Khamis, 3 Oktober 2019

Pengalaman Bersalin Aafiyah Part 3

Final episod..

Jom Berpantang!!!

Sebelum bersalin aku buat banyak research tentang pantang..kekonon nak kurus lepas pantang gamaknya...sila HADAM..hahhaha..Hadam sebagai kenangan..tak boleh nak kurus dululah gamaknya..sampai keluar  #gemukdululahesok2kurus   ..nak sedapkan hati punya pasal...

Pantang aku kali ni berbeza. Kenapa aku kata berbeza..sebab kelahiran sebelum2 ni normal so aku boleh pantang ikut yang mak2 aku dulunya pantang, makan jamu, bersauna, bertangas..berurut setiap hari, berbengkung..tapi kali ni totally berbeza..

Mak aku pun buat banyak research tentang menjaga orang pantang secara ceaser( banyak refer pada bonda rozitanya cara berpantang)..sepatutnya aku berpantang di rumah sendiri(niat tak nak susahkan mak...sobs..sobs..sobs)..tapi assebab ceaser mak aku tak bagi aku berpantang sendiri..nak2 dengan dua heroin hebat aku tue..mau terkoyak luka aku balik..tapi best sebenarnya berpantang dengan mak..dapat manja2 lelebih dengan mak..hikhikhik...

So, aku target untuk sembuhkan luka aku dalam masa 2 minggu..tapi siapa kitakan..Allah swt nak uji aku..dengan trauma yang masih aku cuba kawal, luka aku tetiba terbuka lebih kurang 1.5cm bahagian hujung belah kiri. tapi aku sentiasa positifkan diri..nanti cantum balik..huhuhu..
Masa mak aku cuci luka, mak aku tegur kenapa luka ni berair,,basah je,,walhal sebelum ni kering..perghhhh..rasa nak nangis time tue..so aku terus whatsapp doktor huda, dan ke kk tempat dia bertugas..Dr kata luka bahagian dalam okey da, cuma yang bahagian kulit luar je tak bercantum..lasak sangat ni..aku senyum jelah..hihihi...
Doktor tak bagi apa2 krim atau ubat sebab luka memang cantik dan dah nak baik..cuma dia suggest untuk cuci luka guna pencuci dari sodium chloride

Pencuci luka yang dicadangkan oleh doktor



Sebelum ni aku guna pencuci ini untuk mencuci luka Dermacyn dan aku lapiskan selepas mencuci dengan spray opsite untuk halang dari air memasuki bahagian luka..nak2 bila kita ke tandas untuk buang air kecil@besar dan juga mandi.
Sebenarnya untuk cuci luka yang ada kerak kalau tak silap..hihihi..


Untuk mencuci tangan sebelum membersihkan luka(mahal ni laki aku beli)..huhuhuhu..
Korang guna yang biasa pun okey je..as long tangan kita da sanitize sebelum cuci luka ..(^_^)

Clear spray untuk cover kawasan luka.



 Rutin aku harian.

Pagi:

Mandi air rebusan herba( best woooo segar badan)
Cuci luka, Bertungku
Sapu param, pilis
Makan
Tidur

Petang

Mandi air rebusan herba( best woooo segar badan)
Cuci luka, Bertungku
Sapu param, pilis
Makan
Tidur

Aku mesti mandi 2x sehari kalau tak aku rasa tak selesa. Cuci luka memang setiap hari 2x sehari aku akan buat. Sebab tue aku confident luka aku akan sembuh dalam masa 2 minggu. Tapi Allah uji aku dengan luka aku terbuka sedikit selepas 2 minggu..bayangkan trauma bersalin tak hilang lagi sambung trauma luka terbuka tak cantum2. Mak aku pun risau..yelah dia yang hari2 dok cuci luka aku..dia yang tegur, nak kulit luka ko ni da keras tapi macam tak terkatup je..hah! hambek ko...whatsapp doktor huda, hantar gambar luka..dan dr huda suggest satu gel ni..gel duoderm ( gambar gel kat bawah)..petang tue juga cari kat farmasi.

Gel duoderm yang aku guna untuk luka

Okey sapu pada luka..sapu nipis-nipis tau..pantau dalam masa seminggu..Alhamdulillah syukur...luka semakin kecil dan terkatup..phewww~~~..lega hati.. Dekat sebulan jugalah aku luka aku baru cantum dan baik..luka dalaman aku amik jus mustanir dari JRM.. setakat ni alhamdulillah..Now aku sambung minum ESP untuk kesinambungan tenaga..Minum ESP anda jadi sihat dan kuat...hahahhaha....

