Rabu, 19 Mac 2014

Tips Anak Cemerlang : Dengari Anak

WIKIPEDIA

" Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:
  • perbuatan menghantar matklumat; dan
  • proses untuk bertukar-tukar maksud;
supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan"

ALAM TEKNOLOGI

" Komunikasi atau dalam bahasa inggerisnya Communication, menurut asal katanya berasal dari bahasa latin iaitu Communicatio. Komunikasi adalah suatu proses ketika seseorang atau kelompok masyarakat menggunakan informasi agar terhubung dengan lingkungannya. Pada umumnya, komunikasi terjadi secara lisan atau verbal. Komunikasi dapat terjadi jika ada persamaan antara penyampaian pesan dengan orang yang menerima pesan."

===============================================================================
 
Hah.. 
Sudah bacakan apa yang dimaksudkan dengan komunikasi..
Cuba tengok penting tidak komunikasi dalam kehidupan seharian..
Ada tidak dalam sehari kita tidak bercakap atau berkomunikasi dengan sesiapa..paling-paling pun sepatah dua mesti ada..
Sebenarnya komunikasi ini sangat penting dalam kehidupan seharian kita.Tanpa komunikasi kita tidak akan tahu apa yang hendak disampaikan lebih senang dikatakan penyampaian tidak tercapai. 

sumber google

Hari ini saya akan ceritakan betapa pentingnya "komunikasi" dengan anak-anak kita dalam membantu mereka menjadi insan yang cemerlang dalam sahsiah..
Dunia semakin canggih, semakin maju.
Kita semakin lupa dengan perkataan komunikasi. 
Pergi kerja pukul 6 pagi balik 6 petang. 
Jumpa anak-anak pada waktu makan malam (kalau bernasib baik).
Masa makan malam pula, ibu bapa, kakak, abang adik semua sibuk dengan teknologi, sampaikan tiada masa untuk bercerita a.k.a berkomunikasi.. ya perkataan komunikasi diabaikan. Sighhh..


Sebagai ibu bapa..Cuba tanya diri sendiri, berapa kali dalam sehari kita bercakap dengan anak-anak? Bertanyakan apa masalah mereka, apa aktiviti mereka pada hari itu. Adakalanya dalam sebulan boleh dikira dengan jari. Kesibukan tugas seharian di tempat kerja membuatkan kita letih dan adakalanya tiada ‘mood’ untuk bercakap.

“Mama, tadi kan Adam ambil botol air Ayesha. Lepas tu kan…dia..”

Mungkin itu antara dialog yang akan kita dengari apabila mengambil anak-anak pulang dari taska atau sekolah. Ada sahaja aduan dan laporan yang diberikan oleh mereka.

Ada ibu atau bapa yang tidak memberikan sebarang reaksi apabila si anak sibuk bercerita tentang perjalanan hidup mereka hari itu. Ada juga yang menyuruh si anak diam kerana enggan mendengar sebarang aduan lagi selepas penat di bekerja di pejabat. Sehingga ada yang sanggup mengambil anak jauh malam untuk mengelakkan diri mendengar celoteh anak-anak (kamu akan rasa kerugian suatu hari nanti.)


sumber google
Namun sedarkah kita sekiranya salah satu daripada cara tersebut di atas adalah tindak balas yang sering atau selalu dilakukan, ia telah mematikan keinginan anak untuk bercakap.
Sebaliknya kita sentiasa mahu anak-anak mendengar dan patuh dengan percakapan atau arahan kita sebagai ibu bapa. Adilkah kita? Sebaiknya kita didik anak menerusi perilaku yang kita tunjukkan sebagai orang tua.
Sebaiknya komunikasi antara ibu bapa dengan anak perlu berlaku secara dua hala. Apabila anak bercerita tentang kisahnya yang dianggap sangat penting dalam hidupnya, dengarlah dengan penuh perhatian. Berilah tindak balas yang dapat merangsang keyakinan dirinya.
Percayalah secara automatik, anak-anak juga akan tahu memberi perhatian apabila ibu bapa bercakap dengan mereka. Mereka akan menghormati dan mendengar dengan sepenuh hati kerana belajar daripada model contoh mereka iaitu anda sendiri, ibu bapa mereka.
 

