Selasa, 2 Oktober 2012

Hasil Kerja Tangan Dan Mesin...

Akibat kebosanan duduk dirumah tanpa membuat apa-apa kerja, aku membuat permohonan untuk mendapatkan sedikit kerja yang berfaedah...Ambil masa jugalah untuk memastikan permohonan ini diluluskan oleh Bos Besar..hehehe..

Aku rasa dekat hampir 2 bulan aku hantarkan suara permohonan, dan bulan sembilan baru dapat kelulusan..Alhamdulilah...itu pun panjang syarat-syarat yang diberikan...hehehe..

Dan dengan rasminya, aku berjaya!!!
Hehehe...

Aku berjaya mendapatkan sebuah mesin jahit untuk aku mengisi masa lapang.
Kalau sebelum memdapat kelulusan, aku cuma buat benda-benda ringkas macam pin rambut, pin tudung dan penanda buku..(mudah-mudahan esok anak aku turut kreatif)...hehehe..

Setelah memperolehi mesin, inilah aktiviti dan barangan yang aku berjaya buat.
Walaupun hasilnya tidak berapa menarik tapi yang pasti aku berusaha dan sudah cukup membuat aku berpuas hati.. Cuma pada masa akan datang aku akan tambah lagi, ilmu tentang ini dengan BOS BESAR.. ilmu free siapa yang tak nak ooooooo...boleh buat duit tue...money...money...money...

Okeylah..jom tengok apa yang sudah berjaya aku hasilkan..hehehe..

SARUNG TILAM DAN BANTAL WARNA PINK..I LIKEEEEE!!!!SULAM BUNGA-BUNGA

SARUNG TILAM DAN BANTAL WARNA HIJAU..SULAM DAUN..COMEL!!!

TILAM DAN BATANG BANTAL..COMEL JUGAK KALAU TAK GUNA SARUNG SEKALIPUN.. (sepenuhnya kekabu okehhh!!)

  TILAM DAN BANTAL WARNA HIJAU.

 TILAM DAN BANTAL WARNA PINK..I LIKEEEEE!!!!
   






p/s: agak-agak kalau nak buat bisnes laku tak??hehehe...berangan sudahhhhh.....

Alhamdulilah..saya sudah mahu konvo.


Alhamdulilah..aku sudah mahu konvo...setelah berhempas pulas selama lebih kurang 4 tahun dengan pelbagai perkara dan ragam..KONVO mari....syukur sesangat..
Tahniah buat kekawan seperjuangan yang sama-sama berjuang di sini tidak kira kos dan fakulti..TAHNIAH buat anda semua..
 
Jumpa di DSI 14 hb Oktober ni nyeee!!!!







Jumaat, 28 September 2012

Senarai @Checklist Keperluan


Tinggal lagi beberapa bulan ni..lagi berdebar rasanya, seronok, seram sejuk pun ada..search internet cari pelbagai maklumat, pengalaman orang-orang lama. Mula-mula cari maklumat berkaitan dengan 
  • Senaman untuk ibu-ibu mengandung (nanti updatekan). 
  • Lepas tu cari maklumat tentang pergerakan bayi dalam kandungan (seronok rasa baby bergerak-gerak)

sumber :[Facebook]

  • Doa-doa dan petua-petua untuk mudah bersalin.
  • Bantal dan tilam yang sesuai


Macam-macam lagi. Sampai bebular mata. Lastly cari yang berkaitan dengan checklist keperluan yang penting. Mak aku kata sediakan sikit-sikit supaya nanti tak terbeban. Yelah, sekarang ni badan da rasa ringan sikit. Kalau masa awal kandungan, jangan kata nak berjalan, nak online pun hampeh je rasanya..(~_~)..Lagi-lagi masa awal-awal tue adalah masa yang sangat getir dan perit. Berperang dengan ketidaksihatan diri+semester akhir..Memang mencabar..

Tengok laptop pun menyampah..hahaha..sekarang ni..Alhamdulilah..Tapi syukur alhamdulilah..Rezeki anak yang Allah SWT kurniakan memang tidak dijangka..teramat bersyukur...
Sekarang ni rasa seronok..syukur sangat-sangat sebab da ada kekuatan dalam diri untuk melakukan semua kerja *bukan kerja yang berat-berat*

Okeylah bukannya aku nak membebel pepanjang, saja-saja bercerita sebagai pembuka ayat..hehehe (^_^).
Dekat bawah ni ada sedikit checklist yang aku copy and paste dari satu blog. Sumber blog bolehla check seperti yang ada kat akhir checklist.


