Sabtu, 20 April 2013

ROKOK ELEKTRIK



Rokok Elektronik...owh rokok elektronik..Ce tengok gambar kat bawah ini..Inila rupanye rokok eletronik tu. Macam pen pun nya kan..kan..kan.. 




Sebenarnya en suami tengah dalam proses nak berhenti merokok..so dia tengah cuba guna rokok elektronik.

Masa mula-mula agak membantah jugalah yelah..harga ratusan kot..kihkihkih...tapi memikirkan en suami kata ramai kawan yang berjaya berhenti merokok selepas guna rokok elektronik..okeylah..silalah beli..


So 1st time beli..beli yang rechargeable..ala yang elektroniknya..main cas-casnya..adalah dalam RM100...bertahanlah selama 2 ke 3 hari kot..(rokok nh jenis tak tahan lasak)..jatuh sikit da rosak..

Pastu en suami beli yang jenis mekanikalnya..alhamdulilah masih bertahan sehingga ke hari ini...kihkihkih..

Ceraian rokok elektrik

Inilah gayenye bila menghisap rokok elektrik..macam hisap paip pun ada..kuikuikui

 Kebaikkan rokok elektrik..(LINK)


1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.
2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).
3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.
4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”
5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”


P/S: Mudah-mudah..en suami berjaya berhenti merokok..aminn...sumber gambar semuanya daripada en googles.. ^__^

0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design