Rabu, 19 Mac 2014

Tips Anak Cemerlang : Dengari Anak

WIKIPEDIA

" Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:
  • perbuatan menghantar matklumat; dan
  • proses untuk bertukar-tukar maksud;
supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan"

ALAM TEKNOLOGI

" Komunikasi atau dalam bahasa inggerisnya Communication, menurut asal katanya berasal dari bahasa latin iaitu Communicatio. Komunikasi adalah suatu proses ketika seseorang atau kelompok masyarakat menggunakan informasi agar terhubung dengan lingkungannya. Pada umumnya, komunikasi terjadi secara lisan atau verbal. Komunikasi dapat terjadi jika ada persamaan antara penyampaian pesan dengan orang yang menerima pesan."

===============================================================================
 
Hah.. 
Sudah bacakan apa yang dimaksudkan dengan komunikasi..
Cuba tengok penting tidak komunikasi dalam kehidupan seharian..
Ada tidak dalam sehari kita tidak bercakap atau berkomunikasi dengan sesiapa..paling-paling pun sepatah dua mesti ada..
Sebenarnya komunikasi ini sangat penting dalam kehidupan seharian kita.Tanpa komunikasi kita tidak akan tahu apa yang hendak disampaikan lebih senang dikatakan penyampaian tidak tercapai. 

sumber google

Hari ini saya akan ceritakan betapa pentingnya "komunikasi" dengan anak-anak kita dalam membantu mereka menjadi insan yang cemerlang dalam sahsiah..
Dunia semakin canggih, semakin maju.
Kita semakin lupa dengan perkataan komunikasi. 
Pergi kerja pukul 6 pagi balik 6 petang. 
Jumpa anak-anak pada waktu makan malam (kalau bernasib baik).
Masa makan malam pula, ibu bapa, kakak, abang adik semua sibuk dengan teknologi, sampaikan tiada masa untuk bercerita a.k.a berkomunikasi.. ya perkataan komunikasi diabaikan. Sighhh..


Sebagai ibu bapa..Cuba tanya diri sendiri, berapa kali dalam sehari kita bercakap dengan anak-anak? Bertanyakan apa masalah mereka, apa aktiviti mereka pada hari itu. Adakalanya dalam sebulan boleh dikira dengan jari. Kesibukan tugas seharian di tempat kerja membuatkan kita letih dan adakalanya tiada ‘mood’ untuk bercakap.

“Mama, tadi kan Adam ambil botol air Ayesha. Lepas tu kan…dia..”

Mungkin itu antara dialog yang akan kita dengari apabila mengambil anak-anak pulang dari taska atau sekolah. Ada sahaja aduan dan laporan yang diberikan oleh mereka.

Ada ibu atau bapa yang tidak memberikan sebarang reaksi apabila si anak sibuk bercerita tentang perjalanan hidup mereka hari itu. Ada juga yang menyuruh si anak diam kerana enggan mendengar sebarang aduan lagi selepas penat di bekerja di pejabat. Sehingga ada yang sanggup mengambil anak jauh malam untuk mengelakkan diri mendengar celoteh anak-anak (kamu akan rasa kerugian suatu hari nanti.)


sumber google
Namun sedarkah kita sekiranya salah satu daripada cara tersebut di atas adalah tindak balas yang sering atau selalu dilakukan, ia telah mematikan keinginan anak untuk bercakap.
Sebaliknya kita sentiasa mahu anak-anak mendengar dan patuh dengan percakapan atau arahan kita sebagai ibu bapa. Adilkah kita? Sebaiknya kita didik anak menerusi perilaku yang kita tunjukkan sebagai orang tua.
Sebaiknya komunikasi antara ibu bapa dengan anak perlu berlaku secara dua hala. Apabila anak bercerita tentang kisahnya yang dianggap sangat penting dalam hidupnya, dengarlah dengan penuh perhatian. Berilah tindak balas yang dapat merangsang keyakinan dirinya.
Percayalah secara automatik, anak-anak juga akan tahu memberi perhatian apabila ibu bapa bercakap dengan mereka. Mereka akan menghormati dan mendengar dengan sepenuh hati kerana belajar daripada model contoh mereka iaitu anda sendiri, ibu bapa mereka.
 

sumber google

0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design