Khamis, 17 November 2011

Bola Malaysia

wawasyazwani.blogspot.com

Sejak dua menjak ini, aku rasa aku semakin meminati bola sepak. Tetapi bukan semua pasukan yang aku minat pun. Malaysia first of all. Of course la sebab aku anak jati Malaysia. Hari ini jam 8 malam ada perlawanan Malaysia VS Indonesia. Time aku taip entri ni pun da habis da diorang main. Da menang da pun. Bangga jap 1-0. Bukan nak berlagak. Tetapi sejak aku tengok Perlawanan Piala Suzuki, aku rasa pemain-pemain bola sepak kita ini semakin meningkat prestasi kesukanannya. Kalau dulu asal Malaysia main je, sejujur-jujurnya aku malas kot nak buka TV tu. Sanggup aku layan movie tah pape. Sebab aku rasa diorang main macam hampeh je. (ke aku yang memang tak minat) whateverlah. Lepas aku layan perlawanan diorang masa piala Suzuki tu, start dari saat tu aku da mula jatuh hati pada pasukan Malaysia. Yang tak tahannya bila aku belajar kenal siapa pemain-pemain Malaysia. Pekehal aku g hafal nama-nama diorang padahal nota-nota tu melambak-lambak kowt suh aku ingat..citt!!..AKS (ada aku kisah) mauhahahaha..

Perlawanan kali ini, aku tak dapat tengok kat TV..sedih..sedih..mana tak sedihnya..kaki aku terseliuh menyebabkan aku tak boleh banyak gerak. Aku terpaksalah melepak dalam bilik aje. BORING!!!..tapi bukan aku lepak bodoh-bodoh* tau. Aku ni manalah reti nak lepak bodoh-bodoh*, mesti ada benda yang aku nak buat. Tapi aiiii...tergugat kot iman aku dengar bebudak kat bawah menjerit-jerit. Tak tenang aku nak buat keje. Aku pula pandai sangat tak tahu yang ada Live Streaming. Kalau aku tahu dari awal kowt aku dah buka. Kekadang aku ni boleh tahan gak kesengalan dalam melupakan apa yang kawan aku beritahu semalam. Dia suruh aku tengok online kat tonton je. Apa lagi, aku terus jela klik pada tonton.com.my tu, cari Perlawanan MAS VS INDONESIA. Tapi agak hilang kesabaran jugalah aku nak tunggu buffering diorang. Lambat sangat. Bebudak kat bawah da asyik le terjerit-jerit. Terbakar aku sey. Risau kot-kot la tergol da si Indonesia tu. Nasib baik tak.hehehe. Serangan demi serangan kot diorang tembak kat gawang gol Malaysia. Nasib baikla ada si apek yang menjaga gol. Aku conpius gak dengan si apek ini. Mana tak nye, pelik bin ajaib kot, apapasllah bola tak nak lepas dari tangan dia. Tapi dalam masa yang sama aku bersyukur gak sebab dia bola tu memang suka dengan tangan apek (tapak tangan dia lembut kot)..jangan marahnya en apek.

Bila si tonton.com.my ni dah kuarkan bayangan perlawanan tu, aku tengok da tinggal 4 minit lagi kowt sebelum masa tambahan 5 minit. Asakan Indonesia makin menjadi-jadi tu. Tapi yang aku tak tahan tu bila ada kontroversi yang menyuruh ONG KIM SWEE keluar dari bangku simpanan. APA KESS!!!..sejak bila pula si OKS ni jadi pemain simpanan??conpius kejap. Setahu aku le yang OKS nh bukan jurulatih pasukan ke??
Agaknya da terdesak kot. Relaks la bro, kekalahan mengajar erti kemenangan kowt. Itu yang aku rasa pasukan Malaysia belajar dari kekalahan-kekalahan yang diorang alami.

* termenung dengan termenung (istilah aku sendiri kot)
 Ni hah kontroversi OKS yang menjadi pemain simpanan aku amik dari sumber ini [SUMBER]




PAPEHAL PUN AKU UCAPKAN TAHNIAH BUAT PEMAIN BOLA SEPAK MALAYSIA DAN ATLET-ATLET MALAYSIA YANG BERTANDING DI SUKAN SEA DI INDONESIA.

Pesanan motivasi buat kalian, 
"JANGAN PERNAH ANGGAP JIKA KALIAN KALAH KALI INI, KALIAN AKAN TERUS KALAH, SEMANGAT KESUKANAN DALAM DIRI KALIAN TIDAK PERNAH MENGENAL ERTI KEKALAHAN"

Wiraku xgentar...
Wiraku xtercabar...
Hitam kuning...hitam kuning...hitam kuning...hitam kuning...
GO TIGER!!!!!!
GO TIGER!!!!!!


Sebelum aku akhiri entri kali ini, aku ada movie khas yang aku download daripada FB. Mari kita saksikan siapakah pilihan C.Ronaldo utk memenangi perlawanan Malaysia vs Indonesia pada sukan SEA 2011.







0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design