Jumaat, 24 Mei 2013

Uitm Convocation...

Assalamualaikum semua...
Yaa..baru sempat nak berblog...
Sibuk sesangat lagi-lagi bila da nak mula cuti sekolah...
Mana tidaknya mula je cuti sekolah da bermulalah minggu teknik dan vokasional..
So 2 minggu sebelum bermulanya acara yang besar, pelbagai persiapan yang perlu dilakukan..
Saya pula ditugaskan sebagai AJK cenderahati..
Menyiapkan hadiah yang diperbuat daripada kain felt sebanyak 136 pc terdiri daripada 

i. keychain
ii. penanda buku
iii. klip buku

Tapi syukurlah ramai juga cikgu yang menolong...kalau saya seorang yang menjahit jawapannya parahlah...hehehe

Eh???...Cerita selingan je kat atas tue...sebenarnya saya nak cerita tentang majlis convocation adik saya yang ketiga..

Hari Sabtu 18 Mei 2013

Saya sekeluarga gerak dari rumah pukul 11 pagi..singgah AEON buat-buat kerja sikit kat sana, terus pergi jemput adik no 2 yang kerja kat area batu berendam.. Okey settle yang nh

Tiba dekat RnR Ayer Keroh, jumpa mak abah, makan-makan, tandas-tandas.. settle..gerak...adalah dalam 2.30 gerak..lambat2..

Jalan-jalan...driving punya driving..abah pun telefon..okey nak ko masuk tol Bangi.. (saya dan suami da blurr)..ish..bio beno bapak aku nh...macam da salah jalan je (ayat macam konfiden je bakal sesat)...hahhaa

Kami pun beloklah ke tol Bangi..pastu adik no 2 pula telefon...hahaha..CONFIRM!!! memang sesat...so bincang punya bincang..kami pula yang jadi pilot...(asal mula abah yang jadi pilot)..

So kami pun turun tol sg besi dan mencari pulau indah..hah pastu abah telefon suh g cari AEON Bukit Tinggi..otw ke sana da tak de sape-sape jadi pilot sebab da kena ganti dengan GPS yang asik membebel kalau salah jalan...wuaaaaa...

Tetibaaaaa....hahahha
Saya mengetuk2 cermin tingkap..hah! nak tahu kenapa????
Sebabnya saya sudah dapat melihat kereta yang bakal menjadi pilot untuk ke Kristal Inn..iaitu pak cik saya...muahahaha...dengan senyuman lebar kami follow je lah kereta tue...hahhaa

Sampai dekat Kristal Inn adalah dalam pukul 6.30 petang..siap check in dan segala bagai.. time to bath...ini kes lagi best...adik punya baik budi, pintu air tercabut..nasib baik diorang semua tue kaki memomen barang...jadi terpasanglah semula..yehaaa...
 Okey..settle mandikan Dhia, kami pun mandi..
Sebab nak bersiap g makan..

Tepat pukul 8 malam pak cik datang untuk ajak g makan...memang terbaik tempat makan tue...melelh air liur.. tapi biasalah kalau da penat badan..makanan sedap pun jadi makanan biasa..sebab kepala dah nampak bantal...wala..wala....hahahha

Hari Ahad 19 Mei 2013

Hah..ari nh memang best..sebab hari konvo adik...so sampai kat sini dalam pukul 12 lebih sebab mak dan abah da gerak dulu..kami sekeluarga yang lambat..
Mula-mula kena parking kat tempat letak kereta yang telah disewa khas oleh UiTM, 
Lepas tue naik bas ke UiTM.
Lepas tue kena tunggu sampailah habis majlis, bergambar bagai barulah gerak balik..

Tue je..tapi sebenarnya saya nak puji sistem pengurusan pihak UiTM dalam memastikan setiap kebajikan insan-insan yang datang ke konvo adik, anak, cucu atau segalanya terjaga.
Dari awal sampailah habis majlis..TOP TEN!!! hehehe...bukan apa..sebab saya rasa perjalanan majlis tersusun.. tue aja..

