Khamis, 17 Januari 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


Sementara sibuk untuk menunggu IV a.k.a temuduga..
saya nak berkongsi ilmu tentang PPPM 2013-2025
PPPM atau Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Boleh download PPPM di link ini 
[ LINK ]

MUKA HADAPAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025


11 ANJAKAN YANG DILAKSANAKAN DAN BAKAL DILAKSANAKAN SECARA BERPERINGKAT



ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA




LALUAN PENDIDIKAN MALAYSIA



Yang ini pula berkaitan dengan 

PELAN STRATEGIK INTERIM KPM 2011 - 2020


Boleh download  di link ini 
[KLIK]




Ilmu yang bermanfaat perlulah disebar-sebarkan...tak begitu kawan-kawan??
Diharap perkongsian ini dapat memudahkan kita untuk memperolehi maklumat yang berkaitan dan juga memudahkan saya dan kawan-kawan menghadapi temuduga nanti.
AMINNNNN...
(^_______^)




p/s: doakan semoga cepatlah ditempatkan di sekolah..tak sabar nak mendidik anak bangsa...haih...kpm ke...spp ke...copat-copatlah nyo...



Yeay!!! Da Sampai....


Semalam tak sempat update..Dhia tak nak lepas..Aish si comel ibu sorang nh...cium banyak-banyak baru tahu...geraaaammmm...hehehe...
Lagi pula semalam Dhia kena timbang..naiklah dalam 200gram...
Alhamdulilah....syukur sangat-sangat...
Tak pe naik sikit-sikit yang penting sihat...^_^

*****

Hokey..bukan itu yang nak cerita...saya nak cerita tentang barang yang saya order..
Fellina Inchloss dan juga Karihome (susu kambing)..
Yeayyyyyyy!!!!!!
Semalamnya Nutox yang sampai...
Esoknya Fellina Inchloss dan Susu Karihome sampai...
CEPAT !!!...
Suka sangat-sangat...hehehe



Fellina Inchloss Lotion...
Bau wangi (macam pakai minyak wangi uoallllsss)
Rasa selesa sangat bila guna...BEST!!!



Sample susu karihome...mula-mula ingat nak suruh Dhia minum..tapi sekali tulis
"Goat Whole Milk Powder for ADULTS"
Haih..... =.=!!






Isnin, 14 Januari 2013

Nutox Oxyfusion


Alhamdulilah....

Hari tue masa mengandung, ternampak satu survey yang Nutox buat..
Jadi tangan ni gatal-gatal mengisi survey..
ape tak nye, kalau jawab survey dapat free gift..
hehehe....(bab hadiah free memang faveret den)

*
*
*
*

Tapikan..kan..kan...yang sebenar saya da terlupa da pasal survey yang diisi..
Tetiba pagi tadi adalah seorang mamat call..
tanya nama, alamat umah, macam mana nak ke sini,
so dengan suara yang serak-serak basah (baru bangun tido sebab Dhia tak tido dengan nyenyak semalam)
saya pun terangkan dengan serba ringkas...
dalam hati fikir..owh nh mesti susu karihome yang sample sampai.. (^____^)..
cepat betul..
Disebabkan tengah sibuk mengurus Dhia mandi, jadi tak perasan bungkusan da sampai...so emak tersayang yang tolong terima..hehehe..
Mak siap cakap..kecik je wani sample susu yang dia bagi...
ala mak...tak pelah janji ada sample..boleh try tengok macam mana...
Tapi rupa-rupanya..tersilap...hahaha...

Excited mak tolong buka, sebab nak tengok macam mana contoh atau susu tersebut..
sekali...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TAAAADAAAAAA...

Inilah dia...


NUTOX OXYFUSION keluaran yang terbaru...hehehe..
Boleh try..tapi nak tunggu Nutox yang lama abes..hehehe..

Sedikit review tentang produk ni yang dicedok dari sumber FB [ link ]





Yang BB Cream tak dapat la...hehehe..
Buat masa ni guna Cosmoderm nye sunscreen.. ala yang wane kuning tue..
Siyes memang terbaik sunscreen die..muka mulus tulus je rasa..confident je keluar dari rumah..
Bila pakai Nutox sebagai basic pastu guna sunscreen, tambah bedak cosway yang wane biru..dengan lip ice..
Hokey settle...
Da boleh berjimba-jimba...hehehe..
Yang penting simple dan ringkas..
(alasan sebenar sebab tak suka dan tak pandai bersolek)...
=.=!!!


