Rabu, 15 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU..

Assalamualaikum semua!!

Sempena Hari Guru yang bakal menjelma pada keesokkan harinya...saya ingin mengucapkan

SELAMAT HARI GURU 

Kepada Mak dan Abah terutamanya...kerana mereka adalah guru terbaik saya..Terima kasih kerana sentiasa menjadi guru terbaik saya dari saat saya dilahirkan sehingga sekarang..
TERIMA KASIH MAK ABAH!!!

SELAMAT HARI GURU 

Juga kepada guru-guru SK Ledang, SMK Ledang, SM Teknik Muar, Sekolah Agama Johor dan semua-semua guru-guru yang pernah mendidik saya..

Terima kasih kerana sudi mendidik dan mencurahkan ilmu kepada saya selama ini..



Jumaat, 10 Mei 2013

Dhia owh Dhia..rindunyaaaa


Assalamualaikum semua..Salam Jumaat...

Alhamdulilah..masih bernafas dimuka bumi yang indah ni..

Jom layan gambar-gambar cinonet ibu..

Alhamdulilah..alhamdulilah..alhamdulilah..

syukur sangat-sangat si comel ibu sudah semakin membesar..

semakin bijak dan bambam.. 

Permata yang tiada nilai tandingnya..

Rindu Dhia..




Omel tak saya??



p/s: Semoga Dhia membesar menjadi anak yang solehah dan berilmu :)ya anak 

Ahad, 5 Mei 2013

Jom Mengundi!!!

Assalamualaikum semua..
Hari ini adalah hari mengundi bagi menentukan siapa yang bakal menerajui pimpinan negara..
Semalam dok bersembang dengan adik...
bercerita tentang politik..
Bermacam-macam pandangan daripada orang muda yang diutarakan..

Tapi sebenarnya ada satu ayat yang adik beri menyebabkan saya kata..itu BETUL!..

Siapa layak jadi pemimpin
Sebenarnya..kalau kita benar-benar layak untuk memimpin..
Ciri-ciri kepimpinan tersebut akan terserlah dengan sendirinya..
Dari sebelum kita menjadi pemimpin kita sudah lahirkan ciri-ciri tersebut..
Orang disekeliling akan nampak ciri-ciri tersebut..

Niat menjadi pemimpin
Apa niat kita untuk menjadi pemimpin..
Nak glamor??
Nak banyak duit?
Nak kumpul duit (eh bukan same ke??)
Nak menengakkan agama??
Nak melindungi bangsa?
dan So onnnnn........
Tetapkan niat..laksanakan..
Bukan hanya pandai mengeluarkan lontaran-lontaran suara yang lantang tetapi juga bijak dalam mengolah lontaran tersebut menjadi realiti..

Okey...Bab berkempen..
Berkempen itu perlu sebagai usaha..tapi biarlah berkempen secara sihat bukan secara emosional..
Tapi kebanyakkannya dilihat berkempen secara emosional..
Siap dengan kutuk mengutuk...come on lah guys...kita da besar..
Kita kutuk dia sepatah..sepuluh patah kutukan berbalik pada kita...
Sedar atau tidak sahaja..
konsep dia sama je macam kita menunding jari untuk kesalahan seseorang...tapi lagi empat jari menunding semula pada kita..

Kekawan..saya tidak menyokong mana-mana parti politik..
Sebab pada saya semua parti politik itu sama..
Menggunakan konsep yang sama..
Cuma pendekatan yang berbeza..

"Pesanan buat pengundi...undilah dengan bijak..jangan sampai agama tergadai, maruah bangsa tercalar, keamanan terjual..dan yang paling penting undi mengikut kewarasan mental bukan lodakan emosi.."





Ahad, 28 April 2013

Autumz Single Pump; Review


Autumnz Single Pump.

Masa mula-mula nak beli..risau juga sebab tak banyak review tentang pump jenis ni..tapi tawakal sahajalah..
Alhamdulilah...

Beberapa review tentang pam ini setelah digunakan..