Tapiiiiiiii.......

ko bayangkan masa seminggu selepas OT, simpulan benang sebelah kiri (luka yang terbuka tue) dah tertanggal..yang belah kanan tak tanggal2.. genap 2 bulan baru benang tue tertanggal..luka jugalah bahagian hujung belah kanan tue..tapi tak delah ternganga macam bahagian hujung belah kiri..hihihi

Benang yang tersimpul


Lauk Berpantang aku...yummmyyyyyy!!!!!!

 Hari-hari mak aku masakkan ikan parang..44 hari kot aku makan ikan 40 hari ikan parang, 6 hari ikan salmon..la ni aku tengok ikan rasa da terpuas sangat makannya..hahahaha

Menu pantang aku simple je.

Day 1.

Ikan parang kukus dengan kunyit, lada hitam dan halia , Sup sayur sawi dengan bawang putih dan bawang besar, halia padi tumbuk dengan bilis(kadang2 ada), Limau Navel(Limau bontot lobang bak kata cik epal) manis sikit limau ni. 

Day 2.

Ikan parang bakar dengan kunyit lada hitam, Sup sayur sawi dengan bawang putih dan bawang besar, halia padi tumbuk dengan bilis(kadang2 ada), Limau Navel(Limau bontot lobang bak kata cik epal) manis sikit limau ni.

Menu yang berulang Sehingga hari ke 38

Ikan parang goreng dengan kunyit lada hitam, Sup sayur sawi dengan bawang putih dan bawang besar, halia padi tumbuk dengan bilis(kadang2 ada), Limau Navel(Limau bontot lobang bak kata cik epal) manis sikit limau ni. 

Masa malam raya Haji aku da nak habis pantang 40 hari, baru aku berani makan ayam..itu pun ayam masak kari..Nikmat rasanya...tapi pun tak berani lagi makan yang bukan sebab takut gatal.

Pati gamat, pati haruan memang aku tak amik..aku just makan limau navel je..dengan minum air mau dekat 3 liter sehari..huhuhu..mak aku memang suh minum air banyak2 tapi bukan sekali teguk, berkali-kali teguk..kalau tak nanti lambat luka baik..

Kiranya mak aku memang bagi makanan pantang yang cukup vitaminnya..SUPERBBBB!!!! Alasannya supaya anak dia luka cepat sembuh, air susu banyak untuk cucunya dimontelkan(memang berjaya dimontelkan bayangkan 1 bulan 4.8 kg, 2 bulan 6 kg)..hahaha..dan cepat sihat..SAYANG MAK!!!!

My Eternity love..muuuaaaahhhhhh


Pengalaman Bersalin Aafiyah Part 2

Part 2

Di dewan bedah (OT)

Antara Hidup dan mati..itulah perasaan yang aku rasa masa aku berada di dalam dewan bedah, Doa tak perlulah aku ceritakan bermacam-macam doa yang aku baca dan aku mohon dari yang Esa. Tawakal dan redha aku semat dalam hati. Kalau ada apa2 yang berlaku telah aku sampaikan pesanan. bermulalah aku ditolak masuk ke dalam bilik OT. sempat berjumpa mak,abah dan suami. Mohon doakan yang terbaik. Di dalam bilik OT aku bertemu dengan doktor pakar bius, aku perlu dibius separuh badan. Doktor pakar menerangkan consequent yang bakal berlaku selepas disuntik bius, jujur aku katakan pada masa tue fikiran aku kosong, apa yang doktor pakar terangkan hanya lalu di halwa telinga aku. Yang aku ingat, awak akan rasa sejuk, dan kalau bius tidak berfungsi kita akan bius penuh. 