Okeyla...time untuk makan sebelum baby Dhia bangun tido...










Dhia Masuk NICU



28 . 12 . 2012 - 30 . 12 . 2012

Dhia dimasukkan ke dalam wat kanak-kanak atau lebih dikenali sebagai NICU..
Asebabnye kuning yang  tinggi.. sebelum sampai masa 24 jam kelahiran..
Doktor berlari menghantar Dhia ke sana..
Saya pasrah..
Bila doktor datang untuk wat check up, saya akan tanya macamne dengan baby?
Bila saya boleh g tengok??
Dalam pukul 9.30, seorang nurse datang gtau saya untuk mengemas barang, sebab saya akan dipindahkan ke wad kanak-kanak..

Lebih kurang dalam pukul 12.30 saya bergerak ke wad kanak-kanak..
Punggahlah segala barang yang dibawa untuk diletakkan di wad yang bakal saya bermastautin entah berapa hari...
Lepas letak barang dikatil yang disediakan..
Saya dan en suami terus melawat Dhia..
Sedihnye masa tue tuhan jelah yang tahu..
Sudahla duduk dalam econ a.k.a penghawa dingin yang sangat sejuk,
Dhia cuma pakai pampers je..menggigil-gigil si comel..
Hati ibu mana yang tidak tersentuh..tapi depan en suami, 
masih tahan air mata... =.=

**********

Selama Dhia berkampung di NICU, 
Kerisauan tentang Dhia semakin bertambah, bila ada seorang nurse beritahu 
kalau kuning masih tak turun berkemungkinan kena tukar darah..
owh!!!mahu rasa menangis rasanya time tu..
Tapi keyakinan bahawa Dhia pasti akan baik dalam masa terdekat nh ditambah dengan keyakinan yang Allah itu sentiasa bersama dengan saya,
buat saya masih mampu menahan air mata.

*********

Setiap kali bagi Dhia BF, saya tidak lupa memberi Dhia minum air zam-zam..
Kenapa???
Sebab saya YAKIN, 
Kalau doktor tak bagi baby minum air masak sebab air masak tidak mengandungi apa-apa khasiat,
Tapi air zam-zam nh lain, 
Kalau tidak takkanlan hati Rasulullah S.A.W dicuci dengan air zam-zam..
betul tak???
Berbekalkan rasa hati dan tawakal yang tinggi, saya suakan air zam-zam untuk Dhia..
Dhia macam suka je minum.. Budak bertuah sungguh
3 kali bagi minum, keesokkan harinya,
Kuning Dhia dari bacaan 218 mendadak turun ke 164, (bacaan asal kalau tak silap 245)
Kalau ikut kiraan nurse 245/17 = 14.4
Tapi bila turun kepada 164 /17 = 9.65...

Syukur...Alhamdulilah..Alhamdulilah..Alhamdulilah..

Hari itu juga Doktor benarkan Dhia dibawa pulang.

Tapi selepas Dhia duduk bawah single photo..
Sebab nurse masih nak pantau, 
sebelum ini, 
Dhia duduk bawah intensif photo,
Kalau duduk bawah single photo, kuning mendadak tak naik..
itu yang nurse katakan pada saya..
Senyuman tetap terukir walaupun dalam hati bercampur baur perasaan..
Hanya Allah sahaja yang tahu...




**********


Ea??? ^_^
Nurse tak de bgtau yang baby boleh balik lebih awal..
Jadi masa Baba Dhia datang melawat, 
Tak de prepare atau kemas pape pun..
Bila nurse beritahu suruh sain borang perlepasan,
kami macam orang mamai..hahaha!!!
Time tue memang lawak gile..SIYES!!!...
Nurse suruh bayar bil dulu kemudian baru keluar lepas serah resit..
En Suami da menonong keluar, pastu sebelum sampai pintu, dia tanya
" Kalau guna GL? "
" Kalau En ada GL, En da boleh bawak barang sekali keluar "
 "Hah!!" Terdiam kejap..
Pastu tanya balik..betul ke boleh balik terus??
Tak yah naik balik??
Betul En..Doktor tak de beritahu ke dengan puan??
Tak de2..cepat2 saya gelengkan kepala..
da memang tak de..takkan nak cakap ada..betul tak??