Kebaikkan Autumnz Single Pump
  • Mudah untuk digunakan.
  • Sedutan tidak menyakitkan..rasa macam Dhia sedang menyusu masa mengepam..
  • Ada 2 stage untuk sedutan..saya suka guna dua-dua jenis sedutan..tapi lebih prefer T1 sebab lebih smooth..hehehe..
  • Susu alhamdulilah..(makin bertambah lebih-lebih lagi lepas ambil supplement daripada Shaklee)
  • Mudah untuk dicuci dan dibersihkan kerana pam ini sangat simple..tak banyak part yang perlu dibersihkan(Saya sukaaaa!!!)
  • Ringan
  • Boleh guna bateri dan Elektrik..(so far belum try yang baterinya.)Nanti da try saya review nye..
  • Botol untuk storage boleh guna brand OK baby atau brand Autumnz nye sendiri..saiz memang bersesuaian..so tak yah pening-pening kepala untuk cari botol Autumnz..hehehe..
  • Bunyi..So far pada saya..okey...tak delah kuat mana pun bunyinya.. ^__^
  • Harga yang berbaloi-baloi...

Keburukan Autumnz Single Pump.

  • Hanya terdapat satu pam sahaja..(tengah fikir cara untuk jadikan double).
  • Autumnz - Venting Valve yang ini mudah hilang..agaknye klu hilang lagi..saya soletp jelah...hehehe



Autumnz - Venting Valve 

Ini adalah pakej yang saya gunakan..sangat-sangat berbaloi dan menjimatkan...dalam satu pakej..boleh dapat satu set lengkap..hah!jimatkan..kan..kan...hehehe..Pakej ini boleh didapati di 


promote gitu.. :)



*Pakej Rakyat* is inspired by by our 1 Malaysia slogan whereby "Rakyat Didahulukan". OBW hope that this package will go some distance in alleviating the rising cost of living whilst at the same time bringing quality and value to our customers.

With this package, you will receive:

  • 1 unit of Autumnz Electric Steam Steriliser worth RM129.90
  • 1 unit of Autumnz Home & Car Warmer worth RM99.90
  • 1 box of Neuners Organic Nursing Tea worth RM39.90
  • 1 box of Autumnz Double Ziplock Breastmilk Storage Bag 12oz worth RM12.90
  • 1 unit of Autumnz - MARVEL Single Electric Breast Pump with 2-Stage Pumping (T1 stimulation & T2 pumping) : for effective & efficient pumping worth RM359.00
  • 1 Autumnz Cooler Bag (FREE Autumnz Air Dry Mesh Bag)** worth RM55.90
  • 3 packs of Autumnz Reusable Ice Pack worth RM23.00
  • 8 bottles of Autumnz PP Milk Storage Bottles (with FREE 2 bottles and 5 pcs Autumnz Double Ziplock Storage Bag) worth RM38.90
  • 1 pc of Autumnz Comfort Nursing Bra** worth RM39.90  (please indicate the size of the bra before Check-Out !)
  • FREE 1 unit of BPA Free Deluxe Bottle Drying Rack worth RM39.90 
  • FREE 1 unit of Receiving blanket worth RM15.90 
  • FREE 4 pcs Washable Breastpad worth RM12.90 
  • FREE RM20 One Baby World voucher to be redeemed against your future  
  • FREE RM10,000 Sum Insured Personal Accident Insurance Cover 

Update Nursing Cover

 Nursing Cover..


Alhamdulilah..nursing cover yang saya order da sampai.. Excited nak guna..
First trial guna masa kat rumah..sesaje nak test okey ke tak..so far masih belajar lagi...
simple dan mudah..

Sebenarnya masih banyak pilihan warna..boleh pilih kat 


macam-macam ada..harga sangat affordable..
Jahitan pun sangat kemas..
So telek satu persatu corak yang nak beli..terus mesej kak maz (pemilik blog)..tanya berkaitan dengan kod warna tersebut..Alhamdulilah masih ada stok..Terus order...esok bayar..dan lusa sampai..cepat, pantas dan berkualiti..

Tapi 
Cuma satu jelah..Dhia suka main tarik-tarik kain nursing ni hah..mungkin warna yang ibu dhia pilih ni comel sangat sampaikan Dhia tertarik...hehehe..So far so good.. YES!!!continue untuk Bf sampai Dhia membesar..sukaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!

Papehal pun kena berlatih untk menggunakan nursing cover sebab 19/5/2013 nak ke uitm tengok adik kesayangan convo..
wahhhh...jalan-jalan...jommm
 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design