Rabu, 5 Mac 2014

Bersyukurlah..

Assalamualaikum semua..
Hari ini saya mahu berkongsi tentang rasa syukur dengan kalian-kalian..
Bukan senang kita nak wujudkan rasa bersyukur atau qanaah dengan apa yang ada..tidak banyak sedikit mesti ada rasa tidak mencukupi..pantang kita tengok orang disekeliling kita ada kelebihan kita pasti terasa..sedetik perasaan itu juga telah menjadikan kita insan yang tidak bersyukur..

Mendidik hati menjadi seorang yang sangat bersyukur dengan apa yang ada mengambil masa yang sangat lama..bukan sekelip mata..tuuppp..kita da rasa bersyukur...no..no..no..

Kadangkala...walaupun kita sudah terdidik dengan rasa bersyukur namun perasaan untuk rasa tidak bersyukur masih lagi boleh terselit di jiwa kita.. Sebagai contoh..kita ada sebuah basikal tua yang dihadiahkan oleh ibu bapa kita..(hanya itu sahaja yang mampu diberikan)..anak jiran kita pula ada sebuah basikal baru,cantik dan terkini..bila melihat basikal itu, terdetik dihati kita..kenapalah ibu ayah aku tidak belikan aku basikal seperti itu..hah!sedetik sahaja kita sudah menjadi orang yang tidak bersyukur..Lihat..sukar untuk melatih diri menjadi insan yang bersyukur..

.TETAPI.

Hakikatnya kita boleh melatih diri untuk menjadi insan yang bersyukur dengan cara sentiasa merasa cukup dan bersifat qanaah dalam semua perkara..istiqamah dalam melatih diri adalah perkara utama.



P/s: ini hanya pandangan peribadi saya..kalau ada yang salah atau tersilap maksud sudilah menegur.. (^_^)

0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design