Jumaat, 26 Julai 2013

Penting ke Makanan Tambahan tu?

Assalamualaikum
Salam sejahtera semua

Hari ni kita nak berkongsi cerita tentang Makanan tambahan??
Ramai yang tertanya-tanya penting sangat ke makanan tambahan sampaikan harga ada yang mencecah ratusan ringgit pun ada yang sanggup beli.

Pandangan peribadi saya, supplement atau makanan tambahan sangatlah penting. 
Sebabnya setiap hari badan kita akan kehilangan sedikit demi sedikit nutrien yang diperlukan badan.
Kita akan mudah rasa letih, penat, emosi terganggu, mudah demam..
Itu adalah tanda-tanda badan kita ada kekurangan vitamin tertentu. 
Tapi kita tak boleh agak vitamin apa yang kita kurang, 
berapa keperluan yang kita perlukan..Betul tak???
Confirm betul..
Lagi-lagi ibu hamil..mudah sangat penat dan letih..
Okey saya bukan nak bercerita tentang ibu hamil..tapi pasal pentingnya supplemen..terutamanya kepada perempuan.

Ada yang kata, orang dulu-dulu tak da amik supplemen sihat je.
Okey itu orang dulu-dulu..makanan yang diorang makan fresh tak de pencemaran. Tengoklah zaman dulu kala, hutan sekeliling rumah sekarang apa yang mengelilingi kita??
Bangunan atau senang kata hutan batu.
Makanan yang kita makan telah diproses dan adakalanya tercemar dengan pencemaran udara.
Of cos bila terjadinya hal seperti ini, maka nutrien-nutrien yang ada dalam makanan tersebut semakin berkurangan.. ohohoho...


So dekat sinilah gunanya supplement. apa yang dimaksudkan dengan supplement kalian-kalian boleh baca info dekat bawah:..


Enjoy reading (^___^)

Apa itu Makanan Tambahan @ Supplement

Sekadar Hiasan




Maksud Supplement
============================
Produk yang dimakan dan mengandungi makanan tambahan seperti vitamin, garam galian, asid amino, dan herba serta tumbuhan. Produk-produk makanan tambahan ini biasanya dihasilkan dengan ekstrak atau pekatan daripada perahan.Supplement boleh didapati dalam bentuk tablet, pil, cecair atau serbuk. Pengambilan makanan tambahan perlu apabila seseorang itu sakit atau telah didiagnosis menghidap penyakit tertentu oleh doctor. 


Kepentingan Supplement
=============================

1. Memulih dan memelihara kesihatan
Gaya hidup rakyat yang kurang bergerak dan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan mereka mengalami penyakit yang menjejaskan kehidupan. Makanan tambahan juga dikenali sebagai “makanan berfungsi” yang mengandungi makanan lengkap pada asasnya seperti protein, enzim, organic, glukos, dan hormone. Unsur-unsur ini dapat memulihkan kesihatan dan mengembalikan kecergasan.

2. Menyingkirkan toksik dalam badan
Kerosakan tisu-tisu badan dapat dikurangkan dengan pengambilan suplemen yang mampu menyahtoksik. Toksik dalam badan amat berbahaya kerana mampu menjejaskan daya penyerapan dalam sel badan.

3. Menguruskan badan dan memperoleh tubuh yg cantik
Pengambilan chitosan dapat membantu mereka yang mengalami masalah berat badan dan mengurangkan lemak dalam badan

4. Meningkatkan tenaga
Pengambilan cendawan(gano) mampu meningkatkan tenaga.

5. Meningkatkan kemampuan kadar pemyembuhan penyakit
Ganoderma dikenali sebagai raja herba ajaib yang berupaya untik mencuci darah, melindungi hati, menguatkan jantung, dan meningkatkan keupayaan buah pinggang.

Namun begitu, walau bagaimana sekalipun, setiap satunya tetap ada kelemahannya 

Masalah Pengambilan Supplement
========================

1. Harga yg mahal - tidak ninafikan makanan tambahan agak mahal. Pengguna perlu menetapkan beberapa budget untuk mendapatkan supplemen yang sesuai.

2. Tidak dapat menggantikan zat-zat yg terdapat dalam hidangan
Makanan tambahan hanya mengandungi vitamin dan mineral tertentu berbanding dengan makanan asli yang mengandungi fiber, zat-zat mineral, dan komponen-komponen lain yang tidak diketahui fungsinya

3. Tidak dapat mengelak daripada penyakit tertentu
Walaupun pengambilan suplemen itu baik, namun individu tersebut tidak dapat mengelak daripada menghidapi penyakit diabetes, jantung, dan sebagai.

