Sabtu, 13 November 2010

Sardin Manis

wawasyazwani.blogspot.com

Antara garam dan gula apa bezanya??
Kesesuaian penggunaan di mana??
Pernah tak anda atau anak2 anda masak sardin menggunakan gula??

First time dalam hidup mak aku, dia makan sardin manis..Kalau pedas ke, masin ke, tawar ke biasalah kan kan..tak pandai agak lagi..tapi hari nh dalam sejarah (woooaaaaa!!!!)..sardin manis berkuah..hahaha...angkara termamai aku tersilap masukkan gula dalam sardin...hehehe..(padan muka!masak sambil berangan)..
tipu2..hahaha..bukan aku yang masak(cover baik punya)...adalah hamba Allah tengah belajar masak..tapi memang best..manis je kuahnya...hehehe..
sampai je umah, si hamba Allah nh terus cakap...
"mak, mak orang masak sardin tak jadi"
"tak ingat apa yang akak ajar"

(time nh aku tengah tersengeh2 macam kerang busuk..TP aku wangi ok..pagi2 buta da mandi)

sebenarnya aku pun terpinga-pinga..sejak bila pula aku ajar masak sardin letak gula??setahu aku, kalau masak benda-benda yang pedas je..tapi aku terus gak berikan senyuman wangi aku...hohoho..

balik dari kampung kemas umah atuk aku..seyes kebulur sangat2 walaupun pagi-pagi tue da ku bedal 3 bungkus sarapan (2 bungkus nasi lemak, 1 bungkus mee goreng)..seyes lapar balik...hahaha
bak kata kawan-kawan aku.."wei wani, perut hang bela pirana ape??berlobang memanjang..."

melihat nasi + ikan keli masak lemak + ayam masak kari..fuhh!!!..perut aku terus mendendangkan lagu  nyanyian ms pirana(belum khwn lagikan)...tengah makan..mak aku tanya
"mana sardin?"
"tak yah makanlah mak"(hamba Allah menjawab)
"eh?..da masak..kenalah makan..g amik"
"tak yahlah mak"

mak aku bangun terus g amik lauk tu dalam kuali..
duk atas kerusi makan..sambil jari jemari menyumbat nasi ke dalam mulut..
"erk!"
"kan da cakap"
"apsal manis"
aku ape lagi...hahahhahahhaha...memang tak tahan..tak de maknenye cover da..
"ko letak gula?"
"org tak igt akak ajar, bila nak letak gula, bila nak letak garam,bila nak letak serbuk perasa"
aku plak menjawab.."bila plak akak ajar masak sardin letak gula?"
"abes ari tu akak masak ada letak gula"
"la tue kan akak masak masakan yang pedas..adoyai"




Tiada ulasan: