Sabtu, 8 Disember 2012

Semakin Rajin

Assalamualaikum WBT...
Selamat pagi semua...

*****************************

Semakin menunggu hari semakin rajin membuat kerja..
Masa awal-awal dulu, perut rasa berat lagi jadi tengok sekeliling pun rasa tak berselera..
Tapi sekarang nh perut ada ringan sedikit, jadi bermacam-macam kerja rasa nak buat..

*****

Mak kata jangan renyah sangat, tapi sudah memang jenis yang tak reti nak duk diam-diam..
Hampir-hampir kena tahan wad akibat terlalu excited sangat dapat buat kerja..
Nasib baiklah lepas masuk oksigen, nurse kata da okey..
Kalau tidak aish..bermalamlah di hospital..hehehe..

*****

Duduk rumah mak, memacam program direncanakan dalam kepala..Pantang nampak bahan..ada je idea yang terlintas...^_^
Antaranya:

1. Tolong mak jahit baju ( dekat 10 helai siap dalam masa 2 hari)
2. Buat biskut dan kek (setiap hari, sebab setiap kali buat mesti habis)
3. Buat baju sendiri (baju mengandung dapat 2 helai)
4. Belajar buat cadar (belum sempat lagi sebab cikgu yang nak mengajar sibuk sedikit...mungkin hari ini baru dapat belajar)
5. Buat tilam bayi (batang bantal dan tilam) *on the way*
6. Kemas bilik (susun atur semula) *semalam siap*
7. Berjalan * Pantang dengar ada yang nak keluar*
8. Masih berfikiran untuk membuat kerja...hehehe..

******

Antara hasil yang berjaya dibuat..

Kek Coklat kukus 


Kek Coklat kukus yang telah dipotong-potong untuk makan


Baju Mengandung 1 * Kain lycra + lebihan kain  baju raya pelanggan mak*


Baju Mengandung 2 * Kain Satin lembut + Lebihan kain  baju raya sepupu*
Aktiviti-aktiviti yang seronok dan menjimatkan sebab tak perlu keluar duit...muahahahha..(recycle je kain-kain lebih)...
Yang penting cantik dan selesa dipakai (sebab loose dan tak panas)



* Tengah berusaha untuk mencari idea-idea kerja lain sebelum aktiviti untuk mengulit si comel dimulakan*






0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design