atau da ada pengalaman..tapi bagi saya sebagai ibu muda, maklumat dalam jadual ni sangat berguna sebagai panduan..betul tak???

Kalau kita perah susu tak ikut jadual..al jawapannya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

jawablah sendiri...hehehe..
Hopefully, jadual yang saya kongsikan ni dapat dimanfaatkan dan digunakan sebaik mungkin.. ^____^

Jadual simpanan susu ibu yang telah diperah





Jadual latihan untuk memulakan perahan susu ibu..


Kalau pembaca-pembaca rajin..bolehlah download pastu print dan kemudian tampal dibilik sebagai panduan..atau boleh juga tampal dekat peti ais..kalau ibu-ibu/emak-emak/mama-mama/mummy-mummy lupa..ada yang boleh ingatkan..tak gitu *__*...

Okeylah selamat mencuba!!!!!









Jumaat, 18 Januari 2013

Belajar Perkara Baru


Assalamualaikum semua....Apa khabar???
Hari ini, hari terlebih rajin pula..
walhal sibuk...(sibuk kee???)...bolehlah..sibuk menguruskan Dhia..

Sebagai ibu muda, macam-macam perkara saya belajar..
Belajar bersabar dengan karenah si comel..
Belajar untuk menyusukan badan..
Belajar mandikan si comel..
Belajar perah susu dan simpan...
Belajar untuk bahagikan masa antara menelaah, online, si comel dan baba Dhia..(masa pantang)
Esok lusa da habis pantang, saya lagi perlu belajar untuk bahagikan masa yang ada dengan sebaik mungkin..
Adakalanya saya rasa penat..tapi bila tengok muka si comel..hilang rasa penat..Lagi-lagi bila Dhia buat mulut muncung...hahaha...comel sangat rasanya...rasa nak gigit-gigit je.. grrrrrrr.....
Malahan timbul rasa semangat..
Semangat untuk menjadi ibu yang terbaik buat Dhia..

Yang paling mencabar pada saya adalah saya belajar untuk memerah susu mengikut jadual supaya susu badan sentiasa dapat dihasilkan atau mencukupi untuk menampung keperluan si comel saya..
Mula-mula tue agak susah juga..Nasib baik ada nurse (anak adik angkat mak) share jadual tentang masa perahan susu dan ketahanan susu yang diperah..
Kalau ikut saya memang tak tahulah...siyesss..
Hari tu perah susu adalah dapat dalam 2 bekas, tapi sebab da berada dekat luar lebih daripada 4 jam, terpaksalah buang... =.=!!!!...membazir macam tu saja...kecewa sangat-sangat..
Tapi lepas dapat jadual ni, barulah rasa susu yang diperah selamat untuk diminum oleh si comel...hehehe..

Si comel Dhia da pandai hisap botol..tapi sebab puting botol yang agak keras sikit, Dhia akan menolak sikit bila minum..tapi masih lagi minum..hehehe...Jadi ingat nak cuba cari satu jenis lagi puting yang bentuk lebih kurang macam puting ibu..


Sekarang guna puting Dr Baby

Tapi hari ini ingat nak cari puting jenis macam nh..sebab bila tengok anak jiran yang tak mahu hisap botol, automatik nak hisap botol dengan guna puting jenis ni..
Search kat internet ada yang da out of stock..
Jadi nak try cari dekat farmasi dan kedai baby atau FIFFY..
Harap-harap boleh jumpa..




Puting botol yang macam puting ibu.




Nak minta tolong En Suami carikan..yelah masih dalam pantang mana boleh berjalan-jalan..kalau rasa nak kena ketuk dengan mak...hahaha...







PETUA SAYA MENAMBAH SUSU BADAN

Semalam adalah hari yang sangat stress..
Dhia merengek nak susu..masa tu pula air susu kurang..owh..azab sungguh dengar Dhia menangis memalam..saya pun turut menangis sambil susukan Dhia..sedih wooo..bila kita nak susukan bayi kita tetiba susu kurang..sangat sedih..tsk..tsk..tsk..