Aku didudukan di atas katal OT, dan disuntik dengan beberapa suntikkan..kemudian dibaringkan. Soalan pertama doktor selepas dibius, boleh cuba angkat kaki? Berat doktor, saya tidak rasa apa2. Okey..start dari itu bermula episod torehan di bawah perutku. Doaku semoga anak aku tidak makan najis dan selamat..Gigilan tidak perlu aku kabokan..sejuk yak mat, tetiba terfikir, beginilah rasanya jika di alam kubur, cuba bezanya aku masih bernyawa dan berseorangan bersama-sama dengan orang asing. 
Badan terasa sangat sejuk, aku rasa berapa pek air suam(agaknya yang doktor bekalkan) tak dapat membendung rasa kesejukan aku. Dalam aku rasa kesejukan yang teramat aku sempat bertanya kepada doktor, doktor kenapa sejuk sangat, ayat doktor, sabar puan, baby da keluar kita bagi suntikan untuk panaskan badan puan nya..baiklah doktor...tiba-tiba....

''Doktor, baby dah nak keluarnya?" soalku..sebab aku terasa goncangan yang sangat kuat dan tiba-tiba badanku terasa hangat dan ringan. Bunyi suara tangisan si kecilku terasa aku nak menangis tapi aku bersyukur sebab anakku selamat dan sihat alhamdulillah. Tepat jam 2.37 pagi lahirlah si comelku aafiyah. Ditunjukkan kepada ku untuk melihat dan mengetahui jantina dan terus dibawa ke NICU untuk pemantauan. Dan bermulala sesi menjahit luka setelah aku dilapah.

Tepat jam 3.30 pagi aku ditolak ke dalam wad bersalin, dan dipindahkan ke katil wad. Bermulalah episod aku untuk cuba kentut, kencing, berak dan makan setelah selesai ceaser. Selesai je aku boleh kentut, minum tiub kencing dicabut dan aku terus terasa nak kencing..perghhhh seksanya nak berjalan..sakit yakmat..berulang kali nurse tanya untuk ambil ubat tahan sakit tapi ko ni memang keras hati..setiap kali tulah engkau menolak..oh nooo...now ko tanggunglah hazab sebab tolakkan..padan muka!!!

Lepas ceaser 3 hari aku tak mandi, cuma ke tandas untuk yak-yak, kencing dan salin pad, mandi cuma basahkan rambut sebab sejenis aku bukan orang yang boleh tahan kalau tak mandi..rimassssssssss...huhuhu..
Anak aku alhamdulillah..doktor kata bila disedut tiada tertelan najis..syukur yang amat. Dan aafiyah dapat dicaj awal dari NICU. Rindu dengan anak..asik dok tanya nurse je bilalah anak ku nak datang jumpa..huhuhu..bila da sampai, puas ku gigit pipinya..hahaha..blas dendam weyh sebab tak dapat gigit masa lepas dia keluar..kihkihkih..

Dak bambamku..

Selesai cerita tentang aku berada dalam dewan OT, next part pulak aku cerita tentang caraku berpantang ceaser..pengalaman 1st untuk aku dan ibuku..mcmna aku handle luka yang terbuka. Ngeri jugaklah..huhuhu..dengan trauma sebab ceaser..Nanti aku kongsikan part 3, part terakhir..mungkin boleh jadi rujukan kawan2 yang terpaksa ceaser untuk selamatkan anak..see yaaa...muuuaaaahhhhh

Rabu, 2 Oktober 2019

Pengalaman Bersalin Annur Aafiyah Part 1


Part 1


Syuh...syuh..p jauh2..bersarang da akunya blog..3 tahun bai tak menulis.otak pun da tepu..tepu setepu2nya..oh my ayat..sekarang aku lebih suka menulis kat insta..sharing kehidupan seharian aku..but bukan semua kisah aku aku cerita dalam insta..cuma lebih mudah dan lebih cepat...gituuu..

Hari ini aku nak bercerita tentang kelahiran anak aku yang ketiga. Very precious baby. Satu pengalaman yang aku sendiri tak jangka dan tak terfikir. Why aku cakap macam tu. Inilah kali pertama dalam hidup aku bersalin secara ceaser. Ya aku tak pernah terfikir nak bersalin secara ceaser a.k.a operation. Selalu dengar cerita kawan-kawan tentang bersalin secara ceaser. Tak pernah dalam hidup aku memperlekehkan orang yang beraslin ceaser sebabnya pada aku berbanding normal ibu ceaserian more HEBAT!!!..Meraka tak fikir tentang nyawa diorg tetapi lebih utamakan nyawa anak. Yes! kalau ada peluang confirm diorang nak bersalin normal. Senang jaga dan cepat sihat, tapi siapa diorang untuk menidakkan apa yang telah ditetapkan dalam perancangan Allah SWT. Macam aku..aku emergency ceaser,unexpected experience.

