Rabu, 2 Oktober 2019

Pengalaman Bersalin Annur Aafiyah Part 1


Part 1


Syuh...syuh..p jauh2..bersarang da akunya blog..3 tahun bai tak menulis.otak pun da tepu..tepu setepu2nya..oh my ayat..sekarang aku lebih suka menulis kat insta..sharing kehidupan seharian aku..but bukan semua kisah aku aku cerita dalam insta..cuma lebih mudah dan lebih cepat...gituuu..

Hari ini aku nak bercerita tentang kelahiran anak aku yang ketiga. Very precious baby. Satu pengalaman yang aku sendiri tak jangka dan tak terfikir. Why aku cakap macam tu. Inilah kali pertama dalam hidup aku bersalin secara ceaser. Ya aku tak pernah terfikir nak bersalin secara ceaser a.k.a operation. Selalu dengar cerita kawan-kawan tentang bersalin secara ceaser. Tak pernah dalam hidup aku memperlekehkan orang yang beraslin ceaser sebabnya pada aku berbanding normal ibu ceaserian more HEBAT!!!..Meraka tak fikir tentang nyawa diorg tetapi lebih utamakan nyawa anak. Yes! kalau ada peluang confirm diorang nak bersalin normal. Senang jaga dan cepat sihat, tapi siapa diorang untuk menidakkan apa yang telah ditetapkan dalam perancangan Allah SWT. Macam aku..aku emergency ceaser,unexpected experience.

ANNUR AAFIYAH my little one yang diberi nama seindah rupanya.

21/8/2019
Aku ke kk kuala sungai baru sebab da rasa sakit yang aku rasa maybe da ada bukaan.
bila doktor buat pemeriksaan da ada bukaan 1.5cm. Request untuk balik ke kampung, serba salah doktor nak bagi tapi melihat keadaan aku yang penuh yakin dan confident doktor lepaskan juga.
Doktor siap buat surat untuk MC dan cuti awal(berangan tak nak cuti awal, padan muka den)
So bergerak balik ke kampung dan rujuk ke hospital Tangkak. ( Misi yang sangat manis dan baik di sini, unforgetable moment)

22/6/2019

Pagi2 da keluar tanda, so masa tue da siap2 mandi, makan prepared nak ke hospital tangkak. Tapi masih lengahkan masa. Siap sempat betulkan kereta..sakit dah menyengat2 tapi masih boleh handle lagi. Dalam tengahari check in kat hospital Tangkak, bukaan da 2cm. Nak kata sakit tak delah sakit sangat. Memain je budak kecik ni nye..hihihi.
So bermalamlah aku di hospital pada hari itu, mengharap esok bersalin. Eh!!

23/6/2019

Still tak de progress bukaan so doktor masih nak pantau, lendir berdarah pun keluar sedikit da..bukaan masih 2 cm..adikkkkkkk...ish ibu da berdebar2..dia boleh main2 pulak..hahahaha

24/6/2019

Doktor benarkan balik sebab tiada bukaan..Tahan pun buat menghabiskan boras jo..hahaha

Doklah aku kat kampung menanti si kecik tak kunjung2 keluar..puas pujuk pun tak nak keluar..dak kecik sorang ni..sampaikan ibu kata, keluar awak nanti ibu gigit2 pipi awak tauuuuuu!!!!..geram punya pasal...hahahha

until 1/7/2019 sti enjoy my life, makan apa yang nak makan, menyakat orang..whatever yang menggembirakan hati..pagi 1/9 tue aku dengan dak amna buat jalan itik, main kejar2 dengan jalan itik..mengah woiiii...

Detik 9.00 malam..tengak syok berborak dengan mak pasal skm tetiba dengar bunyi '' pop''..eh mak, baby tendang kat bawahla mak..mak pun kata jangan2 air ketuban ko pecah nak..takkanlah mak..sebab tak basah pun..bila bangun tetiba seluar basah sikit..so ke tandas kencing tengok2 air keroh..dalam hati da terdetik aku akan bersalin operation ni sebab tak de rasa sakit pun..huhuhu..aku redha ya Allah (walaupun masih mengharap untuk bersalin normal)..

Terus bergerak ke Hospital Tangkak, dari hospital Tangkak terus refer ke Muar. Sepanjang perjalanan ke Hospital Muar masih berharap ada bukaan dan dapat bersalin normal. But siapa kita untuk menidakkan perancangan yang Allah swt telah tetapkan. Ada hikmah disebaliknya. Bila masuk Labor Room untuk VE doktor dah rasa rambut bayi tetapi bukaan baru 3-4 cm dan air ketuban semakin keruh.. dan doktor memberitahu kata-kata keramat, puan kita ceasernya..baby da berak dalam perut, dengan pantas aku jawab, buatlah apa yang terbaik, janji anak saya selamat doktor, saya redha dan saya pasrah. Suami aku pun terkejut dengan keputusan aku tapi aku sebenarnya tak fikir pun pasal diri aku, nyawa aku..yang penting anak aku selamat ( inilah yang mak2 yang terpaksa bersalin secara ceaser berfikir agaknya).

2 /7/2019
OT aku berjalan dengan pantas, sampai hospital pukul 12.30 pagi, 1.30pagi  masuk OT room, 2.37 pagi keluarlah si montel ibu dengan suara yang nyaring. Ditunjukkan kepada ibu ( dalam hati nak gigit2 je pipi dak tembam ni tapi sabar2..hahaha), terus dibawa ke NICU untuk pemantauan..risau bayi tertelan najis.Tapi syukur Alhamdulillah..

My Precious Baby Aafiyah,  ,  



Nanti sempat aku sambung cerita dalam dewan bedah dan cara aku berpantang ceaser...

.........Bersambung.........

0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design