4. Wajar diambil oleh org tertentu sahaja
Pengambilan suplemen wajar diambil oleh org tua yang tidak ada selera makan, wanita hamil yang kerap muntah, dan kanak-kanak yang tidak sihat. Tempoh masa pengambilan suplemen juga untuk jangka masa pendek sahaja

5. Keracunan
Pengambilan terlalu banyak vitamin A akan menyebabkan maut untuk jangka masa panjang. Vitamin C merupakan antioksida yg kuat mampu membawa kepada kekurangan vitamin E yang diperlukan badan. Hati juga akan terjejas fungsinya kerana Vitamin E turut terkumpul di dalam hati

6. Pembaziran
Vitamin D dan C yang berlebihan akan dibuang melalui proses pembuangan air. kerana ianya bersifat "sustained release" tidak kekal didalam badan.

7. Kesan sampingan
Vitamin A yang terlalu banyak @ kalsium yang berlebihan akan menyebabkan pembentukan batu karang rena. Suplemen harbal utk melangsingkan badan yang mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan tanpa dos yang sesuai akan merosakkan hati dan organ dalaman lain

8. Ketagihan
Sesetengah supplemen dicampurkan dengan bahan-bahan terlarang seperti stimulen dan bahan penahan sakit yang dapat menyebabkan ketagihan atau pergantungan psikologi

9. Membawa maut
Terdapat juga suplemen yang mempunyai kandungan hasil daripada kejuruteraan genetic. Mengambil suplemen yang telah diubah paten genetik boleh membawa maut. Di AS, kematian dan kecacatan banyak berlaku akibat mengambil suplemen tersebut.


Siapa Yang Memerlukan Supplement
===========================
Supplemen ialah makanan yang diberikan kepada seseorang dalam keadaan tertentu yang diperlukan utk menampung keperluan badan, meningkatkan kekuatan, dan daya tahan seperti:-

1. Wanita hamil
Bayi dalam kandungan amat memerlukan nutrient seperti kalsium, zat besi, dan protein tambahan untuk perkembangan yang sihat. Wanita hamil digalakkan untuk mengambil asid folik sebanyak 400 mcg sehari untuk menjamin tumbesaran fetus yang seimbang. Ibu mengandung memerlukan ferum untuk membantu pembentukan system saraf pusat fetus. Alahan yang sering dialami oleh ibu-ibu mengandung menyebabkan muntah-muntah dan selera makan yang berkurangan. Pengambilan supplement dapat meminimukan risiko kekurangan nutrient.

2. Ahli sukan/ atlet
Atlet sering kehilang glukosa. Oleh itu, supplement diperlukan untuk menampung glukosa yang telah hilang. Supplement juga memulihkan tenaga dengan cepat kerana atlet perlu cepat pulih daripada keletihan semasa menyertai sesuatu pertandingan. Supplement juga mampu untuk mengekalkan kekuatan atlet pada tahap maksimum

3. Pesakit
Kanak-kanak memerlukan supplement untuk membantu tumbesaran yang sihat dan dapat merangsang perkembangan otak yang cerdas. Pengambilan minyak ikan, garam mineral, vitamin C, dan kalsium adalah penting. Terdapat pesakit yang terpaksa bergantung kepada supplement tertentu untuk terus sihat dan bertahan daripada komplikasi penyakit tertentu

4. Warga tua
Warga tua sering mengalami masalah osteoporosis, iaitu penyakit tulang rapuh. Supplement seperti kalsium diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Wanita yg mengalami menopause perlu mengambil hormone progesterone untuk mengimbangi ketidakstabilan hormone dalam badan. Warga tua yang mengalami kekurangan zat, garam mineral, kalsium, dan sebagainya juga digalakkan untuk mengambil supplement.



***Pesanan daripada saya, kita adalah diri kita, makanan sunnah jangan ditinggalkan dan makanan tambahan hanya sebagai makanan tambahan. Usaha tidak salah, InshaAllah pasti ada kebaikkannya****

Selasa, 23 Julai 2013

Dhia Sudah Memapah...

Assalamualaikum wbt
Salam Ramadhan...

Apa khabar semua..khabar baik cikguuuuu...hehehe..
Hari ini kita nak bercerita tentang Dhia si cilik kita yang da hampir masuk 7 bulan...next week je...sukaaaaanyeeeee

11/7 hari tu kena inject untuk 6 bulan, so timbanglah berat,
Sedihnya tak naik pun timbang , makin turun adalah (tapi memang da agak sebab dukung ringan je)...huhuhu..risau sesangat..
Tapi nurse tanya anak aktif tak? ada demam?
Ibu dhia dengan confident jawab tak demam dan sangat aktif..sekarang da kurang tido...boleh kata kalau waktu tido adalah waktu malam dan dalam pukul 10@11 pagi...petang dalam pukul 4 lebih da merengek2 nak tido..
Tido pun tak lama adalah dalam 1jam @1/2 jam..untuk hilangkan penat badan atau rasa mengantuk...
Tapi kalau malam, tido memang tak sedar diri..(panjang lebar daku bercerita dengan nurse yang memeriksa)...so suwettt...ahaks!

