Isnin, 30 Ogos 2010

Bila aku geram...



nh muka aku bila tiba ari isnin..hahaha...stress nak g sekolah...nak bgn tido..nak ngadap muka2 pelajar yang baik budi..hohoho
Rutin harian:

kul 6.40 pg je aku da kelam kabut...harap je bgn awal..tapi hampeh!..tetap nak g kul 6.40...sebelum tido selalu gtau kat mak...esk nak g sekolah awal..kul 6.30pg...tpi bile tiba masanya..kul 6.40 gak aku bertolak...hohoho....da tue apa lagi...vroomm...vroom..vroommm....pecut jgn tak pecut...janji leh cepat sampai..(opss!!!kwn2 yg lain dilarang meniru aksi2ku...hanya pemandu yang terlatih sahaja)..ececeh...

Tiba di sekolah....
datang ngan senyuman...buang semua sifat malas aku...kononya..hohoho(aish cekgu apakah ini)...





tapi bila nak masuk satu kelas nh...hohoho
nh ler muka aku....adoyai!

STRESS!STRESS!STRESS!
kenapa????al sebab biarlah rahsia..hohoho....abes kelas je..muka aku
hahaha.....hehehe...


p/s: aku saje berkongsi cerita...kuikuikui..klu tak best sorylah yer...secara ringkas apa yg berlaku disekolah pada hari ini...


Sabtu, 28 Ogos 2010

Aku dan Pelajar

ELEKTRONIK...

Aku mengajar dan belajar...

cikgu : pelajar, mcmne simbol bg LED- diod pemancar cahaya?
hanif : cikgu, segitiga langgar tembok!..

tersenyum aku mendengar ayat yang pelajar aku bg..secara automatiknya..aku trus mendapat idea..

Add caption
Add caption




cikgu : terima kasih haniff...k, pelajar2 sekalian..untuk memudahkan awak mengingat simbol LED..awak igt ayat nh..kereta langgar tembok kuar asap..kereta = segitiga, tembok= garis l, asap= anak panah kuar..



2 hari selepas kejadian

cikgu : assalamualaikum semua..saya nak mengimbas semula pengajaran yang lepas..
          berikan saya simbol bagi LED.
pelajar : cikgu, kereta langgar tembok keluar asap..

selesai melukis rajah bagi simbol LED, aku terangkan pada pelajar mcmne nak bezakan antara kaki +ve dan -ve dalam simbol..sebab dalam rajah..aku suh pelajar ingatkan yang katod tue -ve..asal nampak pendek dari yang satu lagi tuelah katod atau -ve

cikgu: untuk igtkan yang mana adalah positif dan yang mana negatif awak tgk pada bahagian simbol yang     
          mana lebih besar dan itu mewakili +ve.
          Untuk perintang pulak, org besar lalu pintu kecik..itu maksud bagi perintang.

yang aku nak sampaikan kat cnh..walaupun kita sebagai guru..kadang2 kita akan belajar sesuatu yang baru dari pelajar kita sendiri..sebab aku sendiri tak terfikir simbolik dalam mengajar simbol LED dan maksud perintang...hohoo

PESANAN RASULLAH S.A.W

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini... Amin

Selasa, 17 Ogos 2010

Hari ini...

Orang kata jadi cikgu tue senang..
Orang kata jadi cikgu tue best...
Orang kata jadi cikgu tue seronok...
Orang kata jadi cikgu tue tak banyak keje...

Tapi aku kata....

Jadi cikgu tue senang klu faham perangai pelajar...
Jadi cikgu tue best klu pelajar faham apa yang kita ajar...
Jadi cikgu tue seronok klu pelajar hormat kite...
Jadi cikgu tue memang kena banyak keje...klu tak pelajar tak pandai...

Sekian pepatah dari aku...

Sabtu, 14 Ogos 2010

Ketika Cinta Bertasbih..


Dua watak yang aku minat dalam cerita ini...walaupun da lama..dan mgkn da ketinggalan..tetapi aku suka dengan cerita ini..cerita yang penuh ngan unsur-unsur keislaman..ketabahan dan kesabaran..ketinggian budi pekerti..so many positive influence yang boleh aku perolehi...

Bagaimana seorang wanita dan seorang lelaki yang saling menyintai dalam diam..tidak terluah..dan pasrah serta redha bila salah seorangnya bernikah...dalam cerita ini juga menunjukkan betapa JANJI ALLAH s.w.t itu benar..Seandainya jodoh itu mmg sudah tertulis..lambat atau cepat pasti bersama...sujud kesyukuran dilakukan..
BEST STORY!!!
10/10 star..

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design