sumber google

Selasa, 18 Mac 2014

Aku dan Vitamin C

Assalamualaikum semua..
Apa khabar? 
Diharapkan semuanya baik dan sihat walafiat..
Hari ini saya nak berkongsi dengan rakan-rakan sekalian berkaitan dengan vitamin C..
Saya memang suka makan limau..tidak kisahlah sama ada limau sunquick atau limau kampung..janji limau...
tapi biasalah kalau limau ni kena rajin kupas..
rajin potong..
al maklumlah saya ni semua nak cepat nak pantas..
takkan lah setiap hari saya mahu memotong atau mengupas limau...
huhuhu...nangisssss...
so cara yang paling cepat adalah ambil tablet vitamin C..
Ya vitamin C..
Salah satu sumber yang mudah untuk perolehi Vitamin C boleh diperolehi daripada limau..
dan limau pada saya adalah sumber termurah yang boleh saya beli dan dapati..
Tapi sekarang saya ada sumber yang lagi cepat dan pantas..Mana saya dapat sumber tu???...
Nanti saya story mory...hihihi...

Tapi sebelum itu..meh kita tengok kebaikkan sumber vitamin C yang saya makan@ambil..

Kebaikan dan keistimewaan Vitamin C ini:
  1. Time Released..semulajadi tanpa bahan pengawet..sesuai untuk orang yang gastrik.
  2. Bio flavonoid dlm vitamin C membantu vitamin c jadi lagi aktif..
  3. Kalau demam atau selesema untuk cepat sembuh ..Patahkan 2 biji Vitamin C dan telan...
  4. Maksud Sustained Release (SR) ,vitamin c tu akan di 'release@dilepaskan' untuk kegunaan badan secara berperingkat-peringkat..sebagai contoh vitamin tersebut ada 500mg,so,stiap 1 jam,100mg vitamin C akan dilepaskan utk kegunaan badan...
  5. Vitamin C dapat diserap dengan baik oleh badan pada dos yang rendah. Semakin tinggi dos semakin sedikit yang dapat diserap.
  6. Vitamin C ini dihasilkan bersama-sama bioflavonoids complex! Bioflavonoid ini adalah antioksidan yang sangat bagus yang hanya boleh didapati dari buah-buahan asli. Jadi, tak ade dalam vitamin C sintetik. Bahan ini mempunyai fungsi yang spesifik untuk meningkatkan kesihatan badan daripada pelbagai sudut. Bahan ini menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik, untuk kesihatan jantung, dan juga untuk alzheimer ( penyakit mudah lupa).
  7. Pelepasan dalam masa 5 jam tetapi vitamin C kekal dalam darah untuk 12 jam. Walaupun ia larut air tetapi bukan masuk terus keluar, dia akan bekerja dulu dgn sel badan sebelum dia keluar. Satu fakta tentang vitamin C ialah badan kita TIDAK boleh simpan vitamin C tapi ia diguna pakai terlebih dahulu sebelum dibuang, 
  8. Jadi dalam hal ini, Vitamin C ini bersamaan dengan kita makan oren selama 5 jam, tetapi bukan masa itu shaja kita ada bekalan vitamin C sebab tadi dia vitamin ini dilepaskan secara perlahan-lahan.

Menarikkan sumber vitamin yang saya ambil ni..hah!mesti curious nak tahu sumber nye apa..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hah inilah sumber vitamin C yang saya ambil
 
 p/s: kulit muka saya terasa perbezaannya..wehuuuuu...(kalau stop sekejap pun tak da efek pape..)

Rabu, 5 Mac 2014

Bersyukurlah..

Assalamualaikum semua..
Hari ini saya mahu berkongsi tentang rasa syukur dengan kalian-kalian..
Bukan senang kita nak wujudkan rasa bersyukur atau qanaah dengan apa yang ada..tidak banyak sedikit mesti ada rasa tidak mencukupi..pantang kita tengok orang disekeliling kita ada kelebihan kita pasti terasa..sedetik perasaan itu juga telah menjadikan kita insan yang tidak bersyukur..