ANNUR AAFIYAH my little one yang diberi nama seindah rupanya.

21/8/2019
Aku ke kk kuala sungai baru sebab da rasa sakit yang aku rasa maybe da ada bukaan.
bila doktor buat pemeriksaan da ada bukaan 1.5cm. Request untuk balik ke kampung, serba salah doktor nak bagi tapi melihat keadaan aku yang penuh yakin dan confident doktor lepaskan juga.
Doktor siap buat surat untuk MC dan cuti awal(berangan tak nak cuti awal, padan muka den)
So bergerak balik ke kampung dan rujuk ke hospital Tangkak. ( Misi yang sangat manis dan baik di sini, unforgetable moment)

22/6/2019

Pagi2 da keluar tanda, so masa tue da siap2 mandi, makan prepared nak ke hospital tangkak. Tapi masih lengahkan masa. Siap sempat betulkan kereta..sakit dah menyengat2 tapi masih boleh handle lagi. Dalam tengahari check in kat hospital Tangkak, bukaan da 2cm. Nak kata sakit tak delah sakit sangat. Memain je budak kecik ni nye..hihihi.
So bermalamlah aku di hospital pada hari itu, mengharap esok bersalin. Eh!!

23/6/2019

Still tak de progress bukaan so doktor masih nak pantau, lendir berdarah pun keluar sedikit da..bukaan masih 2 cm..adikkkkkkk...ish ibu da berdebar2..dia boleh main2 pulak..hahahaha

24/6/2019

Doktor benarkan balik sebab tiada bukaan..Tahan pun buat menghabiskan boras jo..hahaha

Doklah aku kat kampung menanti si kecik tak kunjung2 keluar..puas pujuk pun tak nak keluar..dak kecik sorang ni..sampaikan ibu kata, keluar awak nanti ibu gigit2 pipi awak tauuuuuu!!!!..geram punya pasal...hahahha

until 1/7/2019 sti enjoy my life, makan apa yang nak makan, menyakat orang..whatever yang menggembirakan hati..pagi 1/9 tue aku dengan dak amna buat jalan itik, main kejar2 dengan jalan itik..mengah woiiii...

Detik 9.00 malam..tengak syok berborak dengan mak pasal skm tetiba dengar bunyi '' pop''..eh mak, baby tendang kat bawahla mak..mak pun kata jangan2 air ketuban ko pecah nak..takkanlah mak..sebab tak basah pun..bila bangun tetiba seluar basah sikit..so ke tandas kencing tengok2 air keroh..dalam hati da terdetik aku akan bersalin operation ni sebab tak de rasa sakit pun..huhuhu..aku redha ya Allah (walaupun masih mengharap untuk bersalin normal)..

Terus bergerak ke Hospital Tangkak, dari hospital Tangkak terus refer ke Muar. Sepanjang perjalanan ke Hospital Muar masih berharap ada bukaan dan dapat bersalin normal. But siapa kita untuk menidakkan perancangan yang Allah swt telah tetapkan. Ada hikmah disebaliknya. Bila masuk Labor Room untuk VE doktor dah rasa rambut bayi tetapi bukaan baru 3-4 cm dan air ketuban semakin keruh.. dan doktor memberitahu kata-kata keramat, puan kita ceasernya..baby da berak dalam perut, dengan pantas aku jawab, buatlah apa yang terbaik, janji anak saya selamat doktor, saya redha dan saya pasrah. Suami aku pun terkejut dengan keputusan aku tapi aku sebenarnya tak fikir pun pasal diri aku, nyawa aku..yang penting anak aku selamat ( inilah yang mak2 yang terpaksa bersalin secara ceaser berfikir agaknya).

2 /7/2019
OT aku berjalan dengan pantas, sampai hospital pukul 12.30 pagi, 1.30pagi  masuk OT room, 2.37 pagi keluarlah si montel ibu dengan suara yang nyaring. Ditunjukkan kepada ibu ( dalam hati nak gigit2 je pipi dak tembam ni tapi sabar2..hahaha), terus dibawa ke NICU untuk pemantauan..risau bayi tertelan najis.Tapi syukur Alhamdulillah..

My Precious Baby Aafiyah,  ,  



Nanti sempat aku sambung cerita dalam dewan bedah dan cara aku berpantang ceaser...

.........Bersambung.........

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design