Ahad, 7 April 2013

Guru Terbaik!!

Assalamualaikum.. ^_^

Hari ini ada masa terluang untuk mengupdatedkan blog ini.. Perkongsian hari ini adalah untuk berbicara tentang GURU TEBAIK..

GURU TERBAIK?? Siapa tahu guru terbaik kita???sape tahu? silalah angkat tangan dan tunjuk tanda TERBAEKKK....hehehe
Guru terbaik, ubat terbaik dan penenang terbaik adalah al-quran dan assunah.. betul tak??? BETULLLLL CIKGUUUUU....hehehe

Sebenarnya yang saya nak cerita, untuk mengajar guru yang terbaik adalah pengalaman.. Saya sangat respect dengan seornag guru saya..tidak pernah jemu mengajar saya walaupun tahu saya adalah seorang yang sangat tulus dan mulus..dan sangat lambat dalam belajar sesuatu perkara..Tapi guru tersebut tersangatlah sabar..
Mungkin pengalaman beliau yang telah lama mendidik anak bangsa menyebabkan beliau sangat sabar dengan karenah anak bangsa zaman sekarang. Cop..cop..saya nak cerita lain lah..

Okey back to the story k..
Pengalaman tidak boleh dicedok dengan pembacaan daripada buku. Pengalaman tidak boleh diambil dengan membaca pengalaman seorang yang lain. Pengalaman adalah perkara yang berlaku dan kita terlibat sekali dengan perkara tersebut. Setiap orang ada pengalaman yang berbeza.

Sebagai contoh, dalam melahirkan setiap insan yang bergelar seorang ibu, mak, mama, mummy atau umi tidak akan sama pengalaman melahirkan. Ada yang senang dan ada yang berbeza. Kita yang belum mengalaminya akan membaca setiap pengalaman dan cara mereka mengatasinya.

NAMUN...

Tidak semua pengalaman tersebut akan kita alami dan sama cara mengatasinya. Rencah yang kita gunakan mungkin sama tapi hasilnya mungkin berbeza. Sama seperti pengalaman, pengalaman yang sama tetapi cara memperolehi pengalaman berbeza. Kalau sama tentunya tak seronok hidup sebagai makhluk yang Allah ciptakan ^_^.

Setiap masa, setiap saat saya mendapat pengalaman baru. Baik dari segi kerjaya, ibu atau isteri.. 
Ada masanya kita terdiam merenung diri, menilai kembali pengalaman lalu.. Adakah boleh digunakan atau hanya diabaikan??
Owh..tidak mustahil jika pengalaman lama digunakan semula. 
Betul tak??

Sebagai guru, saya menggunakan pengalaman saya sebagai guru praktikum untuk mengajar anak didik saya. Kaedah saya mungkin berbeza. Saya tidak mahu pelajar mengenali saya kerana saya seorang yang garang, hormat saya kerana takut..tapi saya lebih suka berkawan dengan mereka. Jadi saya cuba adaptasikan pengalaman tersebut.

Sebagai ibu, saya belajar sentiasa perkara baru. Sebab saya masih lack dalam menjadi ibu terbaik buat ci nonet saya Dhia. Saya tiada pengalaman menjadi ibu sebelum ini. Menjaga anak sendiri tidak akan sama dengan menjaga anak orang. ^_^

Begitu juga sebagai isteri, dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri saya, sentiasa mengumpul pengalaman. Sentiasa belajar perkara yang baru tentang pasangan kita. Yelah..mana tidaknya saya mana pernah jadi isteri orang. Inilah kali pertama dan juga kali terakhir.. 
(Saya cuma mahu jadi isteri kepada suami saya sahaja).
Tapi disebabkan saya bermula dengan encik suami sebagai kawan, jadi saya menggunakan pengalaman saya sebagai kawan untuk belajar menerima segala keburukan dan kebaikkan suami. ^__^

Hehehe...apa lagi nak cerita lagi ea..??hmm...nantilah tunggu idea datang...idea ni datang macam hujan..time turun mencurah-curah panjang je nak menulis..kalau tidak..alahai sikit jo...muehehehe..

OKey..jom kita gi memasak.... :))))))


Start belajar meniarap dari usia 2 bulan.. Genap 3 bulan terus meniarap..sekarang Dhia da belajar angkat bontot..hehehe

0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design