Sabtu, 6 Jun 2015

Alternatif Rawatan Selsema dan Batuk.

Assalamualaikum semua!!!...

Lama gila rasanya da tak berblog..Last menulis Disember 2014...bersawang-sawang da blog ni rupanya...
Hari ini sesaja menulis..kerja memang berlambak dan dah tak tahu nak mulakan yang mana dulu...so biarlah dulu..

Kisah hari ini pasal rawatan alternatif untuk batuk dan selsema..Memang suka kongsi cerita kalau pekara tu baik dan memberi manfaat. hehehe...

Rawatan Sonotron...apa yang korang tahu tentang rawatan sonotron..Biasa dengar tapi mungkin tak biasa pergi...meh aku tepek sekeping gambar tentang rawatan sonotron ni.


Agak2 kalau tak jelas korang googlenya...hihihi...
Secara ringkasnya rawatan sonotron ni rawatan yang menggunakan teknologi luar negara. Caranya macam pistol panjang pastu tembak kat bahagian yang sakit.

Kenapa aku pilih Rawatan Sonotron??
Yelah..Rawatan Sonotron ni bukannya murah..sekali rawatan je da berpuluh2..baik g klinik @ hospital makan ubat..baru berapa RM kan...huhuhu...
Al sebabnya anak aku yang sungguh bertuah kalau nak makan ubat payahnya siap berbedung...tapi ubatnya bukannya masuk banyak....dari boleh baik dalam masa 2@3 hari berlanjutan sampai 2-3 minggu...sanggup nak bagi anak makan ubat lelama macam tu??tidaklah ku katakan...yang ni tang ubat...

Pastu try buat precaution...alaaa yang guna stim panas tu..banyak jugalah lendir yang kuar..tapi kesannya muka keluar bintik-bintik merah...hmmmm...satu kes pula da takut jadi alergik..

Step seterusnya guna nasal spray...bolehlah tapi bila tidur malam hidung tersumbat...satu kerja lagi nak kena sapu vicks..bersihkan hidung...jawapannya makin tak sihatlah sebabnya tak cukup tidur..BAik anak atau maknya...waaaa..

Lastly..setelah bincag ngan suami amik keputusan untuk cuba rawatan sonotron..yang ni alternatiflah...memang da tawakal..Call tanya pasal rawatan, bayaran, apa yang perlu dilkukan...so da rasa puas hati.decidelah pergi kat klinik An-Nur kat Batu Berendam tue... nak buat sekali je..hahaha...tapi al maklumlah...bila da kena  jumpa doktor, kena consult..okey Doc saya ibu yang menurut perintah...as long anak saya sihat..

Secara ringkasnya rawatan kena buat dalam 6x. So far baru 2x buat da nampak perubahan..selsema masih ada tapi da sangat berkurangan..kalau tidak asal bangun pagi je ..mesti hidung cemomot dan tersumbat (pakej ku katakan)..Alhamdulilah...syukur...

Pesanan ringkas...Duit boleh dicari tapi kesihatan anak sukar diganti... :)

Gambar Klinik An-Nur





0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design