TAPI..

Start hari ini, da tak stress lagi, sebab susu da banyak untuk Dhia..
Petuanya senang aje, jangan kurang minum air.
Petua dari mak mesti minum susu setiap kali makan, Pagi + Petang + Malam..
Tapi petua mak ni memang mujarab..selain daripada air susu cepat terhasil dan banyak, nak membuang pun lawas...kihkihkih..

Sebenarnya saya ni seorang yang kuat minum air.
Dalam satu hari kekadang boleh lebih daripada 3 liter..
Bila time pantang, orang tua-tua kata tak boleh minum air banyak-banyak..
Jadi bila badan saya kurang air, air susu yang dihasilkan pun kurang..owh..tidak...huhuhu..
Hendak atau tidak hendak saya terpaksa melanggar pantang orang tua-tua..
Tak apelah janji susu untuk Dhia dapat dihasilkan dengan banyak..

Jadi satu hari, saya akan minum 4 kali susu formula (takkan susu ibu, mahu nanges mak saya)..hehehe
Tidak termasuk air masak kosong atau air masak madu..
Total air yang saya minum adalah....
Hmmmm...saya pun tak tahu...
Yang penting saya tidak akan bagi Dhia haus dan lapar...
Ini adalah matlamat saya buat masa sekarang..
Full BF untuk Dhia..

Bila baca sabda Rasulullah S.A.W lagi bersemangat [ LINK ]



Ini Susu Yang En Suami belikan.. (susu turun temurun a.k.a susu membesar saya)


Okeyla...nak tidur dulu..mata sudah terpejam celik...terpejam celik...susu yang perlu diminum pun sudah habis secawan..esok-esok kalau rajin saya buat entri pasal susu Fernleaf ye...Assalamualaikum semua...








Khamis, 17 Januari 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


Sementara sibuk untuk menunggu IV a.k.a temuduga..
saya nak berkongsi ilmu tentang PPPM 2013-2025
PPPM atau Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Boleh download PPPM di link ini 
[ LINK ]

MUKA HADAPAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025


11 ANJAKAN YANG DILAKSANAKAN DAN BAKAL DILAKSANAKAN SECARA BERPERINGKAT



ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA




LALUAN PENDIDIKAN MALAYSIA



Yang ini pula berkaitan dengan 

PELAN STRATEGIK INTERIM KPM 2011 - 2020


Boleh download  di link ini 
[KLIK]




Ilmu yang bermanfaat perlulah disebar-sebarkan...tak begitu kawan-kawan??
Diharap perkongsian ini dapat memudahkan kita untuk memperolehi maklumat yang berkaitan dan juga memudahkan saya dan kawan-kawan menghadapi temuduga nanti.
AMINNNNN...
(^_______^)




p/s: doakan semoga cepatlah ditempatkan di sekolah..tak sabar nak mendidik anak bangsa...haih...kpm ke...spp ke...copat-copatlah nyo...



Yeay!!! Da Sampai....


Semalam tak sempat update..Dhia tak nak lepas..Aish si comel ibu sorang nh...cium banyak-banyak baru tahu...geraaaammmm...hehehe...
Lagi pula semalam Dhia kena timbang..naiklah dalam 200gram...
Alhamdulilah....syukur sangat-sangat...
Tak pe naik sikit-sikit yang penting sihat...^_^

*****

Hokey..bukan itu yang nak cerita...saya nak cerita tentang barang yang saya order..
Fellina Inchloss dan juga Karihome (susu kambing)..
Yeayyyyyyy!!!!!!
Semalamnya Nutox yang sampai...
Esoknya Fellina Inchloss dan Susu Karihome sampai...
CEPAT !!!...
Suka sangat-sangat...hehehe



Fellina Inchloss Lotion...
Bau wangi (macam pakai minyak wangi uoallllsss)
Rasa selesa sangat bila guna...BEST!!!