Setiap bulan akan ada perkara baru si cilik belajar..ehhh???
tak...tak..tak..bukan setiap bulan, hampir setiap hari dan setiap minggu...
baru 2 minggu yang lepas si cilik belajar memapah.
Pantang jumpa kerusi, dinding, walker atau kalau da tak da sangat, badan ibu dan baba dia pun boleh dijadikan sebagai tempat untuk memanjat..
anak...owh...anak...

Dalam tempoh 2 minggu ni boleh dikatakan banyak kali jugala jatuh..tapi jenis budaknya aktif tak reti duduk diam..
Jatuh aje, bangun balik..jatuh aje bangun balik...
Cek mek owh cek mek...
Bila tengok semangatnya yang membara untuk mencuba tanpa kenal erti putus asa, ibu dan baba dia sanggup mengorbankan kecantikkan rumah dengan melemparkan tilam dimana-mana sahaja, bantal di mana-mana sahaja yang Dhia kehendaki...(so baikkkk)..kan..kan..kan..

Bak kata orang, dorongan itu penting..
Betul tak anak-anak??
Betul ibu...alhamdulilah...hehehe

Now, Dhia tengah berusaha untuk diri tanpa ada yang memegang..
Aipss!!!awak tu kecik lagi adik...sabo jelah...
kekadang lepas-lepaskan juga tapi tengok masih tak stabil..
So jawapannya memang kena pogang sentiasalah...hahaha..

Bila balik kerja tengok anak bersifat macam ni, sangat rasa teruja tau..hilang penat dan stress kat sekolah..
Setiap hari kalau g sekolah mesti fikir, balik ni apa yang si cilik nh belajar lagi..
Best tau hari-hari tengok perkembangan si cilik..
Itu belum dengar si cilik nh membebel..
kalah mak enon wa cakap sama lu....hahaha..
Kekadang sampai haus benor sebab banyak sangat bercakap...muahaha 
(ntah terkenan sapelah banyak sangat si cilik nh berbicara)...

Jom baca artikel dibawah ini.

"CARA-CARA MERANGSANG BAYI

Seseorang bayi Islam yang baru dilahirkan dianggap seperti kain putih. Perkembangan personalitinya bermula daripada peringkat itu walhal ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa ini bermula dari peringkat janin lagi. Bayi yang baru lahir sudah dilengkapkan dengan kesemua pancainderanya dan sudah boleh berinteraksi dengan persekitarannya serta dengan orang-orang disekelilingnya, terutama ibu dan bapanya.

Pada masa dahulu kebanyakkan orang menganggap seseorang bayi yang baru lahir itu sebagai seorang individu yang pasif dan tidak berupaya mengenali ibu bapanya, persekitarannya, atau memberi apa-apa gerak-balas kepada orang disekelilingnya. Tetapi pada masa kini jelas kepada pakar-pakar perkembangan kanak-kanak bahawa bayi yang baru lahir sudah berupaya memberi gerak-balas kepada perhatian yang ditunjukkan oleh orang lain kepadanya.

Bayi sudah boleh mendengar, sudah boleh melihat dan sudah boleh merasai keadaan-keadaan yang selesa atau keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Bayi menangis apabila lapar, tenteram apabila disusukan. Semakin dia besar, jelas kadangkala yang dia menangis apabila dia keseorangan dan akan tenteram semula apabila dibedung, diangkat ataupun didodoikan.

Pada masa kini ramai ibu bapa yang bertanyakan cara -cara untuk merangsangkan bayi . Sekarang sudah jelas bahawa prestasi intelek seseorang kanak -kanak itu boleh dipertingkat dengan memberi persekitaran yang penuh dengan rangsangan kepada kanak -kanak itu . Sitimulasi atau rangsangan ini perlulah dipertunjukkan kepada anak -anak dari peringkat bayi lagi .

