Semalam 9 Julai 2011 berlakunya satu demonstrasi jalanan yang telah diketuai oleh S.Ambiga..
Terus terang aku katakan..aku tidak kenal siapa itu S.Ambiga dan lansung tidak ambil pusing tentang kehadirannya..
*Sedikit coretan tentang siapa S.Ambiga dari blog ini.. [sini]
Ada aku kisah..(omongan dalam hatiku)..tapi kenyataannya aku sangat mengambil berat sesuatu yang bakal merobek keamanan bumi Malaysia..bukan kerana apa..kerana aku merasakan bumi Malaysia adalah aman kehidupannya..
Dalam mendengar berita tentang demonstrasi jalanan yang dilakukan..aku terfikir sesuatu...apakah tidak cukup dengan apa yang kita miliki? Adakah sejarah dahulu tidak menyedarkan kita?
Demonstrasi jalanan..
Ada baik buruknya..pada aku tidak salah untuk melakukannya tetapi bukan atas kepentingan peribadi..yang baiknya..pihak yang ditujukan demonstrasi akan lebih mengambil iktibarnya..yang buruknya pula bila demonstrasi ini kerana kepentingan sesuatu perkara..Ya kerana politik..manusia yang bertindak dan mengambil kesempatan ke atas sesuatu perkara..
Aku melihat, aku mendengar dan aku sedih kerana ini..kerana yang terlibat adalah MELAYU..Melayu Islam atau Islam..
Melayu Islam hanya pada nama dan IC sedangkan ia tidak sesungguhnya..
Islam adalah insan yang berpegang dengan agama itu sendiri sebagai asasnya..
Bukan mudah untuk menjadi seorang Islam tetapi mudah untuk menjadi seorang Melayu Islam..
Fikir dan renungkanlah..
Kerana aku lihat kita dikurniakan akal, kanan dan kiri..kita dikurniakan mata hati untuk membaca,untuk mengkaji dan untuk berfikir seterusnya untuk menilai..
Apa guna ada Al-Quran andai ia hanya sekadar bacaan dan perhiasan?
Apa guna As-sunnah hanya dirujuk ketika perlu?
Apa guna ada akal jika tidak dapat digunakan?
Apa guna mata hati jika tidak dapat menilai?
Maafkan aku sekiranya luahan aku mendatangkan masalah..ini hanya pandangan yang pada aku tiada kepentingan..
0 comments:
Catat Ulasan