Jumaat, 23 November 2012

Semakin Dekat Semakin Berdebar


Semakin menunggu hari semakin berdebar-debar rasanya..
Perasaan bercampur baur..
Ditambah dengan cerita-cerita daripada orang-orang yang lebih berpengalaman..
Cerita-cerita jururawat(bila follow up untuk check up)...
Perasaan seronok+tak sabar+takut+gementar dan bermacam-macam lagi..

************

Seronok - sebab tidak lama lagi bakal bertambah seorang lagi ahli keluarga..
Tak Sabar - sebab nak tengok si kecil yang selalu bergerak-gerak dalam ni.. masa scan ari tue dapat tengok die tersenyum rasa nak nangis..tapi tahan-tahan..(tipu da menitik dah pun air mata masa tu)
Takut 1 - sebab nurse kata biasanya anak pertama ambil masa yang lama dan kena gunting..seminggu tak dapat tidur dengan nyenyak sebab fikir pasal tu. Ya Allah permudahkanlah..
Takut 2- sebab masa ini nyawa kita dihujung rambut. Tawakal kepada Allah yang sangat penting.
Gementar- sebab masih tak de pengalaman pape tentang bersalin. Tapi dalam gementar-gementar ni selalu buat lawak kat mak "nanti si kecik ni keluar mak sambut ea."..hehehe..adik-adik pula tiap2 hari cakap, push kak..push..(ape diorang ingat bersalin nh mcam nak berak ker???ayoyo)

****************

Untuk minggu-minggu yang terakhir ni..aku usahakan mencari pokok akar fatimah..
Sepatutnya masa usia kandungan da masuk tujuh bulan aku da kena mula minum..
Tapi tak tahu nak mencari dekat mana..hehehe..
La nh bila da terdesak tebalkan muka jelah tanya orang-orang taman dan saudara mara..Alhamdulilah..rezeki aku..dapat juga aku cari akar siti fatimah (mudah-mudahan dipermudahkan masa bersalin nanti (In Shaa Allah))..Aminnn..

Lepas dapat terus bersihkan kemudian rendam dalam air bersih untuk buang habuk-habuk yang melekat..
Atuk kata kalau da dekat nak bersalin pokok tu akan kembang dengan cepat.. Mak pula kata kalau buah daripada pokok tersebut jatuh, maksudnya da nak bersalin..fuhhhh~~
Susah juga nak percaya.. tapi bila direndam, sekejap je kowt pokok tersebut berkembang dengan mekarnya.. daripada bentuknya macam gambar dekat bawah :

Sumber : Daripada blog Ben Ashaari

Terus jadi macam ini.

Sumber : Daripada blog mrshairina

Bayangkan cepat betul perubahan pokok tersebut..Bertambah gementarlah jiwa dan raga..hehehe..semua ini usaha tetapi yang menentukan tetap Allah SWT.. Yang penting, jangan sesekali kita lupakan padaNYA..
Banyak-banyak istigfar, baca doa untuk dipermudahkan dan sentiasa memohon padaNYA..
 

3 ulasan:

akubersamaCahya berkata...

utk apa ye kak akar tu???

miznurul berkata...

Insyaallah semoga dipermudahkan.. jgn pikir byk2.. just feel it.. hehe.. mandai2 jer kita.. apapun rileks kay

wawa_syazwani berkata...

iqa: orang tua-tua kata antara usaha untuk memudahkan bersalin..ada yang panggil akar siti fatimah

Kak long: aminnn..hehehe..tgh amik feel nh..da lama tak g umah kak long..nnt nak ajak emi g..rindu ngan si bubu..^_^