Kalau diperhatikan kelakuan seseorang bayi dalam beberapa hari dia dilahirkan jelas ternampak bahawa dia akan berada dalam empat keadaan - tidur nyenyak , mengantuk , keadaan menangis . Didalam keadaan dia berjaga -jaga dan asyik memerhatikan kelilingnya dan asyik memerhatikan persekitarannya itu deria -derianya akan menangkap semua stimuli di persekitarannya . Kadangkala dia akan memberi gerak-balas kepada stimuli-stimuli ini. Umpamanya dia mungkin akan ketawa jika ibunya ketawa dihadapannya. Dia akan memerhatikan sesuatu benda yang diimbaskan dihadapan mukanya.

Cara-cara merangsang bayi

Keadaan yang sesuai bagi merangsang bayi ialah pada masa dia celik dan sedar. Ibu bapa perlu faham masa yang elok untuk merangsang bayi kerana jika rangsangan diteruskan tanpa mengambilkira kemampuan bayi untuk berinteraksi, ini mungkin akan membawa kesan yang negatif kepadanya. Bila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu itu patutlah bercakap-cakap dengannya, menyanyi mesra, menunjukkan wajah senyum gembira atau ketawa sambil menggosok-gosok atau mencium bahagian tubuh bayinya itu. Waktu menyusu bayi boleh digunakan untuk merangsang bayi. Perkataan-perkataan seperti " anak mak cantik sangat, anak mak manis sangat, anak mak sayang, anak mak suka minum susu", dan sebagainya disarankan untuk digunakan pada waktu ini.

Ibu-ibu juga digalakkan bercakap-cakap dan bermesra dengan bayinya diwaktu dia dimandikan atau lampinnya ditukarkan. Jarak mata bayi dengan wajah ibunya semasa menyalinkan lampin sungguh sesuai untuk berinteraksi diantara ibu dan bayi. Sambil menyalin lampin perkataan-perkataan seperti" cantiknya kaki anak mak, wanginya badan anak mak," dan sebagainya boleh digunakan.

Sebelum seseorang bayi boleh menggunakan bahasa dia akan menempuh proses perkembangan yang sistematik. Bayi yang baru lahir hanya menangis sahaja. Kebolehan bayi untuk mengeluarkan konsonan seperti mm,mm, atau ng pada usia tiga hingga empat bulan akan terus berkembang sehingga pada usia enam bulan dia sudah boleh mengeluarkan bunyi "ma ma ma, na na na" ,seolah-olah dia hendak memanggil ibunya. Kebanyakkan bayi sudah berupaya mengeluarkan satu perkataan yang bermakna seperti "mama", "baba' pada usia sepuluh bulan. Dari bahasa yang digunakan oleh ibu kepadanya setiap hari dan pada setiap masa bayi akan dapat mempelajari dan membentuk bahasanya sendiri. Dari itu ibu bapa perlulah faham bahawa mereka seharusnya memberi perhatian kepada perkembangan bahasa bayi-bayi mereka dan membantunya dengan selalu bercakap-cakap dengan bayi mereka. Bahasa sangat penting untuk seseorang manusia mempelajari keadaan disekelilingnya kerana melalui bahasa seseorang kanak-kanak kecil boleh melafazkan kehendaknya, boleh bertanya-tanya, boleh meminta-minta, dan boleh mengeluarkan pandangan-pandangannya tentang sesuatu perkara.

Seseorang bayi yang selalu menangis tentu akan kurang berkebolehan menerima segala stimuli dari persekitarannya serta dari orang-orang disekelilingnya. Ada ibu-ibu yang mengatakan " Biarlah budak itu menangis, lama-lama bila dia letih, dia akan diam". Anggapan ini adalah tidak benar dan ibu bapa dinasihatkan supaya mencuba seberapa daya untuk mententeramkan dengan mendukung dan mendodoinya atau mengenjut-enjutkannya. Selalu didapati bahawa seseorang ibu yang sudah pandai mendapatkan perhatian bayi dan merangsang bayi akan mendapati bayinya kurang meragam . Bayi menangis kerana inginkan sesuatu. Cubalah cari sebabnya dan pujuklah dia.

Bermain-main dengan bayi adalah sangat-sangat digalakkan. Jari-jari bayi boleh dicium atau kedua-dua tangannya ditepuk-tepukkan sambil ibu menyanyi perkataan-perkataan seperti " tepuk-tepuk tangan". Pendeknya, perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh seseorang ibu itu seelok-eloknya mestilah ada berkaitan dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan.

Kesimpulan

Persekitaran seseorang bayi itu boleh diperkayakan dengan mengadakan berbagai-bagai bunyi yang menarik seperti lagu-lagu dari peti muzik (musical box) atau dengan gambar-gambar yang berwarna-warni.

