Jumaat, 8 April 2011

Seminar Industri dan PTV

wawasyazwani.blogspot.com

Seawal pukul 6 pagi aku da tersedar..tapi macam biasalah remaja ni..aish..bab2 hujung minggu nh..mmglah amat payah nak bangun...huhuhu..terliang liuk kat sane..tergolek-golek kat sini..selagi HP tu tak nak berbunyi kali ke-2..tiadalah istilah hendak bangun awal (sungguh skema ayatku)..Bila da dapat ilham nak bangun terus aku capai tuala dan kelengkapan mandi..bersungguh-sungguh aku mandi ari ni walaupun air sejuk (setiap hari okey aku mandi dengan bersungguh-sungguh)..

Tepat pukul 7 pagi aku da terpacak dekat kereta menunggu sekalian sahabat2 aku...apa tidaknya..janjinya pukul 6.45pagi tapi almaklumatlah wanita-wanita yang anggun lagi bergaya ini hendak bersolek atau bertata rias..(seorang guru harus menjaga penampilan betul tak kawan-kawan).."BETULLLLL CIKGU"..(ayat backup kononnya)...Tiba kat dewan seminar adalah dalam pukul 7.15, pun masih tak buka lagi dewan..risau da ni..yelah seminar mula pukul 8.00pg..pendaftaran pukul 7.30 ptg..alhamdulilah dalam pukul 7.15 pagi pintu dewan dibuka..dalam masa 15 minat setup tempat dan settlekan bahagian fail..Tabik berspring2 aku berikan pada ajk-ajk yang bertugas..memang cepatlah buat kerja..aku tolong tak banyakla (nak juga ngaku wat keje)..yelah aku bahagian ambil2 gambar..Potogaper jurukamera tak bertauliah..


Sedikit Informasi berkaitan dengan seminar yang kami anjurkan pada hari ini. Seminar hari ini berkaitan dengan "Industri dan PTV" ada 4 slot semuanya..penceramahnya bukan calang-calang orang. Banyak perkongsian ilmu yang bermanfaat pada pembangunan diri seorang guru supaya sentiasa bersedia menghadapi cabaran pada masa akan datang. Dalam banyak-banyak ceramah yang disampaikan, aku tertarik dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang ke-3 daripada KPM bahagian BPTV. Sungguh mantop!
Aku terpukau dengan curahan ilmu-ilmu baru serta pembaharuan yang bakal berlaku dalam dunia pendidikan.

" Perkembangan dan Cabaran Transformasi PTV Ke Arah Pembangunan Lestari" 
Tuan Hj. Abdul Rahman bin Ayub,
Ketua Penolong Pengarah, 
Pengurusan Akademik,
BPTV, KPM

Ulasan, Penerangan dan perbincangan dengan beliau menambahkan lagi rasa dalam ceramah yang disampaikan. Masa yang diberikan umpama tidak mencukupi untuk menjawab segala persoalan berkaitan dengan perkembangan dan cabaran yang bakal kami hadapi di dalam dunia PTV. Sungguhpun begitu, beliau sangat berbesar hati untuk menunggu sebentar bagi menjawab segala kemusykilan yang kami hadapi. 


p/s: gambar-gambar sekitar perjalanan seminar akan diupload kemudian..tak sempat transfer lagi.

0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design