Sample susu karihome...mula-mula ingat nak suruh Dhia minum..tapi sekali tulis
"Goat Whole Milk Powder for ADULTS"
Haih..... =.=!!






Isnin, 14 Januari 2013

Nutox Oxyfusion


Alhamdulilah....

Hari tue masa mengandung, ternampak satu survey yang Nutox buat..
Jadi tangan ni gatal-gatal mengisi survey..
ape tak nye, kalau jawab survey dapat free gift..
hehehe....(bab hadiah free memang faveret den)

*
*
*
*

Tapikan..kan..kan...yang sebenar saya da terlupa da pasal survey yang diisi..
Tetiba pagi tadi adalah seorang mamat call..
tanya nama, alamat umah, macam mana nak ke sini,
so dengan suara yang serak-serak basah (baru bangun tido sebab Dhia tak tido dengan nyenyak semalam)
saya pun terangkan dengan serba ringkas...
dalam hati fikir..owh nh mesti susu karihome yang sample sampai.. (^____^)..
cepat betul..
Disebabkan tengah sibuk mengurus Dhia mandi, jadi tak perasan bungkusan da sampai...so emak tersayang yang tolong terima..hehehe..
Mak siap cakap..kecik je wani sample susu yang dia bagi...
ala mak...tak pelah janji ada sample..boleh try tengok macam mana...
Tapi rupa-rupanya..tersilap...hahaha...

Excited mak tolong buka, sebab nak tengok macam mana contoh atau susu tersebut..
sekali...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TAAAADAAAAAA...

Inilah dia...


NUTOX OXYFUSION keluaran yang terbaru...hehehe..
Boleh try..tapi nak tunggu Nutox yang lama abes..hehehe..

Sedikit review tentang produk ni yang dicedok dari sumber FB [ link ]





Yang BB Cream tak dapat la...hehehe..
Buat masa ni guna Cosmoderm nye sunscreen.. ala yang wane kuning tue..
Siyes memang terbaik sunscreen die..muka mulus tulus je rasa..confident je keluar dari rumah..
Bila pakai Nutox sebagai basic pastu guna sunscreen, tambah bedak cosway yang wane biru..dengan lip ice..
Hokey settle...
Da boleh berjimba-jimba...hehehe..
Yang penting simple dan ringkas..
(alasan sebenar sebab tak suka dan tak pandai bersolek)...
=.=!!!


Okeyla...time untuk makan sebelum baby Dhia bangun tido...










Dhia Masuk NICU



28 . 12 . 2012 - 30 . 12 . 2012

Dhia dimasukkan ke dalam wat kanak-kanak atau lebih dikenali sebagai NICU..
Asebabnye kuning yang  tinggi.. sebelum sampai masa 24 jam kelahiran..
Doktor berlari menghantar Dhia ke sana..
Saya pasrah..
Bila doktor datang untuk wat check up, saya akan tanya macamne dengan baby?
Bila saya boleh g tengok??
Dalam pukul 9.30, seorang nurse datang gtau saya untuk mengemas barang, sebab saya akan dipindahkan ke wad kanak-kanak..

Lebih kurang dalam pukul 12.30 saya bergerak ke wad kanak-kanak..
Punggahlah segala barang yang dibawa untuk diletakkan di wad yang bakal saya bermastautin entah berapa hari...
Lepas letak barang dikatil yang disediakan..
Saya dan en suami terus melawat Dhia..
Sedihnye masa tue tuhan jelah yang tahu..
Sudahla duduk dalam econ a.k.a penghawa dingin yang sangat sejuk,
Dhia cuma pakai pampers je..menggigil-gigil si comel..
Hati ibu mana yang tidak tersentuh..tapi depan en suami, 
masih tahan air mata... =.=

**********

Selama Dhia berkampung di NICU, 
Kerisauan tentang Dhia semakin bertambah, bila ada seorang nurse beritahu 
kalau kuning masih tak turun berkemungkinan kena tukar darah..
owh!!!mahu rasa menangis rasanya time tu..
Tapi keyakinan bahawa Dhia pasti akan baik dalam masa terdekat nh ditambah dengan keyakinan yang Allah itu sentiasa bersama dengan saya,
buat saya masih mampu menahan air mata.