Untuk merangsang bayi ibu digalakkan bercakap-cakap, bermain-main, menyanyi atau membaca sesuatu kepada bayi mereka kerana ini bukan sahaja akan membantu proses perkembangan bahasa bayi bahkan mungkin boleh meninggikan pretasi intelek mereka. Sebelum kanak-kanak itu boleh menggunakan bahasa dia perlu memahami bahasa. Dari itu ibu bapa digalakkan selalu mengeluarkan perkataan-perkataan yang sesuai pada masa dia berinteraksi dengan bayinya. Insyaallah bila perkembangan bahasa kanak-kanak itu dapat dipercepatkan, prestasi inteleknya juga akan meningkat

Okey..itu saje perkongsian cerita hari ni..salam sayang buat semua :)

Sila abaikan backgroud yang berserabut tue nye :)


Isnin, 22 Julai 2013

Tandem Nursing

Assalamualaikum semua...
Salam Ramadhan Al Mubarak..

Sebagai ibu kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita..betul tak semua...samalah macam kita.

Lagi pula ibu baru, banyak cabaran dan dugaan..
Dulu masa mengandung memang da berniat dalam hati tak mo beli botol atau pam sebab nak fully BF pada baby, tapi rupanya yang DI ATAS lebih mengetahui.

Genap baby Dhia usinya 2 bulan (betul-betul habis pantang kita ditawarkan dengan lantikan Guru Interim. So far masa awal-awal berulang-ulang jugalah dari rumah ke Melaka.. nak kata dekat tue tidaklah jauh mana hanya hampir 2 jam perjalanan sampai..hehehe..macam nak ke kl bunyinya...betul tak???

So stok susu memang tak da..
Masa dalam pantang memang try pam tapi, terus bengkak dan demam..stop pumping..

Tapi bila ke sekolah cik B kita akan berat dan bengkak, air menjejes-jejes kelar..macam membazir je kan..so request dengan en suami untuk beli pump letrik sebab tak larat nak pump tangan + masa sangat terkejar-kejar (sbb ada latihan bola jaring time tue)

So bila dapat pump hanya untuk bekalan sehari tak boleh buat stok..
Berfikir-fikir macam mana.. kita try amik supplement shaklee, ALhamdulilah susu memang meriah, tapi stok masih tak dapat buat sebab baby Dhia so demand dengan susu..
Search, tanya dan google apa cara boleh tambahkan lagi susu dalam masa yang sama Dhia boleh menyusu juga..
Adalah seorang kakak nh (dulu beli Shaklee daripada dia) cadangkan buat tandem nursing..Ah'ah..memang seronok sebab susu boleh simpan dan dhia boleh minum.

Tapi kita berani buat stok untuk 2 hari jelah..lepas 2 hari walaupun ada susu lebih kita akan buang ikut date yang terdahulu.. assebab rahsia..hihihi..

Jadi hari ini kita nak kongsikan dengan pembaca sekalian apa itu
TANDEM NURSING..

Sebelum baca penerangan kat bawah, moh le kita tengok gambo-gambo dulu nye

Inilah dia TANDEM NURSING, kalau single baby boleh ganti dengan PAM nye :)
Da tengok gambar, jom baca keterangan dibawah (^__^)

Tandem Nursing adalah istilah yang digunakan apabila kita menyusu lebih daripada seorang bayi. Tak kisahlah samaada bayi kembar mahupun anak-anak yang mempunyai perbezaan umur bertahun lamanya. Kisah mengenai menyusu anak kembar mungkin biasa kita dengar kerana bayi-bayi tersebut selayaknya menerima susu badan kerana baru sahaja lahir. Tapi bagaimana pula jika bayi yang baru lahir terpaksa berkongsi susu badan bersama kakak/abang yang sudah pun menginjak umur dua tahun atau lebih.

Sebenarnya tiada salah langsung menyusu anak-anak secara tandem. Malahan lebih banyak manfaat serta kebaikan yang diperolehi. Antaranya:

  • Berkongsi kebaikan/nutrisi susu badan 
  • Melatih anak yang lebih tua untuk bersabar dan beralah kerana ibu perlu utamakan si adik
  • Anak yang lebih tua tidak merasa tersisih dengan kehadiran ahli keluarga baru
  • Hubungan antara adik-ibu-abang/kakak lebih rapat
  • Kedua-dua anak yang tandem mempunyai antibodi yang tinggi dan sukar dijangkiti penyakit
  • Lebih banyak susu yang akan terhasil
  • dapat mengelakkan masalah bengkak susu
  • Mengelakkan bayi tersedak akibat fast flow kerana laluan di payudara sudah pun ada ketika menyusukan anak pertama
  • perebutan antara anak-anak yang nak menyusu ketika masing-masing lapar----> yang ni memang kena latih sedari awal untuk berkongsi. Sorang kanan dan  sorang kiri. Jangan favorkan anak-anak dengan sebelah payudara sahaja. Nanti anda juga yang penat
  • Lebihkan adik kerana anak yang tua sudah pun boleh memakan makanan lain
  • Badan agak letih kerana menyusu secara serentak--->minta sokongan suami untuk membantu, ambil SUPPLEMENT agar badan lebih cergas, ambil waktu untuk berehat terutama ketika anak-anak tidur

