Khamis, 23 Oktober 2014

Jeruk Mangga Asam Boi


Sedapnya.....sedapnya...terliur-liur rasanya..Mangga sudahlah susah nak dicari, dan..dan.. time ni pula keluar pasal ni...



Pinjam gambar en google..hihihi...

Setiap hari duk kata ngan suami soh cari mangga muda bang sebijik atau sepuluh biji...tapi mana hado...yang hado kat pokok tengah melayut-layut...huhuhu...Nak beli mahal gilerrrrr...sebekas RM 10..fuhhh..berpeluh dengar harga...menangis mak nak...

Pastu g lah google kat pak cik google cari resepi...


4 biji mangga muda (besar)
Sepaket asam boi
10 sudu besar gula
10 biji cili padi (cincang)
Garam (sikit je)

Senang je rupanya...bahan semua da ada kat rumah...yang tak de cuma mangga muda je...hihihi...
Nanti kalau da buat aku update ea..hihihi..until then...jumpa lagi...hihihii..



"Hendak Tahu Rahsia Sihat,Cantik dan Langsing sambil menyusukan anak" "Rahsia anak ceria, anak aktif, anak sihat??" email:nurulsyazwanisaliman@gmail.com atau sms / wassup 0182272235 InshaAllah akan cuba membantu :)

Sabtu, 18 Oktober 2014

Saya Tidak Pandai..

Assalamualaikum semua!!!
Didoakan semoga sihat dan sejahtera hendaknya..amin..

Cerita hari ini..saja-saja nak isi masa lapang..
Dhia tidur, aku??
Kerja melambak-lambak..
Otak serabut je tengok kerja yang melambak-lambak tue..
Tapi kaalu tidak dibuat lagilah bertambah-tambah melambaknya...weeehaaa.
So bila ada masa lapang saja-saja menaip artikel. 

Hari ini aku nak share kesilapan-kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Yes!! aku memang tak pandai dalam bab-bab anak tapi for surelah selalu gugel, selalu perhati, selalu membaca dan selalu...selalu...selalulah..Dan yang menjadi mangsa ujikaji adalah Dhia.

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesalahan orang tua dalam mendidik anak-anak. yaitu;

1)   Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai dzuriat ( Keturunan ).
2)   Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai dzuriat.
3)   Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4)   Memaki dalam menegur kekhilafan anak-anak.
5)   Tidak berusaha mevariasikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6)   Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7)   Melahirkan suasana yang kurang akrab ketika makan.
8 )  Membeda-bedakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9)   Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak mengantar-menyambut anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah (piknik & olahraga) anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan &minuman yang tidak halal.
18) Tidak memberi contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan waktu untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang baik.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengekang kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktivitas anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayani pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Sering mengungkit sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman kepada anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
40) Tidak menganjurkan anak-anak hidup bekerjasama.



Rabu, 15 Oktober 2014

PT3

Assalamualaikum semua..
Apa khabar?
Sihat diharapkan selalu.
13/10/2014 - 16/10/2014 
Pentaksiran Pusat 2014 (PT3).
KHB da selesai..Jumpa pelajar..pelajar kata soalan tidak terlalu susah..boleh jawab..cuma 1@2 soalan yang ditinggalkan kosong..lega rasanya..yelah..syukur ke hadrat Ilahi..sebab yang berkata sedemikian adalah pelajar kelas last bagi KHB ERT..Pelajar cina terutamanya..Sebelum masuk peperiksaan PT3 sempat berulang kaji dahulu dengan pelajar..titipkan pesanan..titipkan tips terakhir..mana tahu ada yang berguna..Yang penting aku yakin dengan pelajar aku..aku tahu mereka boleh lakukan..mudah-mudahan KHB ERT terus mencapai 100% cemerlang tahun ini..



Tahun ini berazam untuk siapkan lagi nota tingkatan 1,2 dan 3 bagi pelajar Tingkatan 3 untuk persediaan PT3 Tahun hadapan..
Kalau Rajin Daku akan upload di dalam blog..hihihi

Selasa, 14 Oktober 2014

SHAWL BUTTERFLY HASIL TANGANKU

Assalamualaikum semua.....
Apa khabar??
Hopefully sihat dan Alhamdulilah semuanya..
Lama sudah tidak ku berkunjung ke blog..tak sempat sebenarnya..Entri yang sebelum ni pun main tangkap muat je..Masa yang dibekalkan 24 jam tidak cukup. Macam-macam kerja yang kena selesaikan. Dari sekolah ke bisnes. Ye saya memang minat bisnes..KENAPA??? Sebab mak dah latih anak-anaknya untuk berdikari dengan bisnes. Mak memang bijak dalam pencaturan untuk berbisnes tapi anak-anaknya masih bertatih lagi.

Sekarang baru mencuba untuk menjual Shawl...
Macam-macam paten shawl yang ada dicuba buat, Shawl Butterfly, Shawl Oblong, Shawl Halfmoon dan Shawl Empat segi tepat. Harga memang boleh tahan..kalau boleh memang tak nak lebih dari RM30 sehelai..bergantung pada kualiti kain dan kelebaran serta meter kain.

First time buat Shawl Butterfly mak terus kata," Mak cuba satu. Nak pakai g taklimat GST kat KKTM "...boleh aja...

Jom layan gambar kat bawah: 

Model ku yang cun melecun...hihihi..LOVE U MAK....

Warna-warna yang ada. Senang pakai senang basuh. (^_^)

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design