Khamis, 14 April 2011

Bukan Aku dan Bukan sesiapa.

wawasyazwani.blogspot.com

Dalam kehidupan duniawi ini pelbagai yang bakal kita tempuhi. Suka duka, bergembira, menangis, ketawa dan pelbagai.. Tiada satu pun yang bakal kamu tidak lalui. Dan dalam hidup ini juga kamu akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Manusia yang ikhlas, manusia yang tidak jujur, pelbagai tidak terhitung.
Kita perlulah bijak dalam menilai sesuatu perkara. Jangan hanya perkara yang kecil kita menghukum sesuatu perkara selamanya. Ujian, dugaan itu rencah dalam hidup. Dalam perhubungan sama ada hubungan kekeluargaan, persahabatan atau profesional kita tidak akan terlepas dengan semua perkara ini. Adakala akan wujud satu situasi yang mana kita sendiri tidak sedar akan perkara itu. Dan adakala kamu sedar tentang perkara itu tetapi kamu sudah terlambat dalam bertindak.


Huh!panjang sungguh intro aku (agak-agak ada kaitan tak?)..but the key point is u will never whether he/she is your friend or enemies.
Tidak salah untuk berkawan. Kawanlah seramai yang mungkin tetapi berhati-hati.

Cuba tanya diri tentang beberapa perkara di bawah (aku pun selalu tanya sebab aku suka menilai setelah lama aku perhatikan).

1. Ketika kamu perlu ke suatu tempat dan sangat urgent, siap sediakah dia untuk menghantar kamu, 
    walaupun masa ketika itu dia sangat sibuk membuat kerja.

2. Ketika kamu sakit, apakah tindakan yang dia lakukan?

3. Ketika kamu dalam kesusahan boleh kah dia memahami?

4. Ketika kamu tidak dapat hadir ke kelas atau ke suatu majlis atas sebab- sebab yang tidak dapat  
    dielakkan, sanggupkah dia memberitahu kamu tentang maklumat penting yang perlu kamu tahu?

5. Ketika kamu dalam keadaan bersedih, bersediakah dia untuk meminjamkan telinga dan bahunya untuk
    menampung tangisanmu?

6. Ketika kamu benar-benar keletihan sehinggakan kamu berasa tidak mampu untuk melakukannya, 
    bolehkah dia memahaminya?

7. Pada saat kamu berasa kamu tidak mampu untuk meneruskan sanggupkah dia mendokong kamu untuk
    tidak berputus asa?

8. Sekiranya kamu tiada apa-apa kelebihan malahan banyak kekurangan, sanggupkah dia membantu?

Belajar dari sesuatu untuk menyakini sesuatu tetapi yang pasti dan yakin ia tetap begitu dan mungkin sukar untuk diubah walaupun telah berusaha sebaik mungkin dan mungkin juga perlu meningkatkan usaha itu..namun begitu yakinlah padaNYA pasti tidak disia-siakan keyakinan itu, dan telah dicatatkan apa yang tebaik untuk kamu..maka sesungguhnya bersyukurla dan perluaskanlah tanda kesyukuran itu.

0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design