Isnin, 11 Julai 2011

CUKUP!!!!

Bila hati telah dirobek..
Cukuplah sekali...
Tiada aku mahu mengungkit..
Tetapi sakitnya Allah sahaja yang tahu..
Buat apa terhegeh-hegeh menagih kasih yang tak sudi...
Umpama menanguk pada air yang keruh..

CUKUP!
Bertahun menahan tapi rasa sudah tidak mampu..
Tidak mampu untuk membohongi apa yang dirasa..
Aku tidak mampu menipu diri lagi..
Aku berusaha yang terbaik tetapi mungkin tidak setanding dengan dirinya..
Aku mengalah bukannya tanda kalah..
Aku cuma mahu ketenangan..
Mahu kamu gembira..

Aku melihat dirimu..
Umpama meminta simpati tetapi tidak..CUKUP!..dan CUKUP!..
Terasa sakit kerana aku tidak suka melakukan semua ini..
Maafkan aku seandainya aku terkasar dengan kamu..
Tetapi aku tidak dapat menahan sekiranya kamu menyakitinya..
Menyakiti hatinya umpama kamu menyakiti hatiku..
Setitis air matanya menitik kerana kamu umpama selautan pedihnya pada aku..

Maafkan aku..sukar untuk aku melupakan apa yang telah kamu lakukan pada aku..
Agungnya kamu mengangkat darjat dirinya umpama dia adalah malaikat..
Hinggakan aku kamu dilihat hinanya dihatimu..
Ya aku tahu..mungkin dia itu lebih baik..
Mungkin dia itu segalanya bagi dirimu..
Tapi aku mahu kamu ingat..
Aku juga sebahagian dari hidupmu..

Aku pohon kemaafan darimu andainya selepas ini..
Aku hanya melihat kamu dari jauh..
Mendiamkan diri, menjauhkan diri darimu..
Mungkin itu yang terbaik..
Mungkin itu dapat membahagiakan dirimu..
Hanya doa dapat ku pohonkan pada Yang Esa..
Supaya melindungi dirimu..


**tiada kena mengena dengan diri penulis..cuma melihat, mendengar dari yang realiti**

0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design