Ahad, 5 Mei 2013

Jom Mengundi!!!

Assalamualaikum semua..
Hari ini adalah hari mengundi bagi menentukan siapa yang bakal menerajui pimpinan negara..
Semalam dok bersembang dengan adik...
bercerita tentang politik..
Bermacam-macam pandangan daripada orang muda yang diutarakan..

Tapi sebenarnya ada satu ayat yang adik beri menyebabkan saya kata..itu BETUL!..

Siapa layak jadi pemimpin
Sebenarnya..kalau kita benar-benar layak untuk memimpin..
Ciri-ciri kepimpinan tersebut akan terserlah dengan sendirinya..
Dari sebelum kita menjadi pemimpin kita sudah lahirkan ciri-ciri tersebut..
Orang disekeliling akan nampak ciri-ciri tersebut..

Niat menjadi pemimpin
Apa niat kita untuk menjadi pemimpin..
Nak glamor??
Nak banyak duit?
Nak kumpul duit (eh bukan same ke??)
Nak menengakkan agama??
Nak melindungi bangsa?
dan So onnnnn........
Tetapkan niat..laksanakan..
Bukan hanya pandai mengeluarkan lontaran-lontaran suara yang lantang tetapi juga bijak dalam mengolah lontaran tersebut menjadi realiti..

Okey...Bab berkempen..
Berkempen itu perlu sebagai usaha..tapi biarlah berkempen secara sihat bukan secara emosional..
Tapi kebanyakkannya dilihat berkempen secara emosional..
Siap dengan kutuk mengutuk...come on lah guys...kita da besar..
Kita kutuk dia sepatah..sepuluh patah kutukan berbalik pada kita...
Sedar atau tidak sahaja..
konsep dia sama je macam kita menunding jari untuk kesalahan seseorang...tapi lagi empat jari menunding semula pada kita..

Kekawan..saya tidak menyokong mana-mana parti politik..
Sebab pada saya semua parti politik itu sama..
Menggunakan konsep yang sama..
Cuma pendekatan yang berbeza..

"Pesanan buat pengundi...undilah dengan bijak..jangan sampai agama tergadai, maruah bangsa tercalar, keamanan terjual..dan yang paling penting undi mengikut kewarasan mental bukan lodakan emosi.."





0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design