صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى
اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
Mari berselawat ke atas junjungan Nabi
Muhammad SAW
:: SEJARAH MAULIDUR RASUL ::
Menurut sejarah, Maulidur Rasul dicatatkan pertama kali
disambut secara kecil-kecilan oleh sekelompok ahlul bait di Mekah Al Mukarammah
semasa zaman pemerintahan khalifah Abassiyah; Muhammad Ibnu Mansur Al Mahdi
pada abad ke 8M.
Kemudian pada abad ke 12M, ia telah diperkenalkan dan
disambut secara besar-besaran oleh Gabenor Irbil di Iraq; Al Mudzaffar Abu
Sa’id al-Qakburi semasa pemerintahan Sultan Salahuddin Al Ayubi (1138-1193M).
Sambutan tersebut bertujuan mengumpulkan dan menyatukan kaum
muslimin bagi menaikkan semangat jihad mereka menghadapi angkatan perang salib
dan merampas kembali Jurusalem dari tangan mereka.
Meskipun terdapat ulama dari aliran Wahabbi dan Salaffi
menganggap sambutan Maulidur Rasul sebagai bida’ah, namun kebanyakkan ulama
pula menganggapnya sebagai satu bentuk sambutan yang bertujuan melahirkan rasa
kecintaan kepada Rasul dan yang paling utama pengisian Maulidur Rasul harus
selari dengan tuntutan syariah.
p/s:masa sekolah mesti akan ikut perarakan maulud..seronok
bila kita beramai-ramai berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W..Syukur
dilahirkan sebagai hamba Allah S.W.T dan sebagi Ummat Nabi Muhammad S.A.W.
0 comments:
Catat Ulasan