Ini antara kebaikan tandem nursing. Kebiasaannya ibu menyusu yang sedang menyusu bayi akan tewas di pertengahan jalan akibat hamil dan mendapat nasihat daripada doktor untuk hentikan penyusuan kerana bimbang akan mengalami keguguran. Sebenarnya penyusuan masih boleh diteruskan ketika hamil dengan syarat anda bukan wanita hamil yang berisiko dengan pelbagai penyakit dan kemingkinan keguguran. Cuma, mungkin anda akan berasa sedikit perit apabila anak anda menyusu kerana perubahan hormon mengakibatkan susu agak berkurang.

Selain itu, ada ibu menyusu yang tewas dengan menjangkakan susu adalah hak adik sepenuhnya dan dibimbangi susu akan berkurang apabila anak-anak berkongsi. pendapat ini salah sama sekali. Kita harus letakkan konsep demand and supply setiap kali kita menyusu. Apabila banyak demand, maka banyaklah supply. Dalam kes tandem, demand susu adalah untuk dua orang, maka isyarat yang dihantar ke otak memberitahu agar dibekalkan supply susu untuk dua orang. Maka, bertambah meriah dan memancut-mancutlah susu anda..In shaa Allah...

Namun, setiap perkara yang kita lakukan tentu sekali ada cabarannya. Yelah, nak dapat pahala mestilah ada liku-likunya juga..ye tak? Ganjarannya syurga tau...

Hah tengok, senang dan mudahkan..pahala pun banyak malahan boleh terus jadikan satu didikan samada pada diri kita atau anak-anak kita.. :)..okeylah setakat ini sahaja entri kita..next time kita kongsikan hal lain plak nye :) akhir kata, nak try supplement shaklee tapi tak de budget, dont risau2, meh pm kita cepat :)..harga baik punya kita bagi nye.. :)

Ahad, 21 Julai 2013

NUTOX OXYFUSSION

Assalamualaikum semua..
Salam Ramadhan Al Mubarak

Updated berkaitan dengan Nutox. 
Ya kita adalah pengguna tegar Nutox since sebelum kahwin lagi..
So sekarang da hampir 1 tahun 4 bulan kita menggunakan Nutox..
More positif efek berbanding dengan negatif efek.
Nak tahu kenapa??

Kulit semakin rasa smooth je.. best tau..
pigmentasi semakin kurang. 
Mungkin juga assebab kita ada ambil vitamin c dan supplement-supplement yang lain.
Tapi so far kita sangat suka guna Nutox.
Set yang kita guna tak la mahal sebab 1 set boleh tahan hampir setahun. 
At least sempat juga menyimpan sedikit demi sedikit untuk pembelian akan datang.
Lagi pun Set Nutox ni selalu buat offer, so memang sesangat AFFORDABLE.. yes!!

Time pakai memang masa ke sekolah je..sangat simple dan ringkas..
Sebab kita tak reti nak bersolek bagai.

Kalau nak ke sekolah atau g jejalan biasanya kita akan guna

NUTOX OXYFUSSION SERUM + MOISTURISER + BEDAK ARAB(latest bedak guna) + LIP BALM

hah!simple je kan..dari dulu sampailah sekarang..
da jadi mak orang pun kita still gunakan solekan macam tue..
Kekadang tu teringin jugalah nak bersolek bagai macam orang-orang lain..
TAPI..
Tak pandai dan tak sempat
Lagi pula kita jenis nak kejar masa, semua benda nak cepat tak suka dilengah-lengahkan..
So, memang sesuailah dengan pemakaian tersebut.

Sebab kita menggunakan NUTOX boleh baca kat entri ini

Sambung cite semula..
Last 2 bulan kita ada jejalan ke Key El..sesaje nak bershopping mata..balik ikut jalan dalam, so singgah ke The Store yang ada kat area mane ea...lupa plak..dah lama g baru nak update..lupa segala hal..
So time tue diorang tengah buat offer NUTOX 30%..first time nh NUTOX buat offer macam tue..kot2lah da expired tapi bile check baru mfg dan expired lambat lagi..
Apa lagi time tue amik lah set yang biasa digunakan, lagi pula memang da nak abes, see i told u yang set nh boleh bertahan sampai setahun..so jimat u see...hehehe..
Dekat RM200 jugala kita pau cek abang kita..yelah time tue ngah tak bergaji, dan dan buat offer mahu tak bersinar-sinar biji mata...hahha...

