Khamis, 3 Oktober 2019

Pengalaman Bersalin Aafiyah Part 2

Part 2

Di dewan bedah (OT)

Antara Hidup dan mati..itulah perasaan yang aku rasa masa aku berada di dalam dewan bedah, Doa tak perlulah aku ceritakan bermacam-macam doa yang aku baca dan aku mohon dari yang Esa. Tawakal dan redha aku semat dalam hati. Kalau ada apa2 yang berlaku telah aku sampaikan pesanan. bermulalah aku ditolak masuk ke dalam bilik OT. sempat berjumpa mak,abah dan suami. Mohon doakan yang terbaik. Di dalam bilik OT aku bertemu dengan doktor pakar bius, aku perlu dibius separuh badan. Doktor pakar menerangkan consequent yang bakal berlaku selepas disuntik bius, jujur aku katakan pada masa tue fikiran aku kosong, apa yang doktor pakar terangkan hanya lalu di halwa telinga aku. Yang aku ingat, awak akan rasa sejuk, dan kalau bius tidak berfungsi kita akan bius penuh. 

Aku didudukan di atas katal OT, dan disuntik dengan beberapa suntikkan..kemudian dibaringkan. Soalan pertama doktor selepas dibius, boleh cuba angkat kaki? Berat doktor, saya tidak rasa apa2. Okey..start dari itu bermula episod torehan di bawah perutku. Doaku semoga anak aku tidak makan najis dan selamat..Gigilan tidak perlu aku kabokan..sejuk yak mat, tetiba terfikir, beginilah rasanya jika di alam kubur, cuba bezanya aku masih bernyawa dan berseorangan bersama-sama dengan orang asing. 
Badan terasa sangat sejuk, aku rasa berapa pek air suam(agaknya yang doktor bekalkan) tak dapat membendung rasa kesejukan aku. Dalam aku rasa kesejukan yang teramat aku sempat bertanya kepada doktor, doktor kenapa sejuk sangat, ayat doktor, sabar puan, baby da keluar kita bagi suntikan untuk panaskan badan puan nya..baiklah doktor...tiba-tiba....

''Doktor, baby dah nak keluarnya?" soalku..sebab aku terasa goncangan yang sangat kuat dan tiba-tiba badanku terasa hangat dan ringan. Bunyi suara tangisan si kecilku terasa aku nak menangis tapi aku bersyukur sebab anakku selamat dan sihat alhamdulillah. Tepat jam 2.37 pagi lahirlah si comelku aafiyah. Ditunjukkan kepada ku untuk melihat dan mengetahui jantina dan terus dibawa ke NICU untuk pemantauan. Dan bermulala sesi menjahit luka setelah aku dilapah.

Tepat jam 3.30 pagi aku ditolak ke dalam wad bersalin, dan dipindahkan ke katil wad. Bermulalah episod aku untuk cuba kentut, kencing, berak dan makan setelah selesai ceaser. Selesai je aku boleh kentut, minum tiub kencing dicabut dan aku terus terasa nak kencing..perghhhh seksanya nak berjalan..sakit yakmat..berulang kali nurse tanya untuk ambil ubat tahan sakit tapi ko ni memang keras hati..setiap kali tulah engkau menolak..oh nooo...now ko tanggunglah hazab sebab tolakkan..padan muka!!!

Lepas ceaser 3 hari aku tak mandi, cuma ke tandas untuk yak-yak, kencing dan salin pad, mandi cuma basahkan rambut sebab sejenis aku bukan orang yang boleh tahan kalau tak mandi..rimassssssssss...huhuhu..
Anak aku alhamdulillah..doktor kata bila disedut tiada tertelan najis..syukur yang amat. Dan aafiyah dapat dicaj awal dari NICU. Rindu dengan anak..asik dok tanya nurse je bilalah anak ku nak datang jumpa..huhuhu..bila da sampai, puas ku gigit pipinya..hahaha..blas dendam weyh sebab tak dapat gigit masa lepas dia keluar..kihkihkih..

Dak bambamku..

Selesai cerita tentang aku berada dalam dewan OT, next part pulak aku cerita tentang caraku berpantang ceaser..pengalaman 1st untuk aku dan ibuku..mcmna aku handle luka yang terbuka. Ngeri jugaklah..huhuhu..dengan trauma sebab ceaser..Nanti aku kongsikan part 3, part terakhir..mungkin boleh jadi rujukan kawan2 yang terpaksa ceaser untuk selamatkan anak..see yaaa...muuuaaaahhhhh

0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design