Sabtu, 16 Oktober 2010

Dari satu cerita..

Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu
tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.Jangan kesibukan menyebabkan kita jarang lagi memberi masa, perhatian,
senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita. Jangan hanya mengucapkan
kalimah-kalimah cinta yang bersifat ‘kosmetik’.... Tetapi
luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat dilihat dan
dirasakan.

Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan. Temuilah bahagia ketika kita mencarinya. Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.
Carilah harta, tetapi genggamlah cinta.
Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan
diabaikan cinta itu walau sekelip pun.

 

Tiada ulasan: