Sumber Mr Googles |
Dalam bulan ini, pelbagai ragam dan karenah yang aku belajar dan lihat. Tidak dapat dinafikan ragam yang aku lihat dan, karenah yang aku hadapi adalah ujian Yang Maha Esa berikan pada aku. Menyedarkan aku tentang sesuatu perkara yang aku lupa dan mungkin tidak aku sedari. Aku belajar mengenal siapa,kenapa dan mengapa. Belajar mendidik hati menjadi sabar dan redha dengan ujian ini. Yang paling penting belajar bersyukur dengan ujian yang telah diberikan. Dalam kebaikan itu juga ada ujian. Panjang pula aku membebel. Sebenarnya kali ini aku nak berkongsi tentang cara untuk menegur. Mungkin ini tajuk yang biasa tetapi dari pemerhatian yang aku lakukan sukar hendak mencari orang yang dapat mempraktikkan teguran yang berhikmah. Teguran secara belakang; sindiran,kutukan,kejian,makian dan so on, teguran secara berdepan pula bila dikhalayak ramai dan difokuskan pada yang hendak ditegur. Kalau secara rambang maksudnya siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya. Seelok-eloknya tegurlah kesalahan yang dilakukan bila kita berhadapan atau berdua sahaja dengan individu yang kita hendak tegur. Walau macam mana baik pun niat kita, teguran yang kita lakukan kepadanya dihadapan orang ramai akan menjatuhkan maruah dia. Cuba letakkan diri kamu dalam keadaan individu tersebut? Apa perasaan kamu? Bengangkan. Itu adalah tindakan refleks yang kita lakukan. Mungkin kita akan mendiamkan diri? Tersenyum atau terus pergi je dari keadaan tu. Kalau yang menegur tu adalah rakan sebaya, adik beradik mungkin boleh kita lakukan. (agak kurang sopan bila kita tetiba beredar). Tetapi jika yang melakukan teguran itu adalah orang yang lebih tua dan orang yang kita hormat dan orang yang berilmu (tahap kematangan dan ketinggian ilmu melebihi aku). Apa yang kita lakukan? Boleh ke kita pergi macam tu sahaja. Aku bukan seorang individu yang petah atau mahir dalam agama dan aku juga ada melakukan kesalahan. Tetapi aku tidak dapat menahan hati aku dan diri aku dari memperkatakan soal ini. Islam itu indah. Pelbagai perkara diambil kira oleh Islam. Tetapi selalunya kita akan lupa tentang perkara yang digariskan oleh Islam. Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah,
PERTAMA : TIDAK MERENDAHKAN EGO ORANG YANG DITEGUR:
Maksudnya (dari sisi pandangan dan kefahaman aku) jangan sesekali kita menegur kesalahan yang dilakukan oleh suami/isteri rakan, sahabat, ibu bapa, guru, anak murid dan sesiapa sahaja dihadapan orang ramai (khalayak ramai). Ia bukan sahaja menyebabkan individu tersebut bengang tetapi dalam masa yang menjatuhkan maruah dia. Sebagai contoh, seorang guru pembimbing menegur konsep pengajaran tentang tajuk yang anda ajar itu salah dihadapan pelajar-pelajar anda. Apa perasaan anda? Malu? Apa pandangan pelajar anda terhadap anda? Kan lebih elok setelah selesai mengajar, guru pembimbing tersebut memanggil anda dan menerangkan tentang kesalahan yang anda lakukan dan membimbing anda. Maniskan?
KEDUA : MENCARI WAKTU YANG SESUAI.
Maksudnya, jangan sesekali kita tegur jika rakan, sahabat, ibu bapa, guru, anak murid dan so on sedang berada dalam keadaan tertekan atau sedih atau marah. Bukan apa, silap hari bulan makan sumpah seranah, makan penampar atau sepak terajang (melampau!). Mungkin anda boleh menegur meraka semasa kamu tengah berbual-bual, masukan kata-kata yang tersirat. Sebagai contohnya semasa kamu sedang berborak-borak tetiba lalu seorang rakan kamu yang dahulunya seorang yang free hair dan sekarang telah menutup aurat. Comel je aku tengok A nh. Aku sedang bayangkan kalau kamu pun memakai tudung seperti dia mesti lagi comel.(sesuai ke tak contoh nh aku tak sure) hehehe..
KETIGA : MEMAHAMI KEDUDUKAN ORANG YANG DITEGURMaksudnya janganla ko main hentam je. Sebelum tegur, fahami keadaan nya dulu. Ni tak, ko tegur macam ko rasa diri ko tu bagus sangat. Da baik sangat. Jangan lupa tiada manusia yang sempurna dalam kehidupan ni. Contohnya sebelum ini, dia tak pernah buat perkara seperti itu, tetiba dia buat. Dengar dahulu alasannya sebelum kamu menasihatkannya. Walau apapun yang dia lakukan itu tetap salah. Tak salah kita mendengar sebelum menasihat atau menegur.
Akhir kata dari saya, sepotong kata-kata dari IMAM SYAFIE:
"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi, maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai."
"Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)LIHAT...DENGAR...PERHATI...NASIHAT..
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT : Teguran itu sesuatu yang indah jika dilakukan secara berhikmah ( wansya, 2011)
wawasyazwani.blogspot.com
0 comments:
Catat Ulasan