Mendidik hati menjadi seorang yang sangat bersyukur dengan apa yang ada mengambil masa yang sangat lama..bukan sekelip mata..tuuppp..kita da rasa bersyukur...no..no..no..

Kadangkala...walaupun kita sudah terdidik dengan rasa bersyukur namun perasaan untuk rasa tidak bersyukur masih lagi boleh terselit di jiwa kita.. Sebagai contoh..kita ada sebuah basikal tua yang dihadiahkan oleh ibu bapa kita..(hanya itu sahaja yang mampu diberikan)..anak jiran kita pula ada sebuah basikal baru,cantik dan terkini..bila melihat basikal itu, terdetik dihati kita..kenapalah ibu ayah aku tidak belikan aku basikal seperti itu..hah!sedetik sahaja kita sudah menjadi orang yang tidak bersyukur..Lihat..sukar untuk melatih diri menjadi insan yang bersyukur..

.TETAPI.

Hakikatnya kita boleh melatih diri untuk menjadi insan yang bersyukur dengan cara sentiasa merasa cukup dan bersifat qanaah dalam semua perkara..istiqamah dalam melatih diri adalah perkara utama.



P/s: ini hanya pandangan peribadi saya..kalau ada yang salah atau tersilap maksud sudilah menegur.. (^_^)

Selasa, 14 Januari 2014

SHAKLEE dan DIRIKU

Berkenaan produk2 shaklee yg kini berada di pasaran, boleh tau, siapa ceo shaklee ni? Bangsa melayu ke atau bangsa lain? Shaklee dari US. Kenapa berurusan dengan orang bukan Islam? 

jawapan dari Ustaz Shazan Sulaiman:

Begini...pertamanya semua manusia ini adalah hamba Allah dan umat Muhammad saw.Cuma ada yg dah Islam dan ada yg belum Islam.Tujuan kita berniaga termasuk dgn bukan Islam agar kita dpt mengIslamkan yg belum Islam dan meningkatkan kefahaman di kalangan yg dah Islam.Sebab tu syarat menjadi ibadah niat krn Allah, ikut syariat, halal, beri kesan yg baik dan tidak meninggalkan perkara asas spt solat.

Balik pd sirah Nabi saw mmg jiran Nabi pun yahudi malah Nabi pernah berhutang dgn yahudi maknanya dlm konteks itu kita boleh berhubung dgn mereka selagi memenuhi syarat2 di atas.

Lagi satu ada tak sekarang ni syarikat internasional Islam yg mengeluarkan vitamin spt ni?Jadi kita boleh bekerjasama dlm masa yg sama kita juga mengguna dan membangunkan ekonomi Islam.

Ramai org tak perasan selama ni kita mengguna dan bekerjasama dgn bkn Islam cnth industri kereta, pakaian, pembuatan, perkilangan...apakah salah..tidak selagi tidak melanggar syariat.wallahualam.

Shaklee produknya ikut syariat, halal dan beri kesan yg baik..jadi tiada masalah utk bekerjasama...
Lagi satu yahudi kita boleh berhubung yg tak boleh kumpulan fanatik yahudi iaitu zionis.

Terima kasih ustaz atas penjelasan. Moga boleh bagi input pada sesiapa yang bertanya

Khamis, 19 Disember 2013

Sayang Emak!!!

Assalamualaikum semua..
Selamat pagi...
Apa khabar???

Dulu pengalaman mak sekarang pengalaman sendiri..

Pengalaman menjadi seorang ibu adalah pengalaman yang cukup indah...
Boleh dikatakan tak mungkin akan dilupakan..
Melihat anak membesar depan mata
Dari sebesar 2 jari sehingga ke besar tapak tangan..
Dari cuma pandai eekk..eek..eek..
Da pandai wuaaaa...wuuaaaa
Dan dari start terbaring sampailah pandai berjalan...
GREAT moment will never forget till the last breath..
So exciting moment, awesome dan so on...
Bersyukur sesangat...

Ringkasnya meh tengok gambar kat bawah ni hah...conclude dah setiap pengalamannya..hehehe

It memorable and awesome!!!
 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design