*********

Setiap kali bagi Dhia BF, saya tidak lupa memberi Dhia minum air zam-zam..
Kenapa???
Sebab saya YAKIN
Kalau doktor tak bagi baby minum air masak sebab air masak tidak mengandungi apa-apa khasiat,
Tapi air zam-zam nh lain, 
Kalau tidak takkanlan hati Rasulullah S.A.W dicuci dengan air zam-zam..
betul tak???
Berbekalkan rasa hati dan tawakal yang tinggi, saya suakan air zam-zam untuk Dhia..
Dhia macam suka je minum.. Budak bertuah sungguh
3 kali bagi minum, keesokkan harinya,
Kuning Dhia dari bacaan 218 mendadak turun ke 164, (bacaan asal kalau tak silap 245)
Kalau ikut kiraan nurse 245/17 = 14.4
Tapi bila turun kepada 164 /17 = 9.65...

Syukur...Alhamdulilah..Alhamdulilah..Alhamdulilah..

Hari itu juga Doktor benarkan Dhia dibawa pulang.

Tapi selepas Dhia duduk bawah single photo..
Sebab nurse masih nak pantau, 
sebelum ini, 
Dhia duduk bawah intensif photo,
Kalau duduk bawah single photo, kuning mendadak tak naik..
itu yang nurse katakan pada saya..
Senyuman tetap terukir walaupun dalam hati bercampur baur perasaan..
Hanya Allah sahaja yang tahu...




**********


Ea??? ^_^
Nurse tak de bgtau yang baby boleh balik lebih awal..
Jadi masa Baba Dhia datang melawat, 
Tak de prepare atau kemas pape pun..
Bila nurse beritahu suruh sain borang perlepasan,
kami macam orang mamai..hahaha!!!
Time tue memang lawak gile..SIYES!!!...
Nurse suruh bayar bil dulu kemudian baru keluar lepas serah resit..
En Suami da menonong keluar, pastu sebelum sampai pintu, dia tanya
" Kalau guna GL? "
" Kalau En ada GL, En da boleh bawak barang sekali keluar "
 "Hah!!" Terdiam kejap..
Pastu tanya balik..betul ke boleh balik terus??
Tak yah naik balik??
Betul En..Doktor tak de beritahu ke dengan puan??
Tak de2..cepat2 saya gelengkan kepala..
da memang tak de..takkan nak cakap ada..betul tak??

Tapi senyuman dah meleret-leret da sampai ke telinga...cume antara sedar dengan tak sedar jela...
kihkihkih...

*********

Scene termamai sekejap...sebab satu dapat pulang awal, 
sebab dua barang tak kemas, 
sebab tiga Dhia pun tak salin baju...

******
Macam lipas kudung kami berdua buat kerja..
Siap salin semua..
Bungkus kain baju dalam beg.. (main sumbat jela)
Terus check out dari hotel NICU...
Dalam kelam kabut bungkus kain baju, tak perasan TERbawa balik kain lampin hospital..
Maaf nurse..nanti saya dah habis pantang saya pulangkan semulanye... (^_^)..
Jangan marah...

Dhia masa dalam NICU..cian anak ibu, menggigil sejuk..kuat
Dhia genggam tangan ibu masa tido..


Habis tangann Dhia kena amik darah setiap hari.. 






P/S : Keyakinan yang Utama adalah keYAKINan kepada ALLAH SWT..air zam-zam hanya sebagai pengantara untuk menyembuhkan.. (^_^) ... Selain daripada Doa yang tidak putus-putus dari semua...Terima Kasih  (^_^)





 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design