Selasa, 30 September 2014

Menghampiri Oktober

Masa berjalan begitu pantas..
Diam tak diam dah nak masuk bulan 10..

Dhia sekarang dah semakin bijak..
Sekarang da latih panggil dengan panggilan kakak.
Tiap kali panggil kakak, mesti jawab kakak erk!...maksudnya kakak yak..hihihi...
Kalau panggil adik nanti mesti jawab baby ya..anak-anak..hohoho

1 Tahun 9 Bulan, bukan masa yang singkat untuk membesarkan si comel itu.
Pelbagai ragam, pelbagai karenah yang tidak dapat dilupakan.
Petah berkata-kata, tangkas membuat kerja, memang menjadi kesayangan kami.

Setiap hari mesti ada aktiviti yang dilakukan bersama-sama.
Rancangan kegemaran UPIN dan IPIN. Kalau da mula tengok..alamatnya tak berganjak dari depan TV lah..pening-pening.. So ibunya yang baik hati ini, wajib menelaah internet untuk mencari aktiviti yang boleh dilakukan. WAJIB!!!..

Hebat sungguh cabarannya...hihihi...tapi seronok sebab banyak benda baru boleh belajar. Kekadang tak terfikir pun benda yang ada di dapur dan dalam rumah boleh jadi bahan mainan. Contohnya, Tepung Jagung, Perapi rambut, Tepung Gandum, Minyak Sayuran dan macam-macam lagilah. Memang seronok..Sangat seronok.


 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design