Lama sungguh aku tak mengemaskini blog aku. Banyak sangat perkara yang berlaku semester ini. Sibuk menguruskan jadual waktu. Supaya hari Jumaat tiada kelas petang kerana dan hoyyehhh aku sudah berjaya.
Setiap hari khamis bermula dari pukul 11 pagi aku tiada kelas sehinggalah hari Isnin jam 8 pagi. Penukaran waktu pembelajaran rekacipta berjaya kerana kelas aku majoriti adalah perempuan. dan sebelum tu memang ada kelas di N30. Alhamdulilah..Jumaat aku boleh mengadap PSM pula ( ye ke??)
Sebelum tukar REKACIPTA kepada hari SELASA |
Semester ini aku bawa cuma 15 kredit. Nak kata banyak takla juga. Cuma semester ini aku ada subjek yang agak banyak kerja contohnya
1. Perladangan
2. Rekacipta
3. Projek Sarjana Muda 1.
Ini semua projek yang menggunakan masa yang banyak untuk mengadap. FUH!..tapi aku tetap bersyukur..sesibuk mana pun aku..aku masih ada masa untuk makan, berjalan dan bermain internet (facebookla)..
1. PERLADANGAN
Perladangan ini memerlukan aku pada semester ini (macam terbalik je baca?). Subjek ladang kali ini aku kena menternak ayam..mak aiii..aku ingat senang je nak jaga anak ayam. Sekali susah da. Aper cer orang kata senang. Pepagi sudah kena ganti alas a.k.a cadar tempat anak-anak ayam tidur. Kemudian aku kena pastikan makanan ayam tersebut ada dan mencukupi sehingga petang. Tengahari pula aku kena pastikan anak-anak ayam masih ada makanan dan ganti alas. Petang pula macam biasa, ganti alas, bagi makan dan minum.
Aku ni udah la penggeli orangnya. Dulu masa aku zaman kanak-kanak aku paling anti betul dengan tahi ayam. Pantang ada ayam yang berak dalam kawasan rumah aku memang siapla ayam tue aku kejar sampai tak cukup tanah diorang lari (zalim sungguh). Tak sangka pula bila da masuk Universiti ni kena bergelumang dengan anak-anak ayam. Ada masa aku story anak ayam jenis ape yang aku kena jaga sampai begitu cerewet. Anak-anak ayam aku da ada nama kumpulan iaitu "HAPPY FEET" sebab, diorang ni perangai macam mak-mak angkat diorang. Mulut tak geti diam. Mana tidaknya setiap kali mak-mak angkat diorang datang, macam tak pernah jumpa walhal setiap hari berjumpa..ececeeehhh..Tapi seriusly aku enjoy belajar subjek ni. Kalau tak jumpa sehari rindunya macam setahun tak jumpa..hahaha Boleh gitu nyeee...
2. REKACIPTA
Antara subjek yang paling aku minati sebab, aku memang suka berangan atau berimaginasi tentang sesuatu perkara. Semester ini, bukan Puan Fadillah yang mengajar kami tetapi Dr Dzulkifli yang mengajar. Seronok dengar dia mengajar. Idea, penerangan beliau memang MANTOPPPP!!!..tapi satu jela kalau beliau bercakap memang tak berhenti macam beri ceramah.. tapi SYIOKKK woooo.
Semester ini kami diberi tajuk berkaitan dengan GREEN TECHNOLOGY. Apa itu green technology?? Ada sesiapa tahu? Okey saya akan cerita pada post yang akan datang. Untuk wat projek rekacipta ini, kami kena bentuk kumpulan. satu kumpulan ahlinya 4 orang. Antara ahli-ahli yang ada dalam kumpulan aku adalah
1. Siti Hajar Binti Mohd Amin ( Ketua)
2. Farafadillah Binti Mohd Hussin
3. Azliani Binti Abdullah
4. Aku sendiri.
Subjek inilah yang tetiba je muncul pada hari Jumaat petang. 2 minggu aku ambil masa untuk arrange jadual suapaya kelas Jumaat petang dapat dianjakkan pada hari Selasa Petang. Jadi pada hari selasa petang akunya kelas start dari pukul 8 pagi sehinggalah pada pukul 5 petang. Minggu ini da kena start bentang sketching tentang projek yang kami nak buat. Setiap kumpulan kena bentang sketching diorang pada Dr Dzul tadi, jadi sekirannya satu kumpulan mengambil masa lebih kurang dalam 1/2- 1 jam, aku anggarkan kumpulan aku next week. Lagi pula aku tak sempat nak buat sketching.
3. PROJEK SARJANA MUDA 1.
Hah!ini subjek sangat menakutkan aku. Satu semester ini aku kena bercinta dengan subjek ini. PSM ini sama je dengan FYP (Final Year Project) cuma dekat UTM ni, diorang panggil PSM (nama melayu).hehehe. Tajuk yang aku nak buat kajian ni agak komplikated la sikit. Tapi aku tak kisah sebab aku minat dengan tajuk ini. Mula-mula aku tak nampak gak apa yang perlu aku buat tapi setelah berbincang dengan 3 orang pensyarah ; 1 Penyelia aku, 2 orang penyelia tidak rasmi, barula aku nampak ke mana aku nak tuju. Aku kena buat secara kualitatif bukan kuantitatif. Macam tak logik pula rasanya, tapi orang kata kalau da minat susah macam mana sekalipun kita tetap akan berusaha. Betul tak??
Sebenarnya kalau diikutkan kualitatif ini agak sukar untuk kita lakukan tetapi sebab responden aku tidak ramai jadi aku perlu lakukan dengan secepat mungkin. Aku perlu cari lebih kurang dalam 3-5 orang responden yag ada autisme dan sekarang berada di IPTA. Salah satunya adik aku sebagai responden tapi lagi 2-4 orang tu manalah aku nak kebak ea??. Tak pe la aku akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk mencari maklumat yang sepatutnya.
Buat setakat ini, ini jela dulunye..
0 comments:
Catat Ulasan