Time nak beli tu ada jugakla isiden pujuk memujuk..ada ke die suh kita beli set yang lelain, walhal kita da kata ada banyak lagi..hehehe..
At last salesgirl tue mengalah tapi dalam mengalah tue die bagi jugalah kita free gift iaitu 



NUTOX SOLAR BLOCK..
Da lama menjadi idaman kalbu, tapi sebab memikirkan yang cosmoderm nye sunscreen still ada banyak, so abaikan...
Tapi bila dapat free gift..weeehuuuuuu...alhamdulilah..

Solar Block n sesangatlah bagus sebabnya bila kita dibawah cahaya matahari yang panas, muka kita still in good condition tak delah jadi berbelang-belang..
Ini sebabnya kita da try...
Yolah sebagai cikgu nh kan..kan..
Mesti ada hari sukan..dan dan time tue kena jadi penjaga masa, hakimla dan sebagainya..nak nak hari sukan tue pula petang..
Habeslah gelap berbelang muka,

TAPI...

Walau bagaimana sekalipun..mukaku masih lagi tidak berbelang..yehaaa..
Sukaaaaaa sanggggaaatttt...

So bila muka still dalam keadaan biasa, 
Maka untuk menggunakan bedak-bedak compact tak delah bercapuk ke apa...betul tak???

Simple je entri kita kali nh..hehehe...
Okeylah next entri kita akan kongsikan pasal bedak arab pulaknye :)

Assalamualaikum semua.. :)

Selasa, 16 Julai 2013

PUNCA SUKAR TURUNKAN BERAT BADAN

Assalamualaikum pembaca sekalian...

Hari ni kita nak kongsikan sebab musabab kenapa kita sukar nak turunkan berat badan. Walhal da berdiet bagai dan macam-macam produk dah cuba..

Jom kita tengok sebab munasababnya kenapa

PESANAN:
Kalau agak-agak belum cuba produk shaklee..dan rasa-rasa diri nak mencuba..tapi tak nak beli full set..so jangan malu, jangan segan..meh try pm/sms kita nye :)

Isnin, 15 Julai 2013

Kebaikan GLA Shaklee

Assalamualaikum semua..Salam Ramadhan..

Hari ini kita nak bercerita tentang GLA SHAKLEE. Of cos banyak kebaikkan kita nak cerita. Yela benda baik..untuk kesihatan perlulah kita sebar-sebarkan. Sama-sama nak sihatkan..kan..kan..
Bila sihat mudahlah kita untuk beribadat kepada ALLAH SWT. dan melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dibumi ni. Jom tengok gambar..Kita da simplekan supaya mudah untuk dibaca (^__^)



Hah..da baca tentang kebaikan GLA SHAKLEE kan..
sekarang jom kita tengok pula testimoni-testimoni yang Alhamdulilah telah berjaya menyelesaikan masalah mereka..jom jengah... :)








Ahad, 14 Julai 2013

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya







Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.


Carta Perencanaan Anak Soleh


Assalamualaikum semua...
Salam Ramadhan Al-Mubarak..Selamat Bersahur..
Hari ni mai kita kongsikan cara-cara untuk merencanakan anak kita supaya menjadi seorang yang solehah atau soleh.

Bermula dari saat kita tahu yang kita sedang hamil, maka bermulalah juga langkah awal membentuk anak-anak yang soleh..
Bukan dari awal sahaja kita boleh bentuk anak yang sihat dan pintar tau ibu-ibu... :)



Beberapa surah yang boleh dijadikan amalam ketika mengandung..Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak. 
1. Surah Yusuf: 

Utk mendapatkan anak yang comel/cantik 
2. Surah Luqman: 
Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai 
3. Surah Maryam: 
Utk mendapatkan anak yang soleh 
4. Surah An-Nahl ayat 78: 
Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT) 
5. Surah Al-Fatihah 
6. Surah Yaasin 
7. Surah Ayatul Kursi 
8. Surah Al-Araaf ayat 189 
9. Surah Al-Imran ayat 38: 
Doa memohon anak yang baik 
10. Surah Al-Imran ayat 8-9: 
Doa memohon rahmat 
11. Surah Ibrahim ayat 40: 
Doa agar anak tetap mengerjakan solat 
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: 
Doa agar anak patuh kepada Allah SWT 
13. Surah Yassin ayat 22 - 23: 
Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak 
14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: 
Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik 
15. Surah Al-Furqan ayat 74: 
Doa agar dikurniakan anak yangmenyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga. 


