Rabu, 23 November 2011

Bola Cerita Aku

Lambat betul aku update pasal bola. Bukan apa, sesaja je. Tak sempat nak update sebenarnya, walaupun hari semalam cuti, tapi cuti tu aku manfaatkan untuk menyiapkan semua assignment aku. Alhamdulilah semua selesai. Tinggal nak dibaiki sedikit je dan digabungkan dengan kekawan yang lain. Cerita pasal bola, aku tak la mahir sangat tentang rules permainan ini. Tapi aku suka tengok permainan ni walhal kecik-kecik dulu pada tak suka kot. Okey abaikan pasal cerita masa kecik-kecik ini.

 Sambung pasal bola semula. Permulaan permainan aku nampak pemain-pemain Malaysia seperti kehilangan rentak. Aku tak nampak kesepakatan dalam permainan diorang. Mungkin sebab Indonesia dah dapat sumbat gol sebijik kat gawang kita jadi kita down sikit. Tapi makin lama aku tengok makin okey. Seram sebenarnya aku tengok perlawanan bola kali ni. Lagi pula pertama kali aku pergi menonton perlawanan bola kat Dewan (DSI UTM) perghhhhh!!!!memang penuh kowt kerusi bahagian atas. Tapi aku dapat rasa semangat yang wujud dalam Dewan tu. Andailah semangat perjuangan itu dapat disatukan dalam erti kata penyatuan ummah bagusnya.

Debaran demi debaran aku rasa setiap kali bola mendekati gawang gol Malaysia. Berdebar-debar perasaan ni dan dalam hati sentiasa berdoa semoga tiada gol yang berjaya disumbatkan ke dalam gawang Malaysia. Mulut aku dengan kawan aku da macam burung pipit kot, membebel je sepanjang masa.."Hoi!Bola tu..bola tu..""Sikit lagi" and bla..bla..bla..bla... Kecian kot dekat mamat-mamat yang duduk depan kami. Sampai kena sound, diam-diam..hehehe..Semangat bang..semangat nh..yang penting ADA AKU KISAH???

Bila Malaysia menjaringkan gol kat gawang lawan, MANTOPPPPPP!!!suara semangat yang aku dengar membarakan perasaan aku. GOLLLLLLL!!!!!!  Menari-nari aku kat atas kerusi yang aku duduk tu. Tak tak kisah da. Lantaklah. (^____^). Lompatan bintang ONG KIM SWEE menyahut gol yang terjaring.Tapi yang paling aku tak boleh lupa member aku sorang ni, masa MALAYSIA golkan lagi satu bijik bola dalam gawang lawan..melompat-lompat dia, yang bestnye bila sorang mamat depan aku cakap ngan aku "Awak gtau kawan awak, tak gollah offside" terus dia duk buat muka blurr dan macam tak da pape berlaku..hahahaha..lawak seyy. Cuma aku pelik masa pertukaran pemain, kenapa Fakri tak dikeluarkan, sebab aku rasa dia dah injured masa tu. Kecian aku rasa. Tak pelah yang penting dia da buat sehabis baik.

The best part of the game is when the PENALTY time. We All stand and give our enthusiasm to our player. From DSI to GBK. We pray for the goal. It not about the goal but its about our nation and pride. Before we start playing, so many hard words were given to us. WHY??. After the result 1-1, an additional time were given but still with that result. So PENALTY is the best solution. As a result, GOLD MEDAL goes to MALAYSIA "SKUAD HARIMAU MUDA". ALHAMDULILAH..Namun ada yang tidak bestnya kat sini. Termaktub je kemenangan pada Malaysia, DOPING CONTROL terus serbu ONG KIM SWEE.. apa ko fikir kami main kotor ke? weii!!tolonglah. Tak da maknanya kami nak minum ubat tambah tenaga. Kami main kerana NEGARA. Niat Ikhlas mengharumkan nama negara, bukan kerana dendam dan sakit hati. Wake up man..wake up..

Papehal pun aku bangga dengan pemain Malaysia. walaupun pada malam tu permainan Fakri tidak menyerlah, at least he try his best .

Sharing Some words by ONG KIM SWEE before the game started






LAST BUT NOT LEAST

somebody quotes ->
"...TEAM Malaysia Hebat ..kerana MALAYSIA ade
seorang MUSLIM(Muslim Ahmad), 
ade seorang TAMIL(Tamil Arasu), 
ade seorang
GURU (Gurusamy), 
dan yg penting Team MALAYSIA ade
khairul fahmi CHE MAT yg sentiasa CERMAT
menangkap bola, 
dan MALAYSIA juga ade baddrol
BAHTIAR yg sentiasa BERIKHTIAR menjaringkn gol dari jarak jauh :) 
dan yg paling Hebat ialah
kerana MALAYSIA ade ONG ( Ong Kim swee )!!"
 
 LAGUGEMURUH SUARA-LAGU TEMA TEAM MALAYSIA

 

0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design