Selasa, 14 Januari 2014

SHAKLEE dan DIRIKU

Berkenaan produk2 shaklee yg kini berada di pasaran, boleh tau, siapa ceo shaklee ni? Bangsa melayu ke atau bangsa lain? Shaklee dari US. Kenapa berurusan dengan orang bukan Islam? 

jawapan dari Ustaz Shazan Sulaiman:

Begini...pertamanya semua manusia ini adalah hamba Allah dan umat Muhammad saw.Cuma ada yg dah Islam dan ada yg belum Islam.Tujuan kita berniaga termasuk dgn bukan Islam agar kita dpt mengIslamkan yg belum Islam dan meningkatkan kefahaman di kalangan yg dah Islam.Sebab tu syarat menjadi ibadah niat krn Allah, ikut syariat, halal, beri kesan yg baik dan tidak meninggalkan perkara asas spt solat.

Balik pd sirah Nabi saw mmg jiran Nabi pun yahudi malah Nabi pernah berhutang dgn yahudi maknanya dlm konteks itu kita boleh berhubung dgn mereka selagi memenuhi syarat2 di atas.

Lagi satu ada tak sekarang ni syarikat internasional Islam yg mengeluarkan vitamin spt ni?Jadi kita boleh bekerjasama dlm masa yg sama kita juga mengguna dan membangunkan ekonomi Islam.

Ramai org tak perasan selama ni kita mengguna dan bekerjasama dgn bkn Islam cnth industri kereta, pakaian, pembuatan, perkilangan...apakah salah..tidak selagi tidak melanggar syariat.wallahualam.

Shaklee produknya ikut syariat, halal dan beri kesan yg baik..jadi tiada masalah utk bekerjasama...
Lagi satu yahudi kita boleh berhubung yg tak boleh kumpulan fanatik yahudi iaitu zionis.

Terima kasih ustaz atas penjelasan. Moga boleh bagi input pada sesiapa yang bertanya
 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design