Ahad, 10 Julai 2011

CIPTAAN MU

Oleh Seindah Sutera pada · 05hb Julai 2011


Sungguh aku terpana,
Dengan kehebatan-Mu,
Engkau Maha Agung,
Bagi segalanya,
Aku takjub, aku kesamaran,
sungguh indah ciptaan-MU.


Alam ini indah,
tempat tinggalsang makhluk,
pesonanya tiada tandingan.


Lautan bergelora dibuai ombak,
Angin menderu selembut bayu,
Malam berseri dengan sang bulan,
Siang menawan bersama suria,
Sempurnanya tersergam megah.




Ya Allah...

0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design