Jumaat, 13 Ogos 2010

Pepatah aku

"Nilai kebahagiaan itu lebih bermakna apabila ia lahir dari kekecewaan...
Dugaan hidup adalah kebahagiaan masa akan datang..
Hadapilah kekecewaan itu dengan ingatan kepadaNya..."

 

Bila aku menulis ungkapan ini, terus terlintas dalam hati aku tentang kisah seorang kawan aku..masalah lama tetapi andaiannya akan bahagia setelah pengajaran berlaku rupanya hanyalah sekadar mimpi malahan igauan ngeri yang muncul..aku sangat simpati mendengar kisahnya..andainya aku punya kuasa untuk membantunya akan aku gunakan..

aku ingin menjelaskan bukan semua insan yang bernama ADAM itu jahat..sebab aku sendiri mencintai insan yang bernama ADAM..tetapi yang aku kesalkan insan ini telah mencemari anugerah yang telah tuhan berikan kepadanya..anugerah sebagai seorang ADAM..aku tidak mengerti kenapa semudah itu ADAM menyakiti HAWAnya..tidakkah dia mengetahui bahawa HAWAnya banyak berkorban untuk membahagiakannya..memberikannya zuriat tanpa menghiraukan kemungkinan akan meragut nyawanya..puteri-puteri yang dibesarkan takut kepadanya bukan kerana rasa hormat tetapi takut disakiti..aku tidak memahami kenapa ADAM seperti ini perlu wujud didunia ini...seketika aku berfikir...mungkin hadirnya ADAM ini untuk menguji HAWAnya akan keimanan kepada Tuhannya..

Bertahun kesabaran dan ketabahan dititipkan ke dalam sanubarinya..sehinggakan aku rasa ia begitu utuh tetapi hati seorang HAWA seutuh mana pun ketabahan dan kesabarannya..pasti mengalir air matanya..sayu aku melihat air matanya mengalir saat ADAM itu mengungkapkan kata-kata dusta di dalam pengadilan dunia..aku tidak mampu untuk mencampuri urusannya lantas aku berdoa semoga dibulan yang mulia ini akan terungkai segala kata-kata dustanya...hati yang telah diracik tidak mungkin akan bercantum kembali..hanya pada Allah sahaja dia berserah..dan aku yakin dia pasti dapat keadilan seadilnya walaupun dalam jangka masa yang panjang..

Wahai ADAM yang telah menyakiti hati HAWAmu ingatlah janji Allah itu selalu benar..pendustaanmu walaupun diiakan oleh ibumu pasti akan terungkai dengan peredaran masa..lepaskanlah HAWAmu, jangan engkau sakiti hatinya seandainya engkau tidak mampu untuk membahagiakannya..biarlah HAWAmu bebas mencari kehidupannya sendiri..dan engkau bahagia bersama HAWA barumu..

 

0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design