Tapi senyuman dah meleret-leret da sampai ke telinga...cume antara sedar dengan tak sedar jela...
kihkihkih...

*********

Scene termamai sekejap...sebab satu dapat pulang awal, 
sebab dua barang tak kemas, 
sebab tiga Dhia pun tak salin baju...

******
Macam lipas kudung kami berdua buat kerja..
Siap salin semua..
Bungkus kain baju dalam beg.. (main sumbat jela)
Terus check out dari hotel NICU...
Dalam kelam kabut bungkus kain baju, tak perasan TERbawa balik kain lampin hospital..
Maaf nurse..nanti saya dah habis pantang saya pulangkan semulanye... (^_^)..
Jangan marah...

Dhia masa dalam NICU..cian anak ibu, menggigil sejuk..kuat
Dhia genggam tangan ibu masa tido..


Habis tangann Dhia kena amik darah setiap hari.. 






P/S : Keyakinan yang Utama adalah keYAKINan kepada ALLAH SWT..air zam-zam hanya sebagai pengantara untuk menyembuhkan.. (^_^) ... Selain daripada Doa yang tidak putus-putus dari semua...Terima Kasih  (^_^)





Ahad, 13 Januari 2013

PENGALAMAN BERSALIN ANAK SULUNG


..KENANGAN 2012..

Tahun 2012 membawa berjuta kenangan yang tidak dapat dilupakan. Antaranya :

1. Perkahwinan saya dengan insan yang paling saya sayangi.


2. Habis belajar dan graduat.


3. Melahirkan si comel.
4. Dan bermacam-macam lagi.



*********

Tapi entri kali ini, entri tahun baru saya nak berkongsi cerita tentang pengalaman bersalin. 
Pengalaman yang paling terindah dalam hidup saya. Dan tidak boleh dilupakan..
Sepanjang proses mengandung, dalam hati sentiasa terdetik, kematian semakin menghampiri..
Bukan mendoakan kematian diri sendiri tetapi sentiasa mengingatkan diri bahawa 
apabila tiba saat untuk melahirkan adalah tibanya saat untuk bertarung nyawa.
Atuk pernah cakap, saat melahirkan adalah umpama telur dihujung tanduk.


********

Setiap kali buat search internet mesti cari entri berkaitan dengan pengalaman-pengalaman blogger.
Setiap doa dan zikir yang dicadangkan diamalkan. 
Makan pantang dipelawa. 
Paling kesian family (terima kasih mak abah dan adik2) dengan En Suami..
Bersyukur sesangat En Suami ini seorang yang sangat penyabar dalam melayan 
karenah isterinya. Terima kasih Sayang..
Kejap-kejap nak makan yong tau fula, pizza, kimchi, mee goreng mamakla..macam-macam lagi..
Bak kata mak " ko nh mengandung buruk lantak betul "
Bila kandungan berusia 7 bulan ++, saya da duduk rumah mak.
Abah paling tak betah kalau tetiba saya kata nak makan ini, atau itu.
Sedaya upaya dicarikan..takut cucunya meleleh air liur masa lahir...hehehe ^_^
(dapat makan semua pun time tido suka main air liur, ntah ikut sapela tuh)

Tapi ALHAMDULILAH..setakat ini tak dela makanan yang tak dapat dimakan.
Yang paling teringin sebelum bersalin adalah g jakel nak cari kain buat baju. Kihkihkih...sompat2..
Adalah dalam 3-4 kali turun naik tangga tue, semata-mata nak cari kain yang ada offer dalam pamplet..
TAPI...
hampes!!!!... huh!!tobat da tak nak percaya iklan JAKEL lagi!!!