Kalau di atas, adalah perencanaan sebelum dilahirkan a.k.a masih di dalam kandungan..

Dibawah pula adalah perkongsian untuk merencanakan anak-anak kita selepas dilahirkan..




Rabu, 10 Julai 2013

JOM MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW.


6 Bulan Sudah..Alhamdulilah..

Assalamualaikum kesayangan semua...

27 hb 6 hari tu genaplah anak si comel manja ibu Dhia Nur Irdina berusia 6 bulan. Dan juga genaplah si comel menyusu dengan ibu selama 6 bulan..Alhamdulilah..
Meh kita cite sikit pasal si comel manja Dhia..

Mula-mula sekali nak cerita pasal dhia start makan. Sebenarnya risau juga nak cite tapi tak pe sebagai perkongsian pengalaman. Dhia start mamam usianya 5 bulan 1 minggu. Was-was nak bagi tapi tak sampai hati bila tengok si kecik nh terkecap-kecap tengok orang makan. Air liur tok sah katalah..bak kata orang tua-tua..mengeces2..huhuhu

Start bagi makan nestum beras perang..bagi dalam 1 sudu besar.Tak habis. Okey tak pe..Sebab Dhia still menyusu badan, so macam tak kisah sangat makanan tue tak habis.
Esok ingat tak nak bagi, tapi bila nampak bekas makanan Dhia yang terover excited..hahaha..walhal bekas makanan ibunya.
SO pas makan laju-laju, bancuh nestum bagi si kecik makan..Mak aii abes semangkuk..Okey, da abes semangkuk, so saat kritikal sekarang nh adalah kita tunggu dhia poo poo..risau sembelit atau yang tidak sepatutnya berlaku..BF still on so far walaupun dah makan still high demand si comel nh..huahuahua..mesti buruk lantak macam ibu nye...kuikuikui..oppsss...

Everyday, kita cuma bagi Dhia 1@2 kali je makan, BF anytime she demand for it.(hamek ko BI terabur).
Masuk week ke 2 kita try bagi 2 meal/day..tapi da bertukar sebab si comel pun dah pandai demand..tak mo nestum nak bubur..lagi sodap agaknya..

Week ke-3, 3 meal/day + buah-buahan blend, so far yang biasa kita bagi adalah kurma blend@anggur@kismis@prune..Wajib.
Kalau bubur mesti bubur+carrot+kentang atau salah satu.
(resepi kita akan kongsikan kemudiannya)

Masuk week ke-4 kita start mula (macam pelik je)..bagi dhia makan ikan bilis blend.
So far yang penting air tak boleh kurang dan jangan sampai tak poo poo..BF still high demand..kekadang sambil duduk pun boleh BF..anak owh anak..

Fuhh... :)Stop dulu..kalau sambung banyak lagi nak cite..hehehe..

Okey Cerita hari ini 9 Julai 2013..latestnye cerita

Ari ni Dhia baru belajar merangkak. Sebelum nh cuma angkat-angkat bontot tinggi-tinggi..tapi la nh da merangkak..setapak dua..tapi terus gedebummm..owh sayang ibu..apa lagi bila tengok Dhia sudah gedebumm...terus peluk cium ketat-ketat..kita memang suka cium ketat-ketat dhia sebab kita sayang sesangat dengan si kecik tu..lagi pun, bila kita cium atau peluk anak kita selepas dia berjaya lakukan sesuatu, maksudnya kita memberi dia ganjaran dan sokongan..tentunya dia akan lebih berusaha..caiyok-caiyok anak ibuu..

Dhia dari kecik sampailah usia dia 6 bulan, salah satu sifat yang memang ketara dapat dilihat adalah usaha gigih...Dhia akan berusaha dengan gigih untuk buat sesuatu..Selagi tak dapat buat selagi tue dhia akan berusaha sampailah berjaya..Bila da berjaya dhia akan tunjukkan pada ibu dan babanya..

Kenapa kita kata Dhia sangat berusaha gigih..
mak idaknye..
kalau tersedar dari tidur terus angkat badan dan punggung(sopan sikit ayatnya)..

selama seminggu training..
akhirnya berjaya..

Bila da berjaya, ibu dan babanya membawa si comel berjalan-jalan di bandar Melaka atau beri ciuman ketat-ketat. Itu sajalah hadiah yang termampu kami beri..





Abes sudah..Ringkas dan padat..hehehe..
cerita-cerita lain akan disambung pada entri akan datang..okey lalink sekalian..bubye.. :)





 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design