Semoga checklist ni boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk ibu-ibu atau bakal-bakal ibu yang lain..(^__^)



Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING)

1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans*
2. Kad merah ibu mengandung*
3. Kad pengenalan ibu dan bapa*
4. Duit*
5. Rekod kesihatan*


Keperluan bayi di hospital(PENTING)

1. Selimut dan tuala untuk bayi*
2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan*
3. Beberapa helai pampers*
4. 3 - 4 helai pakaian baby*
5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties*
6. topi baby / cover kepala baby*
7. Bedung/barut baby*
8. Alatan mandian baby*
9. Wet tissue- untuk lap baby*
10.Minyak telon*
11.Baby dipers *

Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING)

1. Tuala
2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, bedak,losyen,syampu)
3. Beberapa pasang stokin
4. Selipar
5. Tuala wanita untuk wanita baru lepas bersalin,
6. Beberapa helai pakaian ibu( pakaian yang longgar)
7. Beberapa helai kain batik
8. Pakaian dalam yang bersesuaian dengan ibu (nursing bra untuk ibu menyusu)
9. sikat, bedak, getah rambut
10. Pum susu ibu, botol susu
11. Termos air panas, cawan, sudu, mangkuk
12. Minyak angin
13.Beg plastik
14.Makanan- biskut ,air,roti, kismis, kurma
15.Kamera
16.Telefon bimbit
17.Al-quran (sebelum bersalin, jika kena duduk hospital 2-3 hari sebelum due)
18.Air zam zam/air selusuh
19.Beberapa helai tudung instant/selendang( depends pada yang nak pakai tudung atau tak masa kat hospital, saya insyaALLAH)
20.Majalah
21. Baju sejuk (bagi yang tak tahan dengan kesejukan aircond di wad bersalinnya)



Ahad, 16 September 2012

KARNIVAL DI MELAKA

14- 16 September ni ada lebih dari empat karnival yang berlangsung di Melaka. 
Tapi yang sempat untuk aku jejakkan kaki cuma 3 karnival ni aje. Itu pun da termengah-mengah.


Karnival Kerjaya 1 Malaysia


Karnival ini berlangsung dari pukul 10pagi- 7 petang sahaja. Semalam masa aku ke sini dalam pukul 6. Banyak juga booth yang da di tutup, rasa kecewa sangat. Sebab niat ke karnival ni nak cari peluang-peluang untuk menambah sijil-sijil yang ada. Jadi bagitau dekat en suami untuk datang lagi esok. Maksudnya hari ini bertarikh 16 September 2012. Semangat nak pergi ke karnival 10.08 pagi da terpacak dekat karnival ni, tapi sayangnya..booth yang diharapkan da buka masih lagi tutup..huhuhu..( -_-)..so berjalan-jalan dulu dalam karnival ni. Tanya pasal SKM, SLDN dan macam-macam lagi. Semalam tak jalan sangat sebab da kecewa, so ari ni sementara menunggu booth yang diharapkan buka, berjalan-jalanlah dulu dalam karnival, melawat setiap booth.
Lebih kurang dalam pukul 11 pagi, booth yang diharapkan telah pun meng'open'kan diri, so apa lagi..terkedek-kedek aku jalan ke sana, semata-mata nak daftar diri sebagai peserta kursus jahitan. Puas hati (@_@)..Lepas je daftar diri, aku pun ajak en suami balik. Sebab niat datang untuk daftar kursus tu je, jadi lelain tak menarik minat sangat.

Antara pemplet dan cenderamata yang aku dapat:




Karnival Ibu dan Bayi





Lepas pergi karnival kemahiran (lepas kecewa sebab kebanyakkan booth da tutup), aku ajak en suami ke karnival ibu dan bayi, saja-saja nak survey barang untuk baby. Kalau ada yang berkenan bolehlah beli. Al maklumlah barangan bayi ni harga boleh tahan juga. Mak aku kata kalau beli barang bayi ni, boleh jejak dekat RM 500, tapi untuk anak pertama jelah. Anak kedua, ketiga dan seterusnya biasanya kurang sebab baju bayi ni boleh guna pakai sampai 2-4 keturunan (kalau anak 8 orang 8 keturunanlah jawabnya).
Yang aku tertarik cuma pada baby cloth diaper (DC). Harga bolehlah..tapi aku tak beli dulu sebab kata nak survey-survey je kan..hihihi (^_^)..



 Karnival PC


Last sekali aku berjalan ke karnival PC. Fuyoooooooooooooo...begitu ramainya orang..tak sanggup den nak masuk sebenarnya...hahaha..tapi layankan sebab en suami nak survey external. Mabuk aku dibuatnya..tapi jalan tak jalan, habis jugalah aku pusing tengok apa yang ada di karnival ni. Kalau dulu sebagai pelajar, aku suka pergi karnival pasal pc  sebab macam-macam aku cari, tapi bila da habis belajar ni, aku rasa macam tak da apa-apa kat karnival ni (-_-)..jadi jalan-jalan pusing tengok-tengok je..hehehe..


P/s: Bagus juga diorang buat banyak-bayak karnival dalam masa 3 hari. Jimat masa,jimat tenaga dan jimat kewangan...hehehe (*_*)



 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design