 *******

18 . 12 . 2012

Sesaja membuat CTG di hospital. Jantung baby okey tetapi diminta untuk merujuk ke doktor.
Doktor membuat pemeriksaan. Diseluk..tiada bukaan..
Tetapi..
Tetap kena tahan wad sebab bayi dalam kandungan mengeras 2-3 kali dalam masa 10 minit 
dan mengeras selama 25-30 saat.
 tetapi kena tahan wad takut bayi lemas.
Siap doktor kata, 
"Awak masuk wad ea ari nh"
muka saya 
=.=
Memula tak nak juga tetapi memikirkan kandungan da masuk 38-39 minggu, baikla saya setuju.
Siap tanya doktor kena masuk air tak??
Bila kata tidak, saya pun jawab okey doktor. En suami pun tercenggang sebab saya setuju duduk wad.
(Untuk anak ibu, ibu tak kisah)
Beritahu mak..
Kelam kabut mak. Kesian ngan mak..
Malam dalam pukul 9 lebih keluar lendir bercampur dengan darah.
Tapi tak rasa sakit pun..hehehe

********

19 . 12 . 2012

Pepagi semasa jururawat melakukan pemeriksaan rutin, bayi mengeras. 
Bila tima doktor check, baby okey.. tak de mengeras, jadi doktor kata 
" Okey, awak boleh balik ari nh " 
Muka gembira. Bila doktor check fail laporan jururawat pagi tadi..ayat doktor
" Puan kena duduk sehari lagi nh..sebab ada contraction..banyak kali dan lama "
Okey.. =.=
Petang kena seluk lagi. Tapi still tiada bukaan.
Dalam hati "Yeah, confirm esok balik"..
hehehe....

********

20 .12 . 2012

Doktor buat check up macam biasa, tak de laporan yang tidak menyenangkan..
Alhamdulilah, syukur boleh balik..
hehehe...
Yeay!!!boleh berjalan lagi...

*********

26 . 12 . 2012

Check up macam biasa di klinik desa sialang.
Beritahu nurse nak wat scan kat poliklinik hidayah, jasin.
Masa check up kat sana, doktor kata,
" anak pertama biasanya lama, awak boleh jalan-jalan lagi. Dalam masa seminggu banyak-banyaklah berjalan "
" Baik doktor, saya mendengar arahan "
Okey En Suami, silalah bawak saya ke Jakel Segamat.. hehehe
En Suami menjawab..no..no..no..
=.=
Hokey!..kita g Jakel Melaka jela ngan Nagoya.
Sambil menyelam minum air..nak tengok baju raya sekali sebenarnya..
Pinggang da rasa menyengat2 sebenarnya time tue..sekejap2 baby mengeraskan diri. 
Terdetik dalam hati, takkan aku nak beranak malam nh..Owh tidakkkkk!!!!
Tapi disebabkan da terbiasa rasa macam tu, jadi perasaan tersebut diabaikan..

*********

Lepas g berjalan di Jakel, terus balik Muar, malam tu sempat pesan dengan 
En suami nak makan yong tau fu..memang sodappppp!!!!..
Sebenarnya, En Suami ajak g jejalan gak malam tue..ntah nape, rasa penat sangat...lotih den..
pas makan terus tido...
Niat bangun pagi nak solat Isyak terus nak buat solat hajat...jadi..
kroih...kroih...kroih...


*********

27 . 12 . 2012

Pukul 4 pagi da terjaga..
Aduh..tak tahan ni nak kencing...
Malas betul nak berjalan ke tandas..
Selalu cakap ngan En Suami
"boleh tak letak tandas kat sebelah katil?"..
Hah! tengok..punyalah malas isteri awak nh kan...+_+

TETIBA!!!!

Allah!!tuela perkataan pertama yang keluar,
Eh?Aku period ke???
Eh!ape da..aku mengandunglah!
Aku tumpah darah ke??
Mustahil?
Orang kata tumpah darah mesti sakit menyengat, mak pun cakap macam tue..
Ni tak sakit pape pun..
Bukanlah tue..(dalam hati risau gak)
Keluar tandas..sambung baring semula..
Pastu rasa nak terkencing lagi..
Ke tandas, buang air keluar darah gak..
Terdiam kejap..
Masuk bilik..termenung..
Termenung fikir, nak g hospital ke tidak..adalah dalam masa 10-15 minit berfikir..
Siap mesej adik suh tanya pandangan mak..(ape kes!!!).
Padahal En Suami sebelah je.. (*_*)

Mak kata, g hospital..kejut  En Suami, ajak g hospital..ayat En Suami masa bangun tido
" air ketuban da pecah ke yang? "
Muka si isteri =.=!

