Sabtu, 8 Disember 2012

Tanda-Tanda Awal Untuk Melahirkan

Assalamualaikum WBT..
Hehehe...selamat pagi dan salam sejahtera..
Ceh macam nak jadi MC pula nya..

******

Sempena hari sabtu yang indah dan ceria dengan sinaran mentari saya ingin berkongsi cerita sedikit..(ececeh)..
Saja nak kongsi cerita berkaitan dengan tanda-tanda awal untuk melahirkan..
Setiap kali online, mesti cari maklumat berkaitan dengan kelahiran..
Yelah..anak pertama tak da pengalaman lagi..
Pengalaman mak dan mak mentua da berbelas tahun..
Jadi kenalah google di Internet berkaitan dengan tanda-tanda awal untuk lebih alert..

******

Google punya google, terbacala satu blog ni, yang bercerita tentang tanda-tanda awal kelahiran.. 
Apa yang diceritakan hampir sama dengan yang dialami, dan disebabkan oleh itu, jom kita baca:

  • Perut dah nampak turun - kebiasaan nya bila perut dah nampak turun ni mungkin dalam masa 2 minggu anda akan melahirkan anak. (bila dah nampak tanda ni kena la ambik langkah berjaga-jaga).
  • Sakit celah kelangkang, nak berjalan nak duduk dah rasa berat, senak atau x selesa bahagian tu.
  • kerap buang air kecil, boleh kata baru buang nak buang lagi la :-) sebab bayi anda sudah turun kebawah dan mula menekan pundi kencing.
  • Dapat merasakan bayi mengeras. macam perut tegang rasa tak selesa macam sakit senggugut. (mungkin lebih dari itu).
  • Kerap buang air besar. kata orang tua, proses pembersihan sebab bayi nak keluar, so dia nak bersihkan perut kita dari ansir2 luar. supaya bila bersalin bersih je..
  • Kerap terkentut, buang angin.
  • sakit belakang, ini di sebabkan bayi anda sudah mula menekan tulang belakang anda kerana beralih posisi atau kedudukan, so rajin-rajin lah berjalan, dan buat senaman macam merangkak atau suruh suami urutkan belakang anda.
  • Pecah air ketuban, tapi sebenarnya jarang berlaku. kebanyakkan kes doctor yang akan pecahkan air ketuban anda. ciri-ciri air ketuban ni ialah, banyak, jernih tanpa bau dan tidak melekit. orang tua-tua panggil kembar air.
  • Kontraksi yang kerap dan berlanjutan macam setiap 5 minit. jadi segeralah ke hospital. kalau rumah jauh keluar awal takut lahir dalam kereta pula.
  • Keluar lendir pekat bercampur darah dr vagina, menunjukkan rahim sudah mengecut dah bayi dah nak keluar.orang tua-tua panggil kembar darah. sangat sakit. 
Sumber [ klik disini ]


Perhatikan tanda-tanda yang mungkin sudah ada pada anda dan berwaspada.

Namun begitu, setiap orang mempunyai tanda-tanda yang berbeza ya..
Ini cuma rujukan sahaja...hehehe

Okeyla..nak mengikut en suami pergi berjalan-jalan..Assalamualaikum..





0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design