SO da abes ringkasan cerita..jom layan beberapa keping gambar Dhia bergraduat..yahaaaa

Sila abaikan yang dibelakang..


Bantal kesayangan saya


MUncung saya sama tak dengan pak cik saya?

No Komen...hahaha






Rabu, 15 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU..

Assalamualaikum semua!!

Sempena Hari Guru yang bakal menjelma pada keesokkan harinya...saya ingin mengucapkan

SELAMAT HARI GURU 

Kepada Mak dan Abah terutamanya...kerana mereka adalah guru terbaik saya..Terima kasih kerana sentiasa menjadi guru terbaik saya dari saat saya dilahirkan sehingga sekarang..
TERIMA KASIH MAK ABAH!!!

SELAMAT HARI GURU 

Juga kepada guru-guru SK Ledang, SMK Ledang, SM Teknik Muar, Sekolah Agama Johor dan semua-semua guru-guru yang pernah mendidik saya..

Terima kasih kerana sudi mendidik dan mencurahkan ilmu kepada saya selama ini..



Jumaat, 10 Mei 2013

Dhia owh Dhia..rindunyaaaa


Assalamualaikum semua..Salam Jumaat...

Alhamdulilah..masih bernafas dimuka bumi yang indah ni..

Jom layan gambar-gambar cinonet ibu..

Alhamdulilah..alhamdulilah..alhamdulilah..

syukur sangat-sangat si comel ibu sudah semakin membesar..

semakin bijak dan bambam.. 

Permata yang tiada nilai tandingnya..

Rindu Dhia..




Omel tak saya??



p/s: Semoga Dhia membesar menjadi anak yang solehah dan berilmu :)ya anak 

Ahad, 5 Mei 2013

Jom Mengundi!!!

Assalamualaikum semua..
Hari ini adalah hari mengundi bagi menentukan siapa yang bakal menerajui pimpinan negara..
Semalam dok bersembang dengan adik...
bercerita tentang politik..
Bermacam-macam pandangan daripada orang muda yang diutarakan..

Tapi sebenarnya ada satu ayat yang adik beri menyebabkan saya kata..itu BETUL!..

Siapa layak jadi pemimpin
Sebenarnya..kalau kita benar-benar layak untuk memimpin..
Ciri-ciri kepimpinan tersebut akan terserlah dengan sendirinya..
Dari sebelum kita menjadi pemimpin kita sudah lahirkan ciri-ciri tersebut..
Orang disekeliling akan nampak ciri-ciri tersebut..

Niat menjadi pemimpin
Apa niat kita untuk menjadi pemimpin..
Nak glamor??
Nak banyak duit?
Nak kumpul duit (eh bukan same ke??)
Nak menengakkan agama??
Nak melindungi bangsa?
dan So onnnnn........
Tetapkan niat..laksanakan..
Bukan hanya pandai mengeluarkan lontaran-lontaran suara yang lantang tetapi juga bijak dalam mengolah lontaran tersebut menjadi realiti..

Okey...Bab berkempen..
Berkempen itu perlu sebagai usaha..tapi biarlah berkempen secara sihat bukan secara emosional..
Tapi kebanyakkannya dilihat berkempen secara emosional..
Siap dengan kutuk mengutuk...come on lah guys...kita da besar..
Kita kutuk dia sepatah..sepuluh patah kutukan berbalik pada kita...
Sedar atau tidak sahaja..
konsep dia sama je macam kita menunding jari untuk kesalahan seseorang...tapi lagi empat jari menunding semula pada kita..

Kekawan..saya tidak menyokong mana-mana parti politik..
Sebab pada saya semua parti politik itu sama..
Menggunakan konsep yang sama..
Cuma pendekatan yang berbeza..

"Pesanan buat pengundi...undilah dengan bijak..jangan sampai agama tergadai, maruah bangsa tercalar, keamanan terjual..dan yang paling penting undi mengikut kewarasan mental bukan lodakan emosi.."





 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design