Khamis, 7 April 2011

Manisnya Pengorbanan itu..

Aku pernah bertanya dengan seorang kenalan, tak penat ke kamu berulang alik dari melaka ke k.l setiap minggu.
"tak"katanya..aku bertanya "kenapa?"
"kerana aku berusaha membahagiakan insan yang aku sayang"katanya
"kamu akan rasa sesuatu yang kamu sendiri tidak dapat menceritanya"tambahnya lagi.
"rasa apa?"tanyaku
"cubalah, tentu kamu akan merasa jua, tapi setiap org akan mempunyai rasa yang berbeza. Ia bergantung"katanya.
"tapi dalam masa yang sama kamu akan menghadapi pelbagai halangan dan dugaan kadangkala kamu terpaksa mengorbankan sesuatu" tambahnya sambil tersenyum padaku. Aku hanya mendiamkan diri dan membiarkan sahaja perbualan itu berakhir tanpa aku memberi apa-apa pandangan atau komen. 
Sedang aku leka mencari maklumat di internet tetiba aku teringat akan perbuakan aku bersama kenalanku, lalu aku mencari laman-laman yang ada berkaitan dengan hadis berbuat baik kepada ibubapa. 
Ada satu hadis yang aku tertarik dari satu laman web hafizfirdaus.com [link]

Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu, meminta sesuatu yang bukan haknya dan menanam bayi perempuan hidup-hidup. Dan (Allah) membenci kalian menyebarkan gosip, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5975 (Kitab al-Adab, Bab derhaka kepada ibubapa termasuk dosa besar). 
   

Yang dimaksudkan dengan derhaka adalah apa sahaja perbuatan yang bertentang dengan berbuat baik dan ihsan. Antaranya, mereka dalam keadaan memerlukan bantuan, sama ada dalam bentuk rohani atau jasmani. meninggikan suara, menggunakan perkataan yang kasar, sinis dan menyinggung perasaan, tidak memenuhi permintaan mereka (selagi mana ia bukan sesuatu yang bertentangan secara jelas dengan syari‘at Islam) dan membiarkan Seorang ibu yang menangis dan seorang ayah yang termenung dalam konteks berinteraksi dengan anak lazimnya adalah isyarat bahawa mereka telah diderhakai.[link]


Memang benarlah kata-kata sahabat aku tu, dalam hendak kita menggembirakan ibu bapa kita, menurut permintaannya kita akan hadapi suatu situasi yang mana kita pasti tersepit untuk memilih. Tetapi aku yakin, sekiranya kita berusaha sebaik mungkin untuk menggembirakan atau memenuhi permintaan mereka sehinggakan mereka berasa sangat senang dengan kita InshaAllah, Allah SWT pasti membantu kita. Yakinlah janji Allah itu sentiasa pasti. Sebab aku sudah merasainya. Manisnya membahagiakan ibubapa.
Kita mungkin akan mengeluh, sejukkan dengan mengingati Allah, pujuklah hati dengan berkata "ibu dan ayahku tidak pernah mengeluh dalam membesarkanku, ibuku sanggup bersusah membawaku selama 9 bulan, adakah permintaannya yang hanya sedikit ini harus aku keluhkan?". Muhasabahlah diri.


0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design