Isnin, 12 Disember 2011

Seronoknyeeeeeeeeeee TESSSTTT!!!!

Sumber Mr Googles

Test aplikasi memang seronok sangat. Pemikiran aras tinggi. Serius aku rasa tercengang sekejap. Okey2 soalan yang pertama tu confirmlah aku blurr kejap. Soalan yang kedua tu, Alhamdulilah aku dapat jawab. Cuma betul atau salah jawapnya aku tak pasti, yang penting YAKIN. Selesai aku menjawab soalan no 2, aku berbalik semula untuk menjawab soalan no 1. Duduk diam-diam, tengok kiri, tengok kanan, apa lagi senyumla sorang-sorang sambil menjawab. Duk goyang-goyang kaki sambil mengharap yang jawapan tu akan datang sambil bergoyang-goyang..HAMEKO. Helo..helo..mana adalah jawapan datang bergoyang-goyang kalau ko goyang kat kaki.Hehehe.

PADAN MUKA HANG! Itula ayat pertama yang aku bagi pada diri aku. 2 hari masa yang ada aku g wat aktiviti ntah pape je, tapi seronoklah..paling tidak aku dapat hilangkan stress aku.habis kad kahwin menjadi mangsa aku.hihihi.

Sesaja sahaja

Hari Jumaat aku sibuk mengemas bilik yang da macam tongkang tak reti nak pecah tu. Sapu sampah, basuh baju, lap meja dan so on la. Siap semua aku mengadap buku untuk PSM laptop sekalila. Sehelai muka surat aku baca, aku jeling-jeling kat FB aku. Kot-kotla ada berita terhangat dipasaran. Kali ini aku buat kajian berkaitan dengan AUTISME. Lari dari bidang asal aku iaitu Teknik dan Vokasional. Aku minat nak kaji tentang budak-budak autisme ni. Pada aku diorang ni unik. Ramai lagi yang tak sedar atau kurang tahu mengenai AUTISME. Nanti ada masa aku update entri pasal AUTISME. Setiap hari ahad aku sudah ada temujanji ke KL. UKM destinasi yang aku tuju. Kelas berkaitan dengan AUTISME anjuran Dr Hasnah Toran menarik minat aku untuk mempelajari tentang AUTISME. Walau bagaimana pun, aku tak dapat nak ikuti kelas dia setiap minggu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Antaranya kekangan masa. Test dan pelbagai dugaan dan cabaran lain. Yang mana aku berkesempatan aku ikut. Esoknya test, Ahadnya ada kelas kat UKM, jadi apa yang aku boleh buat adalah kurangkan masa tidur aku dan study. Sepanjang perjalanan aku ke sana, kertas nota tu tak lekang dari tangan aku. Paling best aku baca sampai tertidur. Nasib baikla aku tak mimpi apa yang aku baca. Kalau mimpi, gerenti aku skor gila-gila lah dalam test tadi. Tetapi apa-apa hal sekali pun aku tetap bersyukur sebab aku masih dapat menjawab test tadi. Yang paling penting semester ini adalah semester TAWAKAL bagi aku. Usaha dan terus berusaha dengan semangat yang membara dalam menyiapkan segala tugasan dan cabaran serta dugaan yang mendatang.

Layan Lagu kejap:












From Mr Affendi 2011 : Our Attitude will determine our Altitude


2 comments:

akubersamaCahya berkata...

betul akak. sem tawakal =.='

akak ulang alik eh? good luck with ur PSM.

wawasyazwani berkata...

tengkiu watiqah..for a few month only..by now da ada balik kat snh je..hehehe

Gud Luck for ur PSM tooo (^____^)

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design