" Takla..keluar darah je, jom g hospital wat check up..kot2la saya nak terbersalin hari nh kan...
Tapi tak kot...doktor kata seminggu boleh jalan2 lagi..muka konfiden je"

Sampai hospital, buat pendaftaran, doktor wat check up..
Dengan senyuman..okey kita masuk wad ea ari nh..
La kenapa doktor..
Da buka 3cm da nh..
hah *_*!!
Awak tak rasa sakit??
Tak de pun doktor...rasa sakit macam mane tue doktor??
^_^ tue jala yang doktor balas

************

Masuk wad, pukul 11.00 pagi lebih kurang (+- masa ), kena wat check up..
Okey da buka 4 cm..
terus masuk labour room..
Dalam kul 12 lebih, doktor pecahkan air ketuban..
Dekat pukul 2, bukaan 5 cm, doktor tolong buka lagi bukaan,
dekat pukul 3 buka dalam 7cm..pastu nurse masuk tanya kalu da rasa nak meneran tahan..jangan teran dulu..takut koyak dalam..
Tapi masalahnye..rasa asik nak terkencing je..sampai satu tahap,
sempat saya bertanya kat nurse, boleh tak kencing atas katil nh? nurse kata...
kencingla...hahaha...memang harula..sampai 2 kali salin alas...da kata nak terkucil..mane boleh tahan ma..


*********
Aaabannggg....huhuhu...sakit, nak terberak ni yang...huhuhu...tak tahan...Allah...pastu baca doa nabi yunus..
sakit makin kerap dan kuat, nurse bagi suntikan tahan sakit pun, masih rasa sakit..
En Suami banyak kali panggil nurse, bila bukaan da betul2 penuh 10cm mungkin (sebab da nampak kepala baby) Nurse suruh push...
Time ni la...peranan En Suami sangat berharga..tak putus2 dia suh bernafas dengan cara yang betul..
kata-kata semangat (dalam masa tu pun En Suami sempat buat lawak)...
Tapi sakitnya time tue, hanya zikir dan tawakal pada Allah sahaja yang dapat membantu..
Bila nak meneran keluarkan kepala baby, tenaga hampir habis, nasiblah ada En Suami..
tolong pangku..rasanya kalau tak de, mesti da tak bermaya..
Masa tu rasa semangat + rasa nak menangis sebab terharu + dan bermacam-macam perasaan bercampur baur.. tapi syukur...

tepat jam 3.57 petang, lahirlah seorang puteri yang sangat comel yang dinamakan

DHIA NUR IRDINA BINTI SYAHDA SYAHMI
dengan berat 3.25 kg


Rasa kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana selamat melahirkan seorang lagi hamba Allah yang bakal berbakti untuk menegakkan agamanya..amin...

Ibu dan baba doakan semoga Dhia menjadi anak yang solehah, yang baik budinya, yang pintar dan cerdik dan sentiasa berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat...aminn

Dan setelah lahirnya puteri yang telah ku kandung selama 9 bulan, maka bermulalah proses ku berpantang..
YEHAAAAAA... =.=!!!!


Buat En Suami, terima kasih kerana sudi menemani saya semasa proses melahirkan si comel,
menjaga saya sepanjang di hospital dan selama berpantang + mengandung..
Mak + Abah, terima kasih sebab sentiasa bersedia melayan karenah anakmu yang pelbagai walaupun anakmu nh da berumah tangga..
Mak + Ayah, Terima kasih sebab menjaga menantumu ini semasa mengandung dan bermastautin di hospital
Adik-adik, terima kasih kerana sudi melayan karenah akak kamu yang macam-macam nh..hehehe

Terima Kasih Semua yang mendoakan, menjaga dan semuanya...





Next Entri: Saya akan cerita tentang pengalaman selepas bersalin dan